Taubat Nasuha TV3 – “Kita akan lebih menghargai mereka, bila kita telah kehilangan mereka”

by yanmie on October 25, 2010

Salam semua, tengok drama Taubat Nasuha di TV3 tadi betul-betul meresap dalam jiwa, sedih betul sampai menangis-nangis tengok TV, bayangkan anak Yan yang berumur 4 dan 3 tahun turut sama berada disisi Yan menangis teresak-esak..huhuhu sedey sangat!! Yan kalau drama-drama macam nie memang mudah tersentuh, lagi-lagi lakonan Shiela Rusly dengan Fauzi Nawawi memang mantap sampaikan penonton turut terbawa-bawa dengan situasi tersebut, drama ini memang betul-betul memberikan pengajaran kepada kita bagi yang sudah berumah tangga.

live chat dengan shiela rusly dan fauzi nawawi

Tadi sempat jugak bersembang secara langsung dengan Sheila Rusly dan Fauzi Nawawi di laman apps TV3, tak puas rasanya sebab kejap je dalam 30 minit macam tu, seronok dapat chat dengan diorang berdua.

live chat taubat nasuha

Yang best dalam sibuk-sibuk chat tu terpandang nama seorang mamat nie…hahhaa Suffer8zine pun ada tau :)

live chat dengan fauzi nawawi

Yang nie snap dari Gua, time nie Shiela Rusly dah balik, tak ingat nak capture awal-awal…ehehe, diorang berdua memang ramah, yang online pun dalam masa 30 minit nie hampir 400 orang..fuh ramai tu, naik juling baca…wakaka.

Oklah jom tengok sinopsis drama taubat nasuha tadi:-

Hasil perkahwinan Syamizi dan Laila mereka dikurniakan 3 cahayamata iaitu Aimin 11 tahun, Aiman 8 tahun dan Amirul 4 tahun. Laila sekarang sedang mengandung anak empat dan usia kandungannya 4 bulan. Ketiga-tiga anak Syamizi begitu nakal pada pandangan Syamizi. Ini kerana Syamizi adalah seorang ayah yang cepat panas baran akibat tuntutan dan didikan hidup dari arwah ayahnya yang merupakan seorang tentera.

Akibat dari itu, cara dia menegur dan mendidik anak-anaknya sama seperti arwah ayahnya yang garang dan bengis serta berdisplin. Pantang sahaja sedikit silap anak, mesti rotan atau sepakan singgah di muka anak itu. Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila juga menjadi sasaran baran Syamizi.

Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar namun tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama. Keriuhan sebegini menjadi satu gangguan kepada Syamizi. Kesabaran Laila cukup tinggi memandangkan sebagai seorang isteri, dia sedar syurga itu di telapak kaki suami. Apa yang berlaku di dalam keluarga Syamizi itu disedari oleh mertuanya Haji Osman, yang tidak suka mencampuri urusan rumahtangga anak menantunya. Namun setiap kali kalau anak menantu dan cucunya pulang ke kampung pasti akan dinasihati atau paling tidak akan diberikan buku panduan rumahtangga atau kitab-kitab untuk rujukan mereka sekeluarga.

Masa terus berlalu.

Kandungan Laila juga semakin hari semakin membesar. Begitu juga dengan Syamizi semakin menjadi-jadi barannya. Syamizi lebih selesa dan seronok bila dia bersama kawan-kawannya di pejabat tapi sebaik sahaja dia menjejak kaki di halaman rumah, sikapnya mula berubah. Tawa ria kini berganti maki hamun. Anak-anak pula semakin nakal. Disinilah kemarahan Syamizi memuncak bila dia menghantukkan kepala anak-anak itu. Sehingga pagi itu menjadi suram dalam keceriaan anak-anaknya untuk ke sekolah. Bukan itu sahaja, Laila juga sudah putus harap melihat tingkah laku suaminya.

Satu hari, Laila pulang selepas menjemput anak-anak balik dari sekolah. Ketika masuk ke dalam rumah, 3 lelaki telah merompak mereka. Perompak-perompak itu telah membunuh kesemua anak-anak dan Laila. Bermula pagi itu juga Syamizi mengalami kesalan yang panjang sehingga mengganggu emosi dan jiwanya, kehidupan dan kerjayanya. Dia lebih banyak termenung dan mengimbas keceriaan anak-anaknya. Tiada hilai ketawa dan senda gurau anak-anak. Yang tinggal hanya kenangan. Sesungguhnya jauh di sudut hati Syamizi amat kesal dengan sikapnya dan menyedari semua itu selepas mereka yang tersayang pergi buat selama-lamanya.

Taubat Nasuha dibintangi Sheila Rusly, Fauzi Nawawi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Sheila Mambo, Naim Daniel, Haikal Raihan dan Aliff Ikqmal. – gua.com.my

” KITA AKAN LEBIH MENGHARGAI MEREKA, BILA KITA TELAH KEHILANGAN MEREKA..”

Drama “Taubat Nasuha” ini tercalon untuk Anugerah Skrin 2010″, good luck buat semua yang terlibat dalam pembikinan drama Taubat Nasuha, drama nie memang best!!, insyallah Drama Taubat Nasuha ini boleh menang, dan tak sangka anak-anak pun boleh termenangis tengok drama nie :P

Nota Yanmie : Kak Shiela tadi sangat comel di live stream :P

Artikel Berkaitan:

{ 24 comments… read them below or add one }

DAUSPOZI February 3, 2011 at 11:56 am

RT: @yanmie: dah eprnah entry kan citer tu dulu http://bit.ly/fmwOU6 @neyrashazeyra @Afnie_Lan @dauspozi

Reply

Ummi Alifya November 5, 2010 at 11:38 pm

sedihh sangat…huhuu

Reply

ProfHariz October 26, 2010 at 5:05 am

Errrrrrr! Kenapa-kenapa x sempat tengok :(

Reply

Zqah October 25, 2010 at 7:43 pm

sedih tengok cite nie .. versi cerpen pasal cerekarama nie zqah dah upload .. tapi ending dia lain sikit ..

http://mimpisibunga.blogspot.com/2010/10/kalau-tak-suka-pulangkan.html

Reply

samanosuke_04 October 25, 2010 at 3:22 pm

waaaa… bestnye bleh chat ngan sheila rusly.. die tue plakon pompuan paling lawak kot. tapi bleh bawak banyak watak.. hehe, nanti nak youtube rrr taubat nasuha nie.., hoohohohoh

Reply

syed's wife October 25, 2010 at 2:57 pm

JS Picture ada cd kan tak cerita ni? Saya confirm beli :)

Reply

syed's wife October 25, 2010 at 2:33 pm

Cerita ni buat saya meraung.. Seriously, pelakon-pelakon sangat hebat! Hopefully menang anugerah skrin ;) kepada suami2 di luar sana. Hadaplah apa di depan mata.. Jagalah mereka sebaik2 baiknya..

Reply

eiyda October 25, 2010 at 12:17 pm

citer ni memang best..terbaik lah kak yan..sedih sangt ending die..huhuhu nanges2

Reply

wati October 25, 2010 at 11:52 am

cerita yg sgt menyentuh perasaan..menitis airmata menontonnya

Reply

RedBoys October 25, 2010 at 11:49 am

huh.. memang bestlah drama shiela rusly ni.. dorg pandai dan kreatif bila buat drama.. n dorg ni pentingkan kualiti drpd kuantiti.. kalau cerita keluaran JS Pictures, memang RB x kan melepas utk tengok.. best2..

Reply

Amir Said October 25, 2010 at 9:32 am

RT @yanmie: Taubat Nasuha TV3 – “Kita akan lebih menghargai mereka, bila kita telah kehilangan mereka” http://bit.ly/9mhTAA

Reply

mummy nana October 25, 2010 at 9:29 am

tgok citer ni… sedey huwaaaa…… teladan yg byk dan semoga kt hargai apa kita ada… sementara mereka ada di depan mata…..

Reply

shiori October 25, 2010 at 8:47 am

salam;
yan…dah tengok drama nih 2 kali…tapi masih menitiskan airmata bila tengok kali kedua…memang touching giler lah…biasanya memang macam tu la kan..bila ada tak dihargai bila dah tiada baru terasa kehilangannya…

Reply

kakngah October 25, 2010 at 8:40 am

drama2 shiela rusly mmg touching…

Reply

L@n@ October 25, 2010 at 8:32 am

alah ..melepas la yan cite nih .. kalau citer shiela rusly mmg best .. xpelah baca sinopsis dari yan pun jadilah .. tq dear..

Reply

hazwan October 25, 2010 at 1:52 am
Amir Said October 25, 2010 at 1:32 am

RT @yanmie: Taubat Nasuha TV3 – “Kita akan lebih menghargai mereka, bila kita telah kehilangan mereka” http://bit.ly/9mhTAA

Reply

Eyriqazz October 25, 2010 at 1:10 am

RT @yanmie: Blog Post : http://bit.ly/bmSVNe “Kita akan lebih menghargai mereka, bila kita telah kehilangan mereka”

Reply

suffer8zine October 25, 2010 at 1:07 am

@yanmie
uikkk dapat anugerah pape x kak? mcm kat sini :

http://suffer.frenzyfm.my/2010/10/keputusan-festival-filem-malaysia-23.html lalala :P

Reply

suffer8zine October 25, 2010 at 12:46 am

uikkk kak! siap di highlight lagi tu. fuhhh :P tengs 4 backlink :P

Reply

yanmie October 25, 2010 at 12:48 am

hahaha haruslah highlight akak pnya loyal readers…ekeke perasan sdh ada loyal readers :P

Reply

yanmie October 25, 2010 at 12:30 am

Blog Post : http://bit.ly/bmSVNe “Kita akan lebih menghargai mereka, bila kita telah kehilangan mereka”

Reply

yanmie October 24, 2010 at 4:48 pm

Taubat Nasuha TV3 – “Kita akan lebih menghargai mereka, bila kita telah kehilangan mereka” http://selangorbloggers.com/read/1909

Reply

yanmie October 24, 2010 at 4:30 pm

Blog Updated : Taubat Nasuha TV3 – "Kita akan lebih menghargai mereka, bila kita telah kehilangan mere.. http://bit.ly/dmxyXR

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: