Salam semua, takziah di ucapkan kepada keluarga Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin atas pemergiannya. Arwah difahamkan menghidap sakit jantung dan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu. sebelum nie ada terbaca jugak di mstar yang arwah sedang sakit dan di tempatkan di hospital HUKM 2 minggu yang lepas.

yalal chin

Yan memang sangat meminati lakonan arwah, terkini Yan duk layan drama Surat Dari Amin kat TV9, dan drama tersebut masih lagi di tayangkan dan episodenya belum pun habis lagi. sebenarnya pelakon macam arwah inilah yang kita susah cari, seorang yang betul-betul menjiwai watak, setiap watak yang dilakonkan memang menjadi.

Apa pun semua ketentuan dari-NYA, moga roh arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat…Amin

Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof. Jenazah Allahyarham dibawa ke Melaka, awal pagi ini, untuk disemadikan di kampung halamannya.

Sepanjang penglibatan arwah dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip. Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam. – Mstar.com.my

Nota Yanmie : Alfatihah…

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

28 thoughts on “Pelakon Yalal Chin Meninggal dunia – Alfatihah”
  1. saya amat terkejut dengan berita kematian Allahyarham… saya amat meminati lakonan Allahyarham.. Allahyarhan telah maninggalkan kesan yang begitu baek sekali dalam lakonannye… ALFATIHAH….

  2. Salam kak Yan,

    Daus ada terbaca berita ni kat twitter Pak Nil semalam… Al Fatihah… Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang² yang beriman… Takziah jugak buat keluarga Allahyarham…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge