Harga rokok naik RM0.70 sen bermula 04 oktober 2010

Salam semua, wah-wah harga rokok nak naik lagilah sebanyak 70 sen bermula besok iaitu 04 oktober 2010, nak tahu Yan lah orang yang paling seronok bila harga rokok nie di naikkan, mana tidaknya en.hubby Yan nie memang seorang yang merokok, manalah tahukan dia boleh berhenti merokok, kalau di naikkan banyak lagiklah Yan suka, cepat sikit dia berhenti merokok! hahaha…kang perokok-perokok semua marah kang baca entry nie…ehehe.

rokok dunhill

Walaupun dalam kotak rokok sebelum nie ada dipamerkan gambar-gambar yang sangat menakutkan dia masih jugak hisap rokok tu, malah siap tutup lagi gambar tu, dah tahu tu bahaya tapi hisap jugak..adoiiyaaiii, harap-harap cepatlah nak berhenti merokok ye…bahaya tau, macam-macam penyakit datang, ingat orang yang tersayang nie!

Dulu yan pernah cakap kat en.hubby pasal harga rokok naik, en.hubby kata “oklah tu, hanya orang kaya je yang mampu Β merokok” means mana-mana yang merokok tu tandanya orang tu orang kaya…wakkaa sabar jelah aku! alasan tak nak berhenti dan alasan tak boleh blah!

PETALING JAYA: Cigarette prices are expected to go up tomorrow by 70 sen for a pack of 20 sticks.

According to a report by a Chinese daily, most 20-stick packs, which is currently sold at RM9.30, will cost RM10.

Quoting sources, the daily reported that the 70 sen increase is one of the highest in recent history, with previous hikes being between 10 and 30 sen.

Packs of high-grade cigarettes are expected to cost as much as RM14.

A source predicted that the price hike would cause cigarette sales to drop by 10%. – thestar.com.my

Sebenarnya ada banyak alternatif lain untuk berhenti merokok ataupun mengatasi cara ketagihan merokok nie, tapi terpulang pada diri masing-masing, contohnya sekarang nie kan dah canggih, dah ada Rokok Elektronik alternative kepada Rokok Tembakau, tapi dengarnya ada baik dan buruknya jugak, tapi kalau dah ketagih tu bahaya jugak, sebelum nie ada baca pasal Rokok mengandungi sel darah babi tapi tak pasti rokok jenis apa, eeee….minta di jauhkan, dear…plizzz amik inisiatif lain ok, amik pil berhenti merokok ke macam kat bawah nie πŸ™‚

pil berhenti merokokSee Pil untuk berhenti merokok pun dah ada jual, cuma tak pasti adakah semua perokok tahu akan wujudnya pil ini ataupun diorang buat-buat tak tahu..ehehe, Yan sendiri baru je dalam bulan lepas cakap kat en.hubby pasal pil ini, masa tu tengok iklan kat dalam TV, tapi tulah respon en.hubby cuma tersengih aje…huhuu…kena pujuk-pujuk nie, mana tau dia nak telan pil nie..ehhee

meh tengok apa menariknya tentang pil berhenti merokok nie ye,

PFIZER baru-baru ini mencipta satu revolusi terapi dua fungsi yang menghalang kesan nikotin di dalam otak. Pil berhenti merokok yang diberi nama Champix (varenicline) merupakan satu penemuan terbaru dalam perubatan oral tanpa nikotin.

Champix memiliki mekanisme tindakan unik yang membantu perokok berhenti merokok dengan memberikan dua jenis faedah.

Kelebihan Champix adalah melalui rekaannya yang unik kerana ia dicipta khusus untuk mengaktifkan hanya sebahagian daripada saraf pengesan nikotin, mengurangkan ketagihan perokok dan simptom akibat pemberhentian pengambilan nikotin.

Menurut Dr. Wong Kok Seng, sekiranya seorang perokok menghisap rokok semasa menerima rawatan, Champix berupaya memberi potensi untuk mengurangkan kesan kepuasan yang dirasai semasa merokok. Ini akan dapat mengurangkan kitaran ketagihan nikotin.

“Merokok menyebabkan hampir semua organ dalam badan berada dalam keadaan bahaya dan perkara ini boleh dicegah. Hal ini dapat dielakkan dengan ciptaan ubat yang inovatif daripada Pfizer yang dapat membantu perokok menjalani kehidupan yang sihat tanpa rokok,” katanya.

Kajian yang dilakukan oleh Champix menunjukkan hampir empat kali ganda pesakit yang menerima rawatan terapi Champix (satu mg dua kali sehari) selama 12 minggu lebih cenderung untuk berhenti merokok berbanding mereka yang mengambil placebo yang memberikan kesan kecenderungan untuk berhenti merokok sebanyak dua kali ganda. Perbandingan ini juga dibuat terhadap mereka yang mengambil buproprion (150 mg dua kali sehari).

Dr. Wong turut menjelaskan Champix mempamerkan profil keselamatan dan penerimaan yang memberansangkan melalui kajian yang dijalankan ke atas hampir 4,000 orang perokok.

Keputusan kajian ini membuktikan bahawa Champix membawa kemajuan yang amat penting dalam kaedah pengurusan pemberhentian merokok.

Menurut Ketua Perunding dan Pakar Penagihan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Mohamad Hussain Habil, ketagihan nikotin menyebabkan pemberhentian merokok menjadi sukar dan merupakan salah satu daripada penyebab utama kebanyakan perokok gagal dalam usaha mereka berhenti merokok.

“Apabila seorang perokok menyedut asap daripada sebatang rokok, nikotin akan menyerap masuk ke otak dalam tempoh beberapa saat sahaja. Ini akan mengaktifkan laluan saraf keseronokan di bahagian otak,” katanya.

Mereka yang berhenti merokok sebelum mencapai usia 50 tahun akan dapat mengurangkan risiko kematian yang berpunca daripada penyakit berkaitan rokok sebanyak separuh bagi tempoh 15 tahun yang akan datang, berbanding mereka yang terus merokok.

Perokok yang tidak terdaya untuk berhenti merokok melalui usaha mereka sendiri seharusnya mempertimbangkan rawatan dan bantuan perubatan.

Champix melambangkan komitmen Pfizer kepada konsep bekerjasama untuk dunia yang lebih sihat dengan mengaplikasikan inovasi sains bagi mempertingkatkan taraf kehidupan pesakit.

Merupakan bahan perubatan yang telah dikaji secara menyeluruh dan satu-satunya ubat khusus bagi membantu usaha berhenti daripada merokok.

Champix tanpa nikotin dan varenicline yang boleh dimakan merupakan kandungan aktif dalam Champix dengan memberi tindakan dua fungsi. Kedua-dua nikotin dan varenicline bertindak ke atas saraf pengesan nikotinik acetylcholine (nAChRs) di bahagian otak, yang dikaitkan dengan ketagihan nikotin. – kosmo.com.my

Nota Yanmie : Dear, plizz….jangan hisap rokok lagi..hisap ler benda lain ke! erk!!! Otak jangan blue yeee πŸ˜›

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

34 Comments

  1. kalau dh dasar perokok tu, naik la berapa hinggit pun.. diorg tetap hisap rokok gak.. biar tak makan.. janji dpt rokok…

    eh.. apsal komen emo lak nih??
    hahhaha!!!

  2. Sebenarnya kak yan.. Berhenti merokok nie pada individu.. Kalau niat tekad berhenti insyaAllah cuma kena melawan nafsu. Alhamdullilah hariz x merokok

  3. orang yang rapat pon tak dapat nak dinasihatkan, inikan lagi nak nasihat orang lain. sendiri pikir la. bukan nak tunjuk pandai. tp xpayah nak bangge sngt la pasal harge naik ni. heboh tulis itu ini. semua da maklum, rakyat malaysia mmg ramai perokok. sendiri jaga kain la kakak!

    • salam, org yg rapat nie dlm proses…lgpun dia mmg x kuat merokok, sekotak tu 3 hari jgk dia isap. terpulang pada saya nak bangga ke apa, saya bangga sbb utk suami saya, bkn untuk org lain…yang awak nie emosi sangat dengan entry nie kenapa?? entry nie bukan utk awak pun, sama lah jugak jaga kain sendiri sudah, tak suka senyap je.

      btw thanks komen kat sini… πŸ˜›

  4. Bagus juga tu naik.. boleh dapat tambah pendapatan negara melalui cukai..
    tapi, kesan negatifnya.. semakin berleluasalah juga penyeludupan rokok.. maklumlah, orang akan cenderung untuk dapatkan rokok murah..

    • salam lan, ha ye aku setuju dgn komen mu nie! lepasnie mmg bnyklah nanti kes2 seludpu rokok. takpun senang hisap rokok daun ja…ehehe πŸ˜›

  5. since dah berhenti merokok ni dah lama tak tahu harga rokok πŸ™‚

    btw kak bila nak update url saya dlm exchange link πŸ™‚

    jgn marah ek

    • wah dh berhenti ye…tahniah, bkn senang nk berhenti tu…hubby kakyan pun sblm nie ada cuba berhenti, tp xberjaya..ehehe, dia merokok jgk skrg nie tp x kuat…
      pasal exchangelink tu ada bnyk link yg blm dimasukkan lg..insyallah bila rajin dan mood terlebih nnti kakyan updatekan.

  6. Assalamualaikum,kak yan sebelum 4 oktober dunhill sebatang di area sayang dah RM0.70.. hehehe tak berbaloi sebatang.. up 20 batang,satu kotak terus…. :).. hehehe kak yan boleh sponser saya pil 2??? hehehe

1 Trackback / Pingback

  1. Tweets that mention Harga rokok naik RM0.70 sen bermula 04 oktober 2010 | yanmieonline.com -- Topsy.com

Comments are closed.