Drama Ulek Mayang di Slot Lagenda TV3

by yanmie on October 22, 2010

Salam semua, semalam tengok dah ada promo untuk drama ulek mayang, menarik jugak so apa lagi gagah ler mengoogle macam biasa, dan jumpa jugak sumber dari gua.com.my, so Yan kongsikan disini yea, Drama ulek mayang ini diadaptasikan dari mitos Ulek Mayang bakal menemui para penonton di slot Lagenda TV3 mulai 25 Oktober 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang. yang mana menggantikan Drama Siti Kelembai.

ulek mayang

Drama Ulek Mayang ini diterbit dan diarahkan oleh Rashid Sibir daripada Rashbir Media Sdn Bhd, drama 20 episod ini membariskan pelakon-pelakon tanahair handalan seperti Fezrul Khan, Elly Mazlein, Seniwati Mariani Ismail, Fizo Omar dan Sabrina Ali. Kebiasaanya kalau drama hasil rashid sibir nie memang best, takpe sama-sama kita saksikannya isnin nanti, hem…tapi tak tau lah boleh layan ke tak episode 1 ulek mayang nie sebabnya time nie rasanya masih otw balik kampung kat kedah :)

Jom layan sinopsis Ulek Mayang ini yea, kredit kepada gua.com.my

“Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu.

Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.

Sebenarnya, Ali telah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali telah menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari telah jatuh hati.

Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali telah memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan.

Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?

Biasanya kalau ada elly mazlein mesti best drama nie, sebab suka watak elly mazlein yang lemah lembut..suara menggoda you…hahaha :P

Nota Yanmie : tetiba rasa nak nyanyi lagu ulek mayang…ehehee

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 23 comments… read them below or add one }

usop December 12, 2010 at 10:46 am

macam mane nak download cite nih

Reply

nur shakirah November 25, 2010 at 9:47 pm

best giler… walaupon saye baru umur 12 thn….
x pernah miss…

Reply

linda November 25, 2010 at 12:23 am

salam kak,saya linda dri phg..mgg minat giler kat elly mazlin ni..rupa kiut..suare pon best..bakat nyanyian n lakonan mgg semule jdi arr…sye mgg xleh lupe tang mate elly ni..pehhh…thank akak coz ade ruagan tuk slot cite ni,,

Reply

arrashidun nib bil sabil November 22, 2010 at 4:12 pm

lakonan elin mazlin amat berkesan tapi Ali perlu lebih menjiwai watak kalau pelakon handalan berlakon lagi jadi watak ALI

Reply

Ummi Alifya November 5, 2010 at 11:44 pm

best jugak cerita nih…tapi tang dia lawan mak dia tu bikin gerammmmm arrr…

Reply

ain November 2, 2010 at 9:33 am

Suke citer nie…sapa2 leh bagi lirik lagu ulek mayang tak…? tolong…

Reply

apel faressa October 24, 2010 at 1:58 pm

Ofcoz!! jgn lupa tgk ya kawan2… kite pun ikut masa shooting cite ni.. best2..love elly mazlein a.k.a my sister forever :)

Reply

cikmin October 23, 2010 at 10:53 am

RT @yanmie Drama Ulek Mayang di Slot Lagenda TV3 http://bit.ly/bzSM5T

Reply

wazy October 23, 2010 at 10:39 am

wajib tengok cerita ni

Reply

yanmie October 23, 2010 at 10:47 am

tengok jgn x tgk :P

Reply

aarin October 23, 2010 at 10:00 am

macam menarik, dah lama tak layan slot lagenda, siti kelembai pun kadang2 termiss.. nnt nak kena cari masa juga

Reply

suffer8zine October 23, 2010 at 2:03 am

@yanmie
aah tau x pe, tapi den nk tgk ni kompem x sempat adess, tngu review kak yan je la :P

Reply

Amir Said October 22, 2010 at 10:23 pm

nak tengok tp website tonton banyak problem la… skg dah xleh tgk drama2 TV3. :-(

Reply

yanmie October 22, 2010 at 10:45 pm

tonton mmg, akak yg line berdesup pun kadang xdpt gak..hampess dah ler xblh nk donlod dh…huhuhu

Reply

kulanz October 22, 2010 at 9:55 pm

wah, ada drama baru lagi..
hampir lupa sudah nama Elly Mazlein tu.. last tengok lakonan dia dulu dalam gerak khas kalau x silap

Reply

yanmie October 22, 2010 at 10:45 pm

ha’ah lan drama nie start isnin nnti…ehehe ha’ah dlm gerak khas pun dia ada tp kami mmg nda tgk gerak khas tu..nda minat :P

Reply

suffer8zine October 22, 2010 at 8:17 pm

dah lame elly x kua kat drama tv3 kan kak

Reply

yanmie October 22, 2010 at 8:18 pm

yes betul..last rasanya drama na o mei kot klu x silap :P

Reply

Dauspozi October 22, 2010 at 8:04 pm

Salam kak Yan,
Salah seorang pelakon yg Daus minat ni kak… so harus layan… hoho… Thanks 4 sinop… hehehe

Reply

yanmie October 22, 2010 at 8:06 pm

Salam daus, sama2..betul tu kakyan pun minat kat elly mazlein tu..lakonan dia mmg best…harus layan mcm siti kelembai…ehehe :P

Reply

yanmie October 22, 2010 at 11:57 am

RT @yanmie Drama Ulek Mayang di Slot Lagenda TV3 http://bit.ly/bzSM5T

Reply

yanmie October 22, 2010 at 11:56 am

Blog Updated : ulek mayang http://bit.ly/aI8BX8 di slot lagenda tv3

Reply

yanmie October 22, 2010 at 11:55 am

Drama Ulek Mayang di Slot Lagenda TV3 http://selangorbloggers.com/read/1569

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: