Salam semua, Drama Habil Dan Qabil – Slot Samarinda TV3 dah pun habis, ending yang tak berapa nak faham sikit sebabnya banyak jugak Yan ketinggalan tengok episode drama tersebut, tapi endingnya ada tengok masa balik kampung raya baru nie. Terkini drama yang menggantikannya adalah Drama bertajuk AYOUB, macam biasalah yea waktu tayangannya, korang dah semestinya tahu kan 🙂
Drama bersiri AYOUB ini mempunyai 25 episod yang diarahkan oleh pengarah, Hitler M Zami membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Elite, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali dan Mak Jah.
Jom layan Sinopsis AYOUB
Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun, lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung.
Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.
Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub.
Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.
Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan.
Ayoub kemudiannya bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.
Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub lalu sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.
Sumber gambar dan sinopsis dari mstar.com.my
Nota Yanmie : Alamak wati elite ada….hahhaaa tetiba teringat gosip pasal dia 😛
dah habis dah citer ni. XD!
Ikhwan Pauzi recently posted..The Season Of The Witch Is Here
mak aih.. nama ceta nih skali pronounce dia sama plak mcm nama atuk saya..hohoho…
misterlAl
lAl
hahhahaha yeker….gelemer seh nama atuk lal :))
waa……..tak perah pun berkesempatan nak tgk citer kalu pas kul 10 malam……sebab mata dah kuyu…….hahahaha
tapi kalu layan twitter memalam…..cergas jer…..hahaha
harapnyer citer ni best la sikit yersbb sy ni jarang sikit nengok tv3,iklan lame sagt..hehehe
@SuaraPeople
oh yeah. 😀
@SuaraPeople
ler. ingatkan skrg pon layan. kalau kecik2 dulu, aku pon layan gak. haha.
yup
masa kecik2 dlu
suke Norish Karman..hahah ;p
@SuaraPeople
haha. bro layan lagi ke power rangers? 😛
@SuaraPeople
yea. mungkin juga.
power rangers la layan
tarikan ;p
yea
@SuaraPeople
ha’ah kan..
makin boring je.
@ProfHariz
ahakz. aku pon baru je pasan. slalu letak nama pompuan. hurm.
@yanmie
yes.. saya setuju tu. kena tgk dulu baru tahu.
samarinda ni kurang layan sangat.
bnyk drama yg d tayangkan di slot samarinda ni tidak menepati citarasa saya.
tp makin lama makin boring ah..
baca je sinopsis..nnt paham sikit2..xyah tgk xpe..hahaha ;p
selalu dapat keyword “watie elite seksi” watie seksi…adesss
wah dah ada cita bru.. yg lama sebelum ni pon tak sempat tengok habis kak yan..hehe
Selalunya nama perempuan kali nie kasi lelaki plak.. Ayoub Slot Samarinda TV3 jangan lepaskan.. Weheee~
New Entry ProfHariz
Uncle Seekers Yang Berani Kerana Benar ?
mcm je lah..hahaha waitin
macam ler sbb xtgk lg..hahaa
harap-harap cite ni boleh kalahkan cinta kirana..hahaa
hahhaa xlawan ler dgn cinta kirana tu..cinta kirana tip top gitu..kikiki 😛
AYOUB Slot Samarinda TV3 http://selangorbloggers.com/read/6215
wah~ menarik gak citer ni bile bce sinopsis dia..apepon rse x sabar nak tgk..
1)(Tutorial) Cara Mudah Print Screen Penuh Pada Web / Blog
2)5 Coklat Yang Termahal Di Dunia
baca dr sinopsis mcm best, takpe sama2 kita tgk nanti 🙂
[…] This post was mentioned on Twitter by Sumijellyâ„¢, yanmie. yanmie said: Blog Updated : AYOUB slot samarinda TV3 | yanmieonline.com http://bit.ly/bVbq8r […]
layan .
yezzaaa..harap2 citer nie best 🙂
AYOUB Slot Samarinda TV3 http://bit.ly/cfFMR6 (via @yanmie)
RT @yanmie: Blog Updated : AYOUB slot samarinda TV3 | yanmieonline.com http://bit.ly/bVbq8r
Blog Updated : AYOUB slot samarinda TV3 | yanmieonline.com http://bit.ly/bVbq8r