(Gambar) Kempen Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi

by yanmie on November 2, 2010

Salam semua, pagi nie godek-godek gambar kat berita harian, seronok pulak tengok gambar kemeriahan kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sandakan Sabah. Macam-macam gelagat dan cara calon parti berkempen, ada yang sampai naik rumah buat ceramah, ada yang sampai jatuh titi..ehehe, cekidaut yea gambar-gambar kat bawah nie.

kempen pilihanraya kecil batu sapi

ASKAR Wataniah melalui jejantas yang dihiasi bendera parti bertanding di Jalan Leila yang berhampiran Dewan Masyarakat menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. *kalau nda silap ini jejantas depan dewan masyarat sandakan kali bah, meriah dengan bendera*


kempen pilihanraya kecil batu sapi

CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin (dua dari kiri) bersama Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra bersama penduduk Kampung Bokara, Syed Karama Syed Omar, 81, dan isterinya Muhibat Nasir, 67, (kanan) ketika berkempen sempena pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. *Wooww Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pun pigi jugak turun padang, aku suka dia nie :)*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

PETUGAS SAPP di Kampung Tanah Merah menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. *bah duduk di kedai ja ni siap belaptop lagi, dulu cek pakai buku ja*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

BENDERA dan poster parti bertanding menghiasi sepanjang jalan masuk ke pekan Batu Sapi menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. *Aku rindu suasana macam ini!! memang meriah bah kalau undi di sana*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

AJK Kampung Istimewa dan penduduk bersama kain rentang yang melarang parti pembangkang memasuki kampung mereka pada pada pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. *bah urang kampung istimewa keluar paper…hahaha*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah dibantu lima pekerja kempen selepas terjatuh dari pelantar pejalan kaki yang runtuh di sebuah rumah atas air di Kampung Gas di Batu Sapi. *bah..mau ketawa ka nda nie?? hehhee* apa pun simpati sama dia*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

PENDUDUK Kampung Gas Baru memperbaiki pelantar pejalan kaki yang roboh ketika dilalui calon PKR, Ansari Abdullah. *nah!! kesiannyalah tengok*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

CALON PKR, Ansari Abdullah memakai anduh di tangan ketika berkempen di Kampung Gas di Batu Sapi, malam tadi. Semalam, beliau terjatuh dari pelantar pejalan kaki yang runtuh di sebuah rumah atas air di Kampung Gas. *hehee..kesian pulak sampai pakai anduh, simpati betul bah aku sama dia nie :P*

kempen pilihanraya kecil batu sapi 8

KETUA Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jamilah Sulaiman memberi ucapan kepada penduduk Kampung Lupak Meluas Darat ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. *ehehe..rumah orang kampung ku nie, bah tengok kot2 mama sama bapa  ada di gambar atas tu..hahhaa*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

BENDERA dan poster parti bertanding menghiasi replika udang galah di bulatan Bandar Nantung sempena pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. *nda nampak sudah patung udang galah di tengah-tengah round about tu :P*

YONG TYECK LEE

CALON Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang juga presiden parti itu berjumpa orang ramai di pasar batu lapan dekat Sandakan hari ini untuk kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. *Bah sampai di kedai makan diorang nie bekempen :P*

kempen pilihanraya kecil parlimen batu sapi

ADUN Sekong, Datuk Shamsuddin Yahya (kanan) bersama penduduk yang menunjukkan sokongan sambil memegang poster calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin pada kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Kampung Gas Tengah. *bapaku undi di dun sekong untuk parlimen Batu Sapi, mamaku di dun Elopura…wah tetiba!! hahaa*

PRK BATU SAPI / PENYOKONG BN

Penyokong Barisan Nasional datang menaiki lori untuk berkumpul di Padang Bandaran Sandakan sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi, Dewan Masyarakat Sandakan. *ehehe..nie yang bestnya time undi memang meriah bah macam nie :)*

kempen pilihanraya kecil parlimen batu sapi

PENYOKONG Barisan Nasional (BN) yang memenuhi bangunan Gerai Makan dan Minum Sri Intan di depan Dewan Masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon bagi Pilihan raya Kecil Parlimen Batu Sapi. *Alamak…lamanya nda makan di sini*

Adoiina ba banyak lagi gambar nie, bah kamu tengok sendirilah ya di SINI, penat gak aku share nie, takut bikin lambat laoding blog ja…nanti ada yang menangis mau view blog ku nie :)

Kredit : Gambar dan detail dari Berita Harian

Nota Yanmie : Bah tetiba ku becakap sabah di entry ini…hahahaa layankan ja ya :P

Artikel Berkaitan:

{ 48 comments… read them below or add one }

Ikhwan Pauzi December 31, 2010 at 3:52 pm

politik lagi. haih.
Ikhwan Pauzi recently posted..The Season Of The Witch Is HereMy Profile

Reply

SuaraPeople November 4, 2010 at 5:59 pm

gambar yang kat dun galas ada x?

Reply

yanmie November 4, 2010 at 6:00 pm

ehehee tak berapa pasti pulak, maybe ada kot kt berita harian ngan malaysiakini

Reply

Anonymous November 4, 2010 at 10:41 am

Anwar senyum sambil melambai tangannya,Najib diam bersama dengan angkanya yang 1,Sapp macam mengaku kalah sudah dengan lambang pangkahnya….

Reply

Anonymous November 4, 2010 at 10:38 am

Berabis BN mengasi projek di batu sapi…lepas mengundi entah mungkin tinggal papan tanda yang ada..yg projek sudah gap…gap…

Reply

ahm November 3, 2010 at 10:54 pm

memang best time PR ni..aku pernah merasai masa PR11 tp PR12 aku tak dpt mengundi..sebab koje..

Reply

yanmie November 3, 2010 at 11:25 pm

serius kakyan xpernah mengundi lagi even memang layak pun…hahaa sbbnya time undi tu mesti ada je program :P

insyallah undi akan datang nak jalankan tanggungjawab kepada negara..ewah!

Reply

RedBoys November 3, 2010 at 1:56 pm

@yanmie
yep.. bila nk pilihanraya mulalah tabur janji mcm2.. bila dh menang, buat2 lupe plak.. harap2 jgn begitu sudahler..

Reply

Oswald November 3, 2010 at 1:00 pm

ok jg bah nie kdg2 ada pilihanrya….kalu nda mana da tu pemimpin tepijak tu tempat malah tu tmpt pun durg nda tau tu..na skrg juta2 pruntukan p sna…bru kunun turun pdg klu ada pilihanraya…kalu x da nahhhh jwab sndri…thniah Batu Sapi dpt pruntukan byk…he2

Reply

JMR November 2, 2010 at 8:42 pm

tgk lelama, cantik gak bendera kaler biru tu…:-p

Reply

yanmie November 3, 2010 at 8:44 am

ehehe..memang cantek :P

Reply

Ummi Alifya November 2, 2010 at 8:42 pm

meriahnya cam raya ja…semoga menang lah yang boleh tulung rakyat bukan yang minta puji jaakk..heee…emo bah tiba2…

yanmie aku asal di batu 16, kg gum2..hee..sandakan bah ni…

Reply

yanmie November 3, 2010 at 8:45 am

tulah mmg meriah bah, harap2 kota di janji…huhu
oh org kg gum2 rupanya…heee sama kita bah sandakan juga.

Reply

ciklinn November 2, 2010 at 6:10 pm

wahh berlori2 nanti ni sis mau kasi bersih.. hhhihihhi… semoga betul2 berhak akan menang…. aduhi kesian lak org pkr yg jatuh tu…

Reply

yanmie November 3, 2010 at 8:47 am

nk bersihkan tu yg amik masa, masa pasang bukan main laju, dan abis buang undi tu yg liat sikit nk cabut blk…ehehe

Reply

razis November 2, 2010 at 4:36 pm

semangat akak kat gmbr no9 tu bg talk…ntah apa die ckp pun tak taula..hehe

Reply

yanmie November 3, 2010 at 9:00 am

hahahaa semangat mesti ada :P

Reply

razis November 2, 2010 at 4:35 pm

@ProfHariz
semoga….hehehe

Reply

salmia November 2, 2010 at 4:19 pm

huhuhu.. belum daftar mengundi lg.. hiks.. :P

Reply

yanmie November 3, 2010 at 9:00 am

bila nak daftar??

Reply

RedBoys November 2, 2010 at 3:25 pm

bha.. wah.. tetiba plak kakyan ckp sabah ye.. hehe.. meriah2.. jgn sekadar melepaskan batuk di tangga sudah ye.. yg janji kotakan..

Reply

yanmie November 3, 2010 at 8:52 am

ehehee lama nda becakap sabah bah…wah!!

betul tu harap2 yang menang dan berjanji tu dapat tunaikan apa yang di janjikan, jgn dh menang besok buat2 lupa pulak…huhuhu

Reply

lAl November 2, 2010 at 3:11 pm

adui.. sakitnya PKR punya calon tu jatuh… ndak apa la bha.. usaha mo ada.. :P

Reply

yanmie November 3, 2010 at 8:56 am

ha’ah betul tu..memang kasian bah…yelah mesti mo ada usaha barulah boleh berjaya kan.

Reply

kakngah November 2, 2010 at 2:36 pm

lps hari buang undi
jgn lupa bersihkan poster
hiks!

Reply

yanmie November 3, 2010 at 8:56 am

yeay betul tu kakngah…

Reply

ProfHariz November 2, 2010 at 1:18 pm

azizan4444 :
mcm2 hal kan.haha..pape hal jgn x mengundi plk pada yg layak..

ye bro :) Lagipun calon melayu kurang pengundi :P hahaha~

Reply

azizan4444 November 2, 2010 at 1:00 pm

mcm2 hal kan.haha..pape hal jgn x mengundi plk pada yg layak..

Reply

yanmie November 3, 2010 at 8:56 am

ye betul tu jije…kakyan nie layak tp undi kt klang…hahhaa

Reply

yanmie November 2, 2010 at 12:56 pm

ragam kempen pilihanraya kecil parlimen batu sapi http://bit.ly/c1cYSE sian kat calon PKR yg jatuh titi..simpati :P

Reply

ProfHariz November 2, 2010 at 12:52 pm

yanmie :
Salam wa, memang meriah sangat, macam-macam ragam ada…ehehe

Cukup suka tgk sikap manusia time nak pilihan raya tak kira tua dan muda.. Sampai bergaduh2 kerana benda alah nie agak lucu kadang2~

Reply

ProfHariz November 2, 2010 at 12:50 pm

Semoga Berjaya Buat Calon BN! Chaiyok2 :P

Reply

yanmie November 3, 2010 at 8:57 am

insyallah….mudahan…ehehe :)

Reply

razis November 2, 2010 at 12:30 pm

@yanmie
ini bukan sudah jatuh ditimpa tangga, ini sudah jatuh ke dlm sungai..lg teruk nie..

Reply

yanmie November 2, 2010 at 12:32 pm

hahaha adoii kelakar lak komen razis nie…sian dia kan :P

Reply

razis November 2, 2010 at 12:28 pm

nak jadi raja time niela kan? penduduk dijaga dgn baik skali..lepas pilihan raya..hampeh jer..

Reply

yanmie November 2, 2010 at 12:32 pm

tulah betul tu..harap2 siapa pun yg menang diorg dapat mengotakan janji..jgn ckp kosong je…huhuhu, tp harap BN menang :P

Reply

yanmie November 3, 2010 at 8:58 am

harap2 lepas nie semua janji yang di kota di laksana :)

Reply

razis November 2, 2010 at 12:23 pm

kesian calon PKR nie.

Reply

yanmie November 2, 2010 at 12:26 pm

tulah mmg kesian, akak simpati jugak dgn dia :(

Reply

Wawa~* November 2, 2010 at 12:08 pm

wah.. mmg meriah kan kalau time2 pilihanraya ni… mcm2 kisah n aksi dpt dirakam dlm gmbar.. hehe…

Reply

yanmie November 2, 2010 at 12:21 pm

Salam wa, memang meriah sangat, macam-macam ragam ada…ehehe

Reply

DAUSPOZI November 2, 2010 at 4:35 am

RT: @yanmie: (Gambar) Kempen Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi http://selangorbloggers.com/read/3289

Reply

yanmie November 2, 2010 at 4:34 am

(Gambar) Kempen Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi http://selangorbloggers.com/read/3289

Reply

Merpati Putih November 2, 2010 at 4:26 am

(Gambar) Kempen Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi http://bit.ly/9TnUEp (via @yanmie)

Reply

yanmie November 2, 2010 at 3:53 am

@tya_razz_azma bah mari tgk gmbr2 menarik masa kempen sana http://bit.ly/ajFoSx hahhaaa

Reply

Ridhauddin Hariz November 2, 2010 at 3:53 am

RT @yanmie: Blog Updated : (Gambar) Kempen Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi http://bit.ly/ajFoSx bah entryku dalam bahasa sabah :P

Reply

yanmie November 2, 2010 at 3:52 am

Blog Updated : (Gambar) Kempen Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi http://bit.ly/ajFoSx bah entryku dalam bahasa sabah :P cekidaut yea :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: