Kerang atas darah babi di pasar chow kit

by yanmie on September 7, 2010

Salam semua, sebenarnya entry ini dari pagi tadi lagi Yan draf, maklumlah hari nie dah 3 entry terbit, rajin betul update blog hari nie…hahaha so rasanya baru nak publish entry nie, tertarik dengan laporan akhbar dari myMetro tentang kerang atas darah babi di pasar chow kit…eeiiyeekk jijik!! tengok aje gambar bawah nie..huhuhu.

Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.

Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Nota Yanmie : eeiiyeekk hilang selera nak makan kerang, macam gambar kat atas tu dah ler sesetengah kerang tu terbuka pastu darah babi lak mengalir kat lantai tu…eeiiiii

Artikel Berkaitan:

{ 18 comments… read them below or add one }

cikgu azim April 26, 2012 at 11:27 am

eeeiii
cikgu azim recently posted..Watak Realistik Dragon BallMy Profile

Reply

SuaraPeople November 25, 2010 at 7:34 am

pengotornyaa

Reply

Ummi Alifya November 6, 2010 at 9:43 am

@yanmie

yanmie :
hahaha mee kari mmg sedap letak kerang, wajib tu! tp ntah ler kena fikir nie…akak nie jenis penggeli..maybe amik masa kot nk mkn..huhuhu :P

rendang kerang..sedap kan…tapi..errmmm…gelilah pula nmpak gambar tu….

Reply

Ummi Alifya November 6, 2010 at 9:41 am

selambaaa ja…kotor tul…

Reply

titan September 19, 2010 at 6:44 pm

huhu.aku tak suka. tak suka..

Reply

Ali ridha September 9, 2010 at 12:00 pm

baca tajuk pon dah nk termuntah………..

Reply

syahrilhafiz September 9, 2010 at 7:40 am

ouchhh..
bahaya2..
sapa jual tu,cina erk??
cina jual tak yah beli le…=)

Reply

kulanz September 9, 2010 at 12:37 am

macam-macam berlaku sekarang ni,
nasib baik di kampung ni sumber makanan kebanyakannya dari mana punca..

Reply

ieqa swetluv September 8, 2010 at 4:01 pm

erkk.. kembang tekak huh~

Reply

Mommy Lyna September 8, 2010 at 2:29 pm

Kurangnya kesedaran mereka terhadap agama lain… Mungkin sebab bila masing2 tak ada rasa toleransi, nak amik tau sensitiviti org lain pun kita enggan. Hehe.

Di kesempatan yg ada sy mengucapkan salam aidilfitri buat kak yan & peminat2 yanmieonline. Semoga terus sukses!

Reply

razis September 8, 2010 at 1:57 pm

mmg menjijikkan. ntah2 apa2 peniaga nie. boikot jer terus tmpt nie. yang kita npk kerang nie, yang kita tak npk tak taula. silap2 ayam pun campur gak..

Reply

kakngah September 8, 2010 at 11:20 am

eeeeuuuwwww….

Reply

misz myza September 7, 2010 at 11:46 pm

euwwwwwwwwwwwwwwwwwwww…. geli je.. x senonoh la dorang ni…

Reply

fatinshahar September 7, 2010 at 10:11 pm

astagfirullah >.<

Reply

Anip September 7, 2010 at 10:00 pm

eeeiii..geli lak..kompem x bli kerang kt situ..boleh lak diorng cmpur adukan..hmhm

Reply

fahmi ibrahim September 7, 2010 at 9:50 pm

Hohoho… teruk2… Nak untung je niaga nih.. Tak pike dah orang lain..

Reply

ProfHariz September 7, 2010 at 8:26 pm

xnak makan kerang untuk raya nie :(
ehhh! tuh kat chow kit je… weee…
X sabar menanti Mee kari :)

Reply

yanmie September 7, 2010 at 8:29 pm

hahaha mee kari mmg sedap letak kerang, wajib tu! tp ntah ler kena fikir nie…akak nie jenis penggeli..maybe amik masa kot nk mkn..huhuhu :P

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: