Salam semua, susulan kes misteri kehilangan Jutawan Kosmetik Nouvelle Visage, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 kini mendapat petunjuk yang baru, suspen jugak Yan tengok berita TV3 pagi nie dan jugak laporan akhbar di berita harian yang mengatakan kereta BMW X5 milik Datuk Sosilawati Lawiya yang bernombor pendaftaran WTL 11 di jumpai seorang penduduk di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di sini, kira-kira jam 8.30 malam sebaik butiran kenderaan terbabit disiar Buletin Utama TV3. Ia ditemui diletakkan di tempat letak kereta apartmen berkenaan dengan pintu tidak berkunci tetapi bahagian dalamnya tidak berusik. misteri betul!, seram sejuk!!

Pagi tadi tengok berita hati rasa berdebar-debar aje, mulalah teringat akan drama-drama penculikan, pengkhianatan. Doa dan harapan agar Datuk Sosilawati dan 3 individu yang lain berada dalam keadaan selamat, sebabnya curiga jugak atas penemuan kereta peguam sivil Datuk Sosilawati di temui di hadapan Hotel Dorset ditemui dalam keadaan baik tetapi terdapat kesan lumpur.

SUBANG JAYA: Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, sejak seminggu lalu semakin terungkai berikutan penemuan dua kereta mewah, masing-masing miliknya dan milik peguam sivilnya di sini, malam tadi.

Kereta jenis BMW X5 warna hitam bernombor pendaftaran WTL 11 milik Sosilawati ditemui seorang penduduk di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di sini, kira-kira jam 8.30 malam sebaik butiran kenderaan terbabit disiar Buletin Utama TV3.

Ia ditemui diletakkan di tempat letak kereta apartmen berkenaan dengan pintu tidak berkunci tetapi bahagian dalamnya tidak berusik.

Kereta jenis BMW 525i warna biru bernombor pendaftaran AAJ 5 milik peguam sivil Sosilawati, Ahmad Kamil Abd Karim pula ditemui diletak di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya kira-kira jam 9 malam hasil maklumat awam.

Difahamkan, kereta Ahmad Kamil ditemui dalam keadaan baik tetapi terdapat kesan lumpur.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah ketika dihubungi mengesahkan penemuan kedua-dua kereta berkenaan.

Sementara itu, pengusaha warung, Norizal Othman, 31, yang menemui kereta mewah milik Sosilawati, berkata beliau mengesyaki sesuatu selepas kenderaan mewah berkenaan diletakkan di situ sejak seminggu lalu.
Di kawasan ini memang banyak kereta mewah disimpan. Jadi, kehadirannya menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi agak lama ia diletakkan di situ tanpa diambil sesiapa.

Bila TV3 menyiarkan nombor pendaftarannya dalam Buletin Utama malam tadi, saya terus teringatkan kereta itu lalu memberitahu Jawatankuasa Penduduk Apartmen Angsana yang kemudian menghubungi polis, katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Norizal tidak dapat mengenalpasti mana-mana individu meletak kereta itu di tempat letak kereta berkenaan.

Kereta itu memang ditemui dalam keadaan sudah diletakkan di situ. Siapa yang memandunya memang saya tidak perasan tapi memang sudah lama ia di sini,” katanya.

Seorang lagi saksi, Roslan Abd Rahman, 46, berkata beliau nampak seorang lelaki Melayu dalam lingkungan 30-an meletakkan kereta itu di situ.

Keadaannya mencurigakan… tengok keadaan sekeliling kalau gerak-gerinya diperhatikan. Saya tidak tahu kereta itu milik Datuk Sosilawati sehinggalah keluar dalam berita, katanya. – Berita Harian Online

Polis juga turut mengambil keterangan dari keluarga Datuk Sosilawati dan jugak keluarga 3 individu yang lain.

Nota Yanmie : Ya Allah lindungilah mereka dari sebarang musibah! Amin!! nak raya nie pasti keluarga diorang nak beraya bersama-sama.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

23 thoughts on “Susulan kes Datuk Sosilawati Lawiya hilang – Kereta dijumpai”
  1. kenapalah manusia sekarang sangat kejam….apa dah jadi dengan pemikiran dorang…apakah sudah hilang pertimbangan sampai membunuh dengan cara yang amat kejam…seret ke muka pengadilan allahhuakbar3x

  2. aneh! biasanya kereta mewah org suka curi. tapi ni pelik pula. tak berkunci tapi tak pula dicuri. memang misteri. Ya Allah! slmtkan sosilawati. kasihan ibunya..

  3. Kita berdoa agar mereka selamat….Hidup mati adalah kerja Allah…Kita sebagai insan yang mempunyai orang tersayang, ibu, ayah dan kawan….sama-sama berdoa agar mereka dilindungi Allah…

  4. Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah mereka semua…amin, takut mereka di culik aje. mungkin ada betulnya kemungkinan apa yang anak datuk sosilawati katakan bahawa ibunya di kurung. waulahualam…mudahan semua selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge