Live Chat bersama Fasha Sandha dan Zue Aziz – Drama Bagaikan Sumayyah (Anugerah Skrin 2010)

by yanmie on October 30, 2010

Salam semua, malam ahad nie jangan ketinggalan untuk menyaksikan Drama yang tercalon dalam Anugerah Skrin 2010 di TV3 iaitu Drama Bagaikan Sumayyah lakonan mantap dari Fasha Sandha, Dato’ Rahim Razali, Yalal Chin, Wan Maimunah, Jue Aziz, Normah Damanhuri, Ako Mustapha dan Fauzi Nawawi.

zue aziz dan fasha sandha

Selepas tayangan Drama tersebut jangan lepaskan peluang untuk bersembang secara langsung bersama Fasha Sandha dan Zue Aziz selama 30 minit, sure jem giler stream nie…hahaha, hari tu chat dengan Sheila Rusly dan Fauzi Nawawi pun bukan main jem lagi…ehehee beratus-ratus orang duk dalam tu. Rasanya kali nie lagi ramai kot, maklumlah wanita jelita tu yang tengah chat…eheee

Ok, jom cekidaut sinopsis bagaikan sumayyah nie, sebelum nie Yan dah pernah tengok dah, tapi ok jugak layan untuk kali ke 2 nanti kalau tidak kemana-mana :)

Shamsiah merupakan mangsa kerakusan nafsu jahat Tuan Razak cuba bangkit untuk mencari keadilan dan menyedarkan masyarakat sekeliling siapa sebenarnya Tuan Razak. Tuan Razak memang tidak dinafikan merupakan seorang dermawan dan orang berada di kampung dan banyak membantu mereka-mereka yang susah serta amat berpengarauh. Dalam keadaan itu, Tuan Razak mengambil kesempatan untuk menodai setiap gadis-gadis yang bekerja dengannya. Walaupun berhadapan dengan dugaan dan tentangan beberapa pihak termasuk ibu bapanya sendiri yang tidak mempercayai Tuan Razak akan bertindak sedemikian, Shamsiah terus tabah dan meneruskan hidupnya dengan berkahwin dengan pilihan keluarga iaitu Johan. Namun rumah tangga Shamsiah tidak berpanjangan kerana Johan telah termakan fitnah masyarakat mengenai Shamsiah yang dikatakan tidak suci lagi. Oleh sebab itu, rumah tangga mereka berkecai.

Shamsiah masih terus bersabar dengan masyarakat sekeliling yang masih memandang serong terhadapnya hinggalah pada suatu hari, Zura iaitu seorang rakannya pula menjadi mangsa Tuan Razak. Kali ini Shamsiah tidak mahu berdiam diri lagi. Zura dinasihatinya untuk dia mencari bukti bagi mengheret Tuan Razak ke muka pengadilan.Tuan Razak yang mengetahui tindak-tanduk Shamsiah yang cuba untuk mendakwanya, telah menyuruh Murad untuk memberi suapan kepada beberapa keluaga mangsanya bagi menutup mulut dan seterusnya membuatkan Shamsiah kalah dalam dakwaanya dan menangkap Shamsiah bagi menyelasaikan masalah itu dengan memberi Shamsiah beberapa tawaran lumayan. Shamsiah menolaknya dan membuatkan Tuah Razak menjadi marah sebelum menyuruh Murad mengurung Shamsiah dengan tidak diberi makan dan minum. Melihat keberanian dan semangat Shamsiah yang kebal itu, Murad merasa bersalah. Timbul keinsafan dan kesedaran pada dirinya untuk membantu Shamsiah. Murad telah memberitahu keluarga Shamsiah dan menyedarkan orang kampung tentang Tuan Razak.

Orang-orang kampung berkumpul untuk pergi ke rumah Tuan Razak bagi membebaskan Shamsiah. Tuan Razak dan Azman telah ditangkap.Namun Shamsiah sekali lagi berhadpan dengan satu masalah apabila tidak seorang pun mangsa Tuan Razak yang berani tampil untuk membuat aduan bagi mencukupkan bukti dakwaannya Tuan Razak telah dibebaskan dan bercadang untuk keluar dari kampung itu. Namun segalanya musnah apabila pihak polis tiba untuk menangkap Tuan Razak kerana Zura dan semua gadis yang pernah menjadi mangsa Tuan Razak telah tampil untuik bersama-sama Shamsiah yang dilihatnya begitu cekal dan tabah dan menganggap Shamsiah sorang wanita yang berani bagaikan Sumayyah. -guac.com.my

Nota Yanmie : Gud luck buat Drama Bagaikan Sumayyah untuk anugerah skrin 2010

Artikel Berkaitan:

{ 19 comments… read them below or add one }

syika April 3, 2011 at 1:22 am

sy nak taw sgt lagu ltar cte beh…sape taw ek..pless la gtaw..

Reply

mia sara March 15, 2011 at 1:34 pm

hai sume mia bole knl x ngan kamu sume.. :grin: mia nak crik kwn..

Reply

Athirah February 22, 2011 at 12:40 pm

Semua pelakon Drama BAGAIKAK SUMAYYAH beat-best belaka.100 bintang diberikan kepada semua pelakon2 drama tersebut.Mantap……… :shock:

Reply

Athirah February 22, 2011 at 12:33 pm

memang mantap lakonan akak Fasha dalan semua drama&filem yang akak berlakon.Semoga sukser selalu yer.Salam perkenalan…………ikhlas dari EIRA :lol:

Reply

Ikhwan Pauzi December 31, 2010 at 3:55 pm

fuiyoo

Reply

RedBoys November 2, 2010 at 3:19 pm

@yanmie
yep.. kelainan yg org nak kan.. majulah tv3.. hehe

Reply

yanmie November 3, 2010 at 8:52 am

ehehee betul2…TV3 da best!

Reply

RedBoys November 1, 2010 at 9:40 pm

wah.. tv3 maju setapak lagi… boleh livechat tu.. best2.. eh.. ada fasha.. hehe

Reply

yanmie November 2, 2010 at 12:06 pm

yes betul tu… salah satu cara nk kekalkan dan naikkan rating :)

Reply

eiman October 30, 2010 at 1:05 pm

wahh dah maju tv3 skrg nak tarik penonton.. ada live chat plak dah..

Reply

yanmie October 30, 2010 at 10:00 pm

memang maju sgt…ehhee :)

Reply

wazy October 30, 2010 at 12:36 pm

wajib tengok,
hehehe ada fasha tu =)

Reply

yanmie October 30, 2010 at 10:00 pm

eh minat fasha ke?? ehehe :P

Reply

eryati October 30, 2010 at 12:22 pm

erm nak try tengok la

Reply

yanmie October 30, 2010 at 10:01 pm

tengoklah…drama nie mmg best, tp best lagi mggu lepas pnya drama taubat nasuha :)

Reply

kakngah October 30, 2010 at 11:06 am

nak tgk nanti sbb masa tayang memula dulu tak tgk drama ni…

Reply

yanmie October 30, 2010 at 11:09 am

harus tengok kakngah, memang best! pastu jgn lupa chat dengan 2 gadis jelita tu :)

Reply

cikmin October 30, 2010 at 10:58 am

RT @yanmie Live Chat bersama Fasha Sandha dan Zue Aziz – Drama Bagaikan Sumayyah (Anugerah Skrin 2.. http://bit.ly/9ZSWxc

Reply

yanmie October 30, 2010 at 2:07 am

Blog Updated : Live Chat bersama Fasha Sandha dan Zue Aziz – Drama Bagaikan Sumayyah (Anugerah Skrin 2.. http://bit.ly/9ZSWxc

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: