Jangan terpengaruh hari raya Khamis ini

by yanmie on September 6, 2010

Salam semua, amboi nampaknye ramai yang dah tak sabar-sabar nak raya nie, maklumlah pergi mana-mana aje penuh dengan orang shopping sana sini, nak berjalan pun crowded sangat nasib baik tak berlaga punggung…ehehe :) Terbaru baca tentang laporan akhbar Berita Harian tentang khabar angin yang mengatakan sambutan hari raya aidilfitri jatuh pada hari khamis ini. so cekidaut berita tersebut. Apa pun jangan terpengaruh ok! khabar angin aje tu :P

KUALA LUMPUR: Umat Islam diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri disambut pada Khamis, sebaliknya menunggu pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata khabar angin itu disebar oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan semata-mata.

“Kita dengar (khabar angin) Raya jatuh pada Khamis…kalau jatuh pada hari Khamis maka tinggal dua hari lagi kita berpuasa dan ini seperti menjadi trend golongan tertentu (peniaga) untuk melariskan jualan mereka.

“Kita jangan ikut rentak orang bisnes,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dana Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman
Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Aidilfitri tahun ini ditetapkan pada Rabu, manakala Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Jamil Khir turut menasihatkan umat Islam supaya berjimat-cermat dalam membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.
Pada majlis itu, seramai 70 orang terdiri daripada ibu tunggal dan anak-anak terabai berikutan bekas suami atau bapa gagal atau ingkar mematuhi perintah nakfah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah menerima nafkah pendahuluan berjumlah RM200,000.

Wang itu hanya diberi kepada mereka yang memperoleh perintah Mahkamah Syariah.

Nota Yanmie : korang dah bayar belum zakat fitrah??

Artikel Berkaitan:

{ 21 comments… read them below or add one }

SuaraPeople November 25, 2010 at 7:47 am

tak sabar nak raya lagi..tiap kali raya, tiap kali tu la Download Lagu Raya…hohohoho

Reply

wazy September 7, 2010 at 1:23 am

Tahun ni sambut sederhana je,hehehe

Reply

yanmie September 7, 2010 at 6:11 am

samalah jugak dengan akak :)

Reply

ProfHariz September 6, 2010 at 9:46 pm

@Dauspozi
haah bro tahu xpe.. ekeke.. anyway.. kak yan adalah kak yan kak min adalah kak min :)

Reply

Dauspozi September 6, 2010 at 9:17 pm

@ProfHariz
Ahaks… Aku selalu tertukar kak Yan dgn kak Min… Diorang mcm org yg sama pdhal lain² org… keh4

Reply

rashid September 6, 2010 at 8:30 pm

Kitakan ada ahli falak, biarlah mereka yang tentukan mengikut kiraanya…jangan asyik nak ramal je, nanti syirik baru tau..

Reply

yanmie September 6, 2010 at 8:53 pm

yep betul! apa pun tunggu mlm rabu nnti pengumumam raya :P

Reply

Anip September 6, 2010 at 7:37 pm

macam2 la..pasal rye bile pon dh jd isu..
huh..kite tunggu dan lihat jer..hehe

Reply

yanmie September 6, 2010 at 8:53 pm

tulah pasal..tu diorg mesti kes x sabar nk raya..haha

Reply

ProfHariz September 6, 2010 at 4:13 pm

Hahahah kak yanmie* maaf

Reply

yanmie September 6, 2010 at 4:14 pm

ahaks…takpe2…ehehe :P

Reply

ProfHariz September 6, 2010 at 4:11 pm

@yanmie
kahwin? ohhh tidak.. masih muda :)
kak min rasa hari ape raya? jumaat kan :)

Reply

yanmie September 6, 2010 at 4:13 pm

Adoiiyaaiii kakmin?? cikmin ke?? ehehe kan dh tersasul tu :P

nie rumah kakyanmie :)

Reply

Yiedpozi September 6, 2010 at 4:10 pm

@yanmie
Mak Yied dah buat dah persiapan raya…. awal2 buat… hoho :D

Reply

yanmie September 6, 2010 at 4:11 pm

ehehe alhamdulillah :) takdelah kelam kabut kan…

Reply

Yiedpozi September 6, 2010 at 4:06 pm

jangan terparuh sangat….

Reply

yanmie September 6, 2010 at 4:07 pm

yep betul tp kena buat gak persiapan takut tetiba mmg kena raya time tu tak ke kelam kabut..ehhee :P

Reply

ProfHariz September 6, 2010 at 4:02 pm

Haruslah sudah bayar.. hehehe
hariz masih tanggungan ibu :)

Reply

yanmie September 6, 2010 at 4:04 pm

hikhik bagus2 :) cepat2 sikit kawen pasni byr zakat tuk anak bini pulak :P

Reply

Yiedpozi September 6, 2010 at 3:57 pm

RT: @yanmie: Blog Updated : Jangan terpengaruh hari raya Khamis ini http://bit.ly/baGJ58

Reply

yanmie September 6, 2010 at 7:56 am

Blog Updated : Jangan terpengaruh hari raya Khamis ini http://bit.ly/baGJ58

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: