Salam semua, semalam tengok dah ada promo untuk drama ulek mayang, menarik jugak so apa lagi gagah ler mengoogle macam biasa, dan jumpa jugak sumber dari gua.com.my, so Yan kongsikan disini yea, Drama ulek mayang ini diadaptasikan dari mitos Ulek Mayang bakal menemui para penonton di slot Lagenda TV3 mulai 25 Oktober 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang. yang mana menggantikan Drama Siti Kelembai.

ulek mayang

Drama Ulek Mayang ini diterbit dan diarahkan oleh Rashid Sibir daripada Rashbir Media Sdn Bhd, drama 20 episod ini membariskan pelakon-pelakon tanahair handalan seperti Fezrul Khan, Elly Mazlein, Seniwati Mariani Ismail, Fizo Omar dan Sabrina Ali. Kebiasaanya kalau drama hasil rashid sibir nie memang best, takpe sama-sama kita saksikannya isnin nanti, hem…tapi tak tau lah boleh layan ke tak episode 1 ulek mayang nie sebabnya time nie rasanya masih otw balik kampung kat kedah πŸ™‚

Jom layan sinopsis Ulek Mayang ini yea, kredit kepada gua.com.my

β€œUlek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu.

Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.

Sebenarnya, Ali telah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali telah menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari telah jatuh hati.

Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali telah memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan.

Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?

Biasanya kalau ada elly mazlein mesti best drama nie, sebab suka watak elly mazlein yang lemah lembut..suara menggoda you…hahaha πŸ˜›

Nota Yanmie : tetiba rasa nak nyanyi lagu ulek mayang…ehehee

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

24 thoughts on “Drama Ulek Mayang di Slot Lagenda TV3”
  1. salam kak,saya linda dri phg..mgg minat giler kat elly mazlin ni..rupa kiut..suare pon best..bakat nyanyian n lakonan mgg semule jdi arr…sye mgg xleh lupe tang mate elly ni..pehhh…thank akak coz ade ruagan tuk slot cite ni,,

  2. lakonan elin mazlin amat berkesan tapi Ali perlu lebih menjiwai watak kalau pelakon handalan berlakon lagi jadi watak ALI

  3. Ofcoz!! jgn lupa tgk ya kawan2… kite pun ikut masa shooting cite ni.. best2..love elly mazlein a.k.a my sister forever πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge