Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi dan Galas serentak

Salam semua, semalam tengok berita TV3 pasal Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi Sandakan Sabah akan di adakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil Dun Galas, terkejut jugak pasal pilihanraya kat Batu Sapi, Sandakan, Sabah tu sebabnya tak tahu pun pasal penyandang Dun tersebut dan mati, Oh ye nak tahu kenapa Yan terkejut sebabnya Batu Sapi tu kampung Yan kat Sabah…ehehe, so lepas nie boleh tengok muka orang kampung masuk TV…wakakkaa

parlimen kecil batusapi

Yang pastinya bila tiba je musim nak undi nie time nielah baru ada yang turun padang, siap naik rumah lagi…adoii tapi bila ada masalah rakyat tak nak pulak turun padang, harap2 kali ini rakyat yang mengundi di Batu Sapi Sandakan dapat membuat pilihan yang terbaik, sebelum ini Batu Sapi di pegang oleh Parti Bersatu Sabah yang mana menang tanpa bertanding…huhuuhu, harap-harap adalah pencabar kali nie dari BN ke, bukan apa kalau parti lain yang duk pegang Batu Sapi nie memang tak nampak pun apa-apa perubahan yang ada, tiap kali balik kampung macam tu jugaklah rupa Batu Sapi tu, So kali nie biar rakyat bijak memilih, dan yang pasti ibubapa Yan memang penyokong kuat BN…ehehee *terus terang lagi tu*

Jom ikuti sumber berita dari Malaysiakini berkenaan pilihan raya kecil Batu Sapi dan Galas nie.

Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.

Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
Abdul Aziz berkata keputusan itu berdasarkan faktor undang-undang tidak melarang berbuat demikian dan pengalaman SPR sebelum ini yang mengadakan pilihan raya kecil secara serentak di tiga tempat iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai tahun lalu.

Beliau berkata jika dijalankan serentak, tempoh untuk mengadakan pilihan raya kecil itu menjadi pendek berbanding secara berasingan, sekali gus menjimatkan masa, perbelanjaan SPR dan mengurangkan ketegangan.

Katanya selain itu, SPR melihat tarikh berkenaan sebagai yang terbaik memandangkan faktor ruang yang terhad berikutan banyak peristiwa berlaku menjelang hujung tahun seperti sambutan perayaan Deepavali, Aidiladha, sidang DUN Sabah, awal Muharram, peperiksaan SPM.

“Dan yang paling penting, Sabah telah menyatakan kesediaannya untuk menghadapi pilihan raya kecil.

“Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini,” katanya.

Beliau berkata dua DUN di kawasan Parlimen Batu Sapi iaitu masing-masing Sekong dan Karamunting, mempunyai 11,321 dan 14,261 pengundi.

Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.

Menurut Abdul Aziz lagi, Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan Mohamad Hamsan Awang Supain telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan beliau akan dibantu oleh empat penolong pegawai pengurus.

“Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini,” kata Abdul Aziz.

Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.

Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah – menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

SPR, menurut Abdul Aziz menjangkakan pengumuman keputusan akan dibuat serentak bagi kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan iaitu kira-kira jam 8 malam.

Nota Yanmie : Seronok tengok time undi, Β bendera BN terpacak je kat depan rumah πŸ™‚

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

17 Comments

  1. Salam,,,,,,,,,,,,,kalau kita ubah calon, baru ada penbangunan btul tak macam negeri negeri pakatan, duit banyak dapat, maklum la nak rampas balik.

  2. salam,maaf saya cuma nak bkongsi pandangan p/raya.harapan saya seeloknya Parlimen SAPI @ sabah insyaallah d beri pd PAKATAN RAKYAT.sebab nya! BN dah lama memerintah nagara kita ni,kemajuan byk,namun sabah masih d anak tirikan oleh kerajaan pusat,sabah masih kekal negeri ptama miskin,padahal hasil bumi minyak.kayu balak banyak.saya ingin mengajak diri saya & puan merenung sejenak nasib2 kaum lain yg blh d katakan masih ada mereka ini tidak mdapat status warganegara.mgimbas nasib kaum perempuan PENAN yg d rog….! oleh pembalak2 haram.saya tergerak ini semua,agar puan pun sependapat dgn saya.bulan 12 ni saya akan ke sabah d atas misi kemanusiaan,bg membantu nasib mereka2 yg d tindas. saya juga mgalu2 kehadiran puan dgn rombongan saya.jgn memandang skop bandar saja.waema masih ramai mereka d kpg2 memerlukan bantuan.wallahhualam.

  3. Pada pendapat saya la kak yan, bab turun padang ni, YB(yang berkenaan) tu bukan tak rajin turun, tapi time pilihan raya memang 90% masa kena habiskan masa pilihan raya, selain masa mengundi mungkin YB tu tadi ada tuga diluar…tapi papa pun, pilihan raya serentak ni mudahkan kerja kan?

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Tweets that mention Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi dan Galas serentak | yanmieonline.com -- Topsy.com
  2. Batu Sapi Sandakan - Sabah | yanmieonline.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge