Drama Mahabbah De Laila TV9

Salam semua, korang pernah tengok tak Drama Mahabbah De Laila yang di tayangkan melalui TV9, sebenarnya Yan pun baru aje layan drama mahabbah de laila nie, itu pun sebab hasil carian ke blog ini melalui keywords yang masuk berkenaan mahabbah de laila, dan ada terbaca komen di blog ini di SINI, kalau baca kat sinopsis memang best sebab antara percintaan wanita berusia lewat 30 an dengan jejak berumur belasan tahun, menarik bukan??

Mahabbah De Laila (1)

Dan secara tidak langsung menarik minat Yan untuk tengok drama mahabbah de laila nie, setakat nie layan kat tonton.com.my aje, terus layan episode 4 dan 5, episode 1-3 tengah godek-godek tonton.com.my kot2 ada jumpa episode tersebut. cekidaut sinopsis bawah nie.

Sinopsis Mahabbah De Laila

MAHABBAH De Laila, mendengarkan tajuknya sahaja sudah cukup unik. Mahabbah membawa maksud cinta yang dimiliki oleh seorang wanita bernama De Laila. Drama ini menyingkap kisah cinta dan kehidupan seorang wanita berusia lewat 30-an yang berkahwin dengan lelaki muda belasan tahun.

Sungguhpun memiliki segala-galanya, kerjaya dan harta benda namun kemewahan hidup De Laila sebenarnya tidak menggambarkan realiti sebenar kehidupannya yang kesunyian tanpa teman hidup. Hancur hati seorang wanita yang ditinggalkan tunangnya menjelang hari perkahwinan mereka, menyebabkan De Laila menjadi seorang wanita yang terlalu tabah.

Apalagi sejak kematian ayah dan ibunya, De Laila yang dipelihara oleh ibu saudaranya, yang dipanggil Mama tidak pernah menjadikan kekecewaan sebagai benteng dalam kehidupan. Sebab itu tidak hairanlah, setelah ditinggalkan tunang hanya beberapa hari akan bergelar isteri, De Laila bangkit semula dan meneruskan tugas mengendalikan perniagaan yang ditinggalkan kedua orang tuanya.

Kebaikan dan kelembutan hati De Laila telah mencuri hati sepasang suami isteri Pak Imam dan Mak Kintan hingga mereka sanggup menyuruh anak mereka, Waad berusia 18 tahun menjadi suami kepada De Laila. Pada masa yang sama, Waad ‘berperang’ emosi dalam mengukuhkan hati melayari kehidupan sebagai seorang siswa, suami dan menyimpan rahsia daripada pengetahuan De Laila.

Sumber dari Zqah

OST Mahabbah De Laila – Wajah Siapakah (Azlina Aziz)

Wajah siapakah yang dikau cari
Setelah dikau mengecewakanku
Senyuman siapakah yang masih dikau nanti
Untuk mengisi kekosongan jiwa

Lembutnya lidah mengucapkan kata
Melafazkan dendammu rindukanku
Padamu hanayalah aku yang dapat menghiburmu
Dan jua melenyapkan keresahan

( korus )
Tapi kini tiada lagi
Senyuman manis dan tawa mesramu
Terbiar aku…
Keseorangan…

Derita melanda
Mengganggu hatiku
Mengapa begini
Berakhirnya dunia
Cintaku… sayang

Kembalilah dikau dalam hatiku
Terangilah segala kegelapan
Nyalakanlan semula obor cinta kita
Agar damai hatiku dan hatimu

( ulang korus hingga akhir)

Siapa ada link download mahabbah de laila nie?? bolehlah kongsikan dengan Yan…makasih yea :)

Nota Yanmie : Serius baru layan episode 4 dan 5 memang best!! korang layan lah drama nie, tak rugi tengok :)

42 thoughts on “Drama Mahabbah De Laila TV9

  1. sya minat sgt citer nie best la….skrg ade ari isnin n selasa…klu leh ade ari isnin-khamis bru syok ckit….

  2. ha…eiyda pon der tgk citer ni kaka..tp lupe lah bila mase n hr dia tayangh..huhuhu..
    kisah wanita umur 30-an kawen ngan remaja umur 17-18 huhuhu..kesian wanuta tu…yg lelaki tu still mude xtau pape kn…

    1. ha ye betul tu! tu yg akak jadi suka tgk tu…hahha bestkan, selalunya lelaki yg berumur kawen dgn pompuan belasan thn tp yg nie wanita 30-an kawen dgn laki belasan thn..menarik…hahaha

  3. saya layan cite ini, mmg best mula-mula rasa macam ‘geli’ bila de laila kahwin ngan waad tapi de laila seorang isteri yang baik, memahamimkehendak suami nya yang muda lagi.. tak sabar nak sambung tengok minggu depan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge