Mayat Datuk Sosilawati Lawiya ditemui dibakar sebelum dibunuh?

Salam semua, pagi tadi tengok berita terkejut sangat tentang Susulan kes Datuk Sosilawati Lawiya hilang, terbaru polis menemui 4 mayat yang di katakan kemungkinan besar keempat-empat mayat tersebut adalah mayat Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 individu yang lain, mayat yang ditemui rentung dipercayai di bunuh sebelum dibakar di sebuah ladang ternakan di Teluk Godong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam tadi.

Mesti keluarga Datuk Sosilawati Lawiya dan keluarga 3 individu yang lain sangat bersedih sekiranya laporan berita tersebut mengesahkan kesahihan tentang berita tersebut. berikut disertakan laporan dari berita harian online.

BANTING: Empat mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam tadi.

Difahamkan, identiti keempat-empat sedang dikenal pasti. Namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga yang lain hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual beli tanah, 13 hari lalu.

Semua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.

Bagaimanapun, sehingga malam tadi, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Minggu, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages itu.

“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.
Sehingga malam tadi, enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.

Turut ditahan seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adilknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an.

Difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa.

Ahli forensik polis dijangka ke lokasi penemuan empat mayat rentung pagi ini bagi menjalankan siasatan lanjut.

Apa pun turut bersimpati dengan 4 keluarga tersebut, mudahan mereka tabah menerima berita ini. dan laporan forensik masih belum di keluarkan. difahamkan masyarakat ataupun blogger tidak di benarkan membuat spekulasi tentang kes ini, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

Updated terkini klik link bawah

Polis sahkan Datuk Sosilawati Mati dibunuh

BANTING: Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara itu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini.
Tiga lagi ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.-Bernama

You may also like

61 Comments

  1. takziah kepada mgsa .. semoga roh mereka di cucuri rahmat.semoga penjenayah iti diberi kan hkuman yg berat .stimpal .. beri seksaan bru lar d bwa ke hkman gntung . .seperti yg dilakukan kpda mangsa ..

  2. sepatutnya jgn dihkum gantung tp di ikat setiap simpamg n letak pisau cuka n garam…sesiapa melihat p tores n sapu cuka n gram pd tpt luka tu biar dia rsa bgaimn seksa org yg diorg bunuh itu terseksa sblum mti….

  3. salam .. kita sabar byk2 .. penjenayah 8 ekor tu atau ade lg lambat laun laun akan ke tali gantung jugak .. biar mereka rasa perjalanan akhir hidup mereka .. padan muka dorang .

  4. sungai road punya penyamun .. byk makan belacan .. aku suruh buat kerje loyer kau bunuh org .. bodoh punya org .. baghal .. unta .. kelabu asap .. alfatihah untuk semua mangsa ..

  5. Alfatihah .Sebagai kawan pengasas yang telah lama mengenalinya.Lagi amat terasa.Setiap kali mendengar berita di tv setiap kali menangis.Pada malam berita yg saya terima dari pengasas nuris kosmstik.Pukul 12 malm .Saya terus rasa nak pitam bagaikan tak percaya apa yang terjadi keatas nasib SOSILAWATI.

    Semoga pihak berkuasa dapt menghukum dan berilah hukuman yang setimpal kpd manusia yg begini.

  6. Firdaus :
    Sepatutnya, mereka yang membunuh Dtk Sosilawati & 3 rakannya mesti dibunuh serta merta. Tak payah tunggu sampai di dapati bersalah, buang masa & duit!
    Binatang pun dah pandai hormat nyawa!

    Betul tu…klu boley buat live telecast. Terguris sgt hati ini…

  7. alfatihah untuk mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Pengajaran yang kita boleh dapat dari peristiwa tragis ini ialah supaya berhati-hati berurusan dengan sesiapa sahaja jika ia melibatkan wang ringgit yang banyak. Wang ringgit boleh merubah sesiapa sahaja.

  8. Tahniah pdrm tp bila masuk court… datuk ni biase bnyk kabel … pusing sana pusing sini lepaslah tuu…tngokla kes-kes lalu.. suei punye datuk …

  9. Sepatutnya, mereka yang membunuh Dtk Sosilawati & 3 rakannya mesti dibunuh serta merta. Tak payah tunggu sampai di dapati bersalah, buang masa & duit!
    Binatang pun dah pandai hormat nyawa!

  10. Manusia bersifat sedemikian sememangnya binatang. Bila dunia dah akhir zaman, manusia boleh lakukan perkara yang teramat-amat kejam. Allah dan ambil nyawa beliau dengan cara demikian. Kita kena selalu ingatkan diri kita sendiri bahawa kita ni nak ‘ke sana’ dengan cara yang bagaimana pulak ? Itu kerja Allah. Dia dah pergi buat selama-lamanya. Al Fatihah buat keluarga beliau.Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

  11. Ikatan , hubungan persahabatan antara kaum sudah hampir pupus. Banyak perkara yg tak sepatutnya berlaku . Marilah kita ujudkan hubungan baik antara kita semua, tidak kira bangsa, ugama dan budaya.Yang penting, didiklah anak2 kita supaya berbuat baik sesama manusia.

  12. al-fatihah
    sama-sama kita doakan agar roh mereka disisi allah s.w.t
    bagi yang masih hidup, sama-samalah kita ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku, perlu ingat harta dunia tidak kemana….fikir dan renung lah

  13. Sungguh simpati pada kaum keluarga arwah.Semoga Tuhan permudahkan segala urusan Kita di Dunia & akhirat.Moga roh mereka semua dicucuri rahmat dariNya.Insya’allah mereka yang bertanggungjawab berhati syaitan laknatullah akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.

  14. Takziah…
    semuga roh beliau dan rakan2nya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
    dan diharap ahli keluarga mangsa tabah dalam menempuh ujian yg Allah berikan.
    Insyallah kpd yg bertanggung jawab melakukan pembunuhan ke atas mangsa, pasti Allah akan bagi hukuman yg setimpal atas perbuatan mereka.

  15. Ya Allah..semoga penjenayah tak terlepas..jgn kerana pangkat n byk kenalan Org Politik..semua terlepas…Syabas kepada polis tapi tugas anda belom selesai….pastikan penjenayah tak terlepas…

  16. Kes ini kita serahkan kepada pihak yang berkuasa untuk menentukan motif sebenar. Kalau disabitkan kesalahan hukuman setimpal harus dikenakan.tak kira siapa yang terlibat.

  17. Inalillah… perbuatan teramat kejam bagi manusia yang layak dipanggil binatang. Semoga anak-anak, ibu dan keluarga Datuk tabah menghadapi dugaan Allah di bulan mulia ini. Bersabarlah…kita sama-sama mendoakan moga Datuk yang baik serta rakan-rakannya itu ditempatkan di sisi hamba Allah dan orang Islam yang terpuji. Amin.

  18. kesianya….
    kita sedekahkan al-fatihah.bismillahirahmanirahim……..
    semoga dia selamat pulang atau roh nya diterima disisi allah…….

  19. Sosilawati adalah seorang usahawan yang telah jatuh dan kembali bangun dengan sendirinya. Seorang usahawan yang berjaya membesarkan 6 orang anak disamping kuat berusaha untuk berjaya dalam perniagaan beliau.

    Beliau adalah seorang yang tegas, cekal dan berpendirian yang telah berjaya membawa beliau ketahap kejayaan beliau sekarang.

    Beliau telah berjaya dengan melalui jalan yang teramat sukar maka adalah silap untuk penculik beliau untuk menipu bagi mendapatkan wang daripada beliau dengan cara yang senang.

    Beliau mengambil langkah yang bijak dengan turut sama membawa Peguam dan Penasihat Kewangan bersama beliau untuk menyelesaikan hal berkaitan pembelian tanah. Penculik beliau sangka kerana beliau seorang wanita mereka dapat dengan senangnya menipu beliau. Bagi seorang usahawan seperti beliau yang telah berjaya merempuh ranjau dan duri sehingga mencapai kejayaan sekarang maka tidaklah mudah untuk mana mana pihak cuba menipu beliau.

    Kejayaan dan kekayaan yang beliau perolehi bukannya datang bergolek. Ianya adalah hasil usaha keras beliau yang tidak mengenal penat lelah selama ini dan para penculik beliau lupa akan hal ini dan salah anggap bahawa beliau senang ditumpas dengan penipuan adalah meleset sama sekali.

    Sama sama kita mendoakan supaya syaitan yang bertanggung jawab dengan keselamatan nyawa beliau dan rombongan beliau menerima balasan seberatnya daripada Allah didunia ini dan dihari pengadilan nanti.

  20. Pingback: ip situs didedikasikan tetapi permintaan dikirim dari satu bersama! | Duniamaya.info

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge