Raja Azura @ Kak Engku berhasrat rujuk semula dengan suami

by yanmie on October 8, 2010

Salam semua, semalam update pasal Raja Azura @ Kak Engku bercerai, memang terkejut sangat! tapi hari nie Yan senyum membaca laporan akhbar online dari Mstar yang mengatakan Kak engku berhasrat ingin rujuk semula dengan suami dan mahu memberi peluang kedua kepada suami sementara masih didalam tempoh edah..mudahan semuanya di permudahkan buat mereka berdua…amin :)

raja azura

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, masih menyayangi suaminya , Adzmin Othman,37, dan tidak menolak kemungkinan untuk rujuk semula.

Kata Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, dia masih memberi peluang kepada suaminya untuk mencari jalan pendamaian dalam tempoh edah demi masa depan anak-anak.

“Selama ini saya hilang kepercayaan kepada suami dan dia perlu mengembalikan kepercayaan itu kepada saya semula. Penceraian hanyalah jalan untuk kami betulkan semula keadaan.

“Namun begitu saya masih lagi membuka peluang kepada dia untuk selamatkan rumah tangga kami sepanjang tempoh edah ini atau berkahwin semula selepas tempoh itu,” katanya ketika ditemui selepas selesai menjalankan tugasnya mengendalikan segmen Sinar Pagi di Stesen Radio Sinar FM, di Astro Bukit Jalil di sini, Jumaat.

Raja Azura dan Adzmin bercerai talak satu di sebuah mahkamah syariah di Selangor pada 28 September lalu. Penceraian itu dilakukan dalam prosiding tertutup.

Dalam pada itu, Raja Azura turut memberitahu kasih sayang terhadap suaminya tidak pernah berubah malah keputusan untuk bercerai adalah keputusan bersama.

“Kami tidak pernah bergaduh, bertengkar, malah kami adalah pasangan romantik di luar. Saya akui hati saya tidak pernah berubah daripada menyayanginya.

“Kami ambil keputusan ini sebagai jalan terbaik untuk memperbaiki hubungan kami dari luar setelah cara lain gagal. Selepas ini saya harap lebih menghargai dan memerlukan antara satu sama lain,” katanya.

Ujarnya, mereka turut berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak dan menjadi sahabat paling baik.

“Sebelum berpisah kami telah berjanji akan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik terutamanya memberi perhatian kepada kami.

“Saya tidak mahu anak-anak rasa terabai malah perkara ini masih menjadi rahsia kami dari pengetahuan mereka kerana mereka masih kecil untuk mengetahuinya,” katanya.

Kata Raja Azura, hak penjagaan anak adalah atas persetujuan bersama dan suami berhak untuk berjumpa mereka pada bila-bila masa.

Raja Azura dan Adzmin mendirikan rumah tangga pada 10 Mac 2001 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4. – MstarOnline

Nota Yanmie : Alhamdulillah mudahan mereka rujuk semula.

Artikel Berkaitan:

{ 15 comments… read them below or add one }

enrique October 21, 2010 at 10:44 pm

zulkbo :
salam Yan..
kesiannya Kak Ungku..
moga beliau tabah..

patutnya kesian kat anak-anak bukan kat KE sorg je.

Reply

enrique October 21, 2010 at 10:41 pm

bila dah berpisah nak salahkan takdir.
lebih baik muhasabah diri.
apa-apa pun moga dijodohkan kembali…….

Reply

Anonymous October 12, 2010 at 11:28 am

sepatutnya sebelum buat keputusan tu jgn la terus2 bercerai…fikir anak2 tu bukan fikir diri sendiri…..

Reply

zulkbo October 9, 2010 at 1:54 am

salam Yan..
kesiannya Kak Ungku..
moga beliau tabah..

Reply

mamakembar3 October 8, 2010 at 5:37 pm

Alhamdulillah kalau diorang dpt bersama semula, kita doakan je lah yang terbaik utk diorang & anak anak diorang

Reply

suffer8zine October 8, 2010 at 4:26 pm

bagus la nk rujuk, ape la cerai2 ni memburukkan nama artis je kene cop pasangan cerai

Reply

yanmie October 8, 2010 at 4:36 pm

semua tu ketentuan dari ilahi tapi andai ada cara terbaik lain yang boleh menyatukan mereka kita doakan yang terbaik buat mereka.

Reply

kay October 8, 2010 at 4:12 pm

suka kat KE, hope badai y menimpa dpt memberi sejuta hikmah dlm rumah tangga dia….selalunyer bila berpisah baru sedar kepeluan pasangan…hope mereka akan bersatu semula…amin

Reply

yanmie October 8, 2010 at 4:35 pm

ye betul tu…mudahan semuanya berjalan dengan lancar

Reply

ProfHariz October 8, 2010 at 4:05 pm

Harap mereka kembali bersatu.. Amin…

Reply

yanmie October 8, 2010 at 4:06 pm

Amin…mudahan :) seronok dapat tau diorang nak rujuk semula :)

Reply

lAl October 8, 2010 at 4:02 pm

Kita ramai2 doa untuk diorang nih.. :P

Reply

yanmie October 8, 2010 at 4:05 pm

betul tu! amin…mudahan di permudahkan untuk mereka :)

Reply

Lal Azmi October 8, 2010 at 3:51 pm

RT @yanmie: Blog Updated : Raja Azura @ Kak Engku berhasrat rujuk semula dengan suami http://bit.ly/95J2N8

Reply

yanmie October 8, 2010 at 7:44 am

Blog Updated : Raja Azura @ Kak Engku berhasrat rujuk semula dengan suami http://bit.ly/95J2N8

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: