Sejarah subjek wajib lulus SPM 2013

Salam semua, tudia tajuk entry bukan main-main ye! Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, wow maknanya subjek sejarah ini akan sama tarafnya dengan Bahasa Malaysia untuk syarat wajib lulus SPM. wohooo nasib baik dah lepas zaman SPM kalau tidak tak tahu ler nak kata apa…ehehe

buku teks t5

Google Images

Sebabnya subjek Sejarahlah yang paling Yan tak suka, asal masuk kelas sejarah je mulalah nak tidur, nak ke tandas….hahaha, lagi pun sejarah nie macam susah sikit bagi Yan,  banyak benda nak kena ingat contohnya kena ingat nama, bila, dimana, kenapa, dengan siapa, tarikh, woowww banyak benda okeh! tapi syukur semua subjek Yan pass dalam SPM :)

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada masa ini di peringkat sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.

“Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013 seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM,” katanya. – kosmo.com.my

Buat adik-adik di luar sana yang bakal menduduki SPM 2013 belajar sungguh-sungguh ye sebab subjek sejarah bukannya subjek yang mudah *bagi Yan ler*, oh yea Adik lelaki Yan pun insyallah 2013 akan menduduki SPM, belajar bebaik ye dik, insyallah mudahan cemerlang SPM 2013 nanti…amin :)

Nota Yanmie : Sejarah mengajar kita, menjadi lebih dewasa….(tetiba ingat lagu doa buat kekasih :P)

25 Comments on Sejarah subjek wajib lulus SPM 2013

  1. Ummi Alifya
    November 5, 2010 at 11:39 pm (4 years ago)

    biar tahu asal susul negara dan dunia…

    Reply
  2. ProfHariz
    November 5, 2010 at 4:04 am (4 years ago)

    eiela :
    huhu i like sejarah,,bagus jugak diorang buat macam tuh supaya budak-budak sekarang ingat perit jerih orang-orang dahulu, reti bersyukur dengan nikmat duduk di Malaysia nih. Lagipun sekarang nih saya tengok budak-budak ramai tak suka subjek sejarah dan sivik. kalau bleh nak ‘drop’ dua subjek tuh. subjek nih pun bleh mengajar kita macam-macam perkara.

    Saya suka akan sejarah kerana sejarah bawak kenal kita dari mana kita :)

    Reply
  3. ProfHariz
    November 5, 2010 at 4:03 am (4 years ago)

    razis :
    sejarah memang patut wajib lulus sebab ramai dah lupe sejarah sekarang..

    Ye.. Rukun negara pun boleh lupa.. Apakah jenis rakyat malaysia nie?

    Reply
  4. ProfHariz
    November 5, 2010 at 4:02 am (4 years ago)

    Sejarah nak lulus? Sangat mudah.. Ini merupakan satu cadangan yang baik :)

    Reply
  5. Ahmad Adam
    November 1, 2010 at 10:52 am (4 years ago)

    Blog2 pembongkar sejarah realiti negara :

    1) mistisfiles.blogspot.com

    2) riwayatmelayu.blogspot.com

    3) lokalgenius.blogspot.com

    4) ibnurusydi.blogspot.com

    Reply
  6. razis
    October 26, 2010 at 2:25 pm (4 years ago)

    sejarah memang patut wajib lulus sebab ramai dah lupe sejarah sekarang..

    Reply
  7. Hadi
    October 24, 2010 at 8:06 pm (4 years ago)

    alamak ! 2013 ? memang time hadi PMR ! siyess hancuss ! ahahaha

    Reply
    • yanmie
      October 24, 2010 at 8:35 pm (4 years ago)

      diwajibkan lulus utk SPM je…

      Reply
    • yanmie
      October 24, 2010 at 9:19 pm (4 years ago)

      hahhaaa xde keje mentua tu gi tnya perang dunia ke 2..tp xpe akak fhm..ehehe :P

      Reply
  8. suffer8zine
    October 24, 2010 at 4:09 pm (4 years ago)

    yuppp, org muda skg mmg patut tau pasal sejarah, baru la kalau kene soal ngn mak mertua nnt x tergagap2 :P

    Kasi Pecah! : http://goo.gl/TOwP

    Reply
    • yanmie
      October 24, 2010 at 4:23 pm (4 years ago)

      hahaha apa kena mengena pulak dengan mak mertua?? mak mertua tnya soklan sejarah yee??

      Reply
  9. eiela
    October 24, 2010 at 2:12 pm (4 years ago)

    huhu i like sejarah,,bagus jugak diorang buat macam tuh supaya budak-budak sekarang ingat perit jerih orang-orang dahulu, reti bersyukur dengan nikmat duduk di Malaysia nih. Lagipun sekarang nih saya tengok budak-budak ramai tak suka subjek sejarah dan sivik. kalau bleh nak ‘drop’ dua subjek tuh. subjek nih pun bleh mengajar kita macam-macam perkara.

    Reply
    • yanmie
      October 24, 2010 at 2:15 pm (4 years ago)

      yes betul tu dgn melihat keadaan anak-anak remaja skrg nie memang tidak ada salahnya untuk subjek sejarah ini di wajibkan dalam SPM 2013 :)

      Reply
  10. kakngah
    October 24, 2010 at 2:11 pm (4 years ago)

    sama la…
    aku pun x suka sejarah.. especially bab nk ingt tarikh2…
    tapi, nmpaknya kene amik tau & ulangkaji semula gak.. sbb ank pun bakal amik spm.. walaupun lambat lg..

    Reply
    • yanmie
      October 24, 2010 at 2:17 pm (4 years ago)

      yes betul tu kakngah, ada baiknya jugak subjek nie di wajibkan lulus, barulah bdk2 nie berusaha sungguh2…

      Reply
  11. Zqah
    October 24, 2010 at 11:21 am (4 years ago)

    nangis laa budak2 tuu nanti .. hik hik

    sejarah mmg banyak ken ingat tapi bila boleh ingat rasa happy sangat ..

    Reply
    • yanmie
      October 24, 2010 at 11:22 am (4 years ago)

      hahaha lg sadis lg nangis tu :P
      betul tu mmg bnyk kena ingat tp bila ingat semua mmg rasa hepi sbb x semua org blh ingat semua :)

      Reply
  12. yanmie
    October 24, 2010 at 3:45 am (4 years ago)

    Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus(SPM) mulai tahun 2013 http://bit.ly/cifOcA

    Reply

1Pingbacks & Trackbacks on Sejarah subjek wajib lulus SPM 2013

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by Razmah Thomas and yanmie, yanmie. yanmie said: Blog Updated : Sejarah subjek wajib lulus SPM 2013 http://bit.ly/bIb8tZ cekidaut yee :P [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge