Habil Dan Qabil – Slot Samarinda TV3

by yanmie on September 16, 2010

Salam semua, seperti yang korang sediamaklum drama Syurgamu Ramadhan dah pun melabuhkan tirainya, drama tersebut Yan tengok jugak tapi tak fokus sangat sebabnya duduk kat kampung kekadang tidur awal…eehehe lepastu memang takde mood nak entrykan drama tersebut :p

Kini Drama Baru yang menggantikan Syurgamu Ramadhan ialah Drama Habil & Qabil yang bakal menemui penonton pada minggu hadapan. Antara teraju utamanya iaitu Aaron Aziz yang tak sudah-sudah dengan kontroversi 2 Alam, ini disebabkan oleh wataknya dalam filem 2 Alam, sian Aaron…ehehe, takpelah Aaron tu maknanya anda berjaya menghayati watak tersebut :)

Sinopsis Habil dan Qabil

Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.

Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.

Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu, Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam. Mereka bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil.

Kredit to Budiey.com

Nota Yanmie : sama-samalah kita saksikan drama ini

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 15 comments… read them below or add one }

warnira December 21, 2010 at 10:24 pm

sapa penulis skrip filem ni taw x

Reply

ida November 30, 2010 at 5:11 pm

sume cite ni bape episod ek?

Reply

SuaraPeople November 25, 2010 at 7:22 am

sofia :
adam fadh ade berlakon x dlm cite ni…
spupu saye yg bgi tau sbb itu couple dye…

wahhh couple dia?

Reply

riz September 21, 2010 at 5:57 pm

adam fadh tu yang baru sekolah menengah tu kan?kalau tak silap dia jd hassan kecik sbb hassan bila besar allahyarham riduan suhaimi yang jadi…

Reply

sofia September 19, 2010 at 12:26 am

adam fadh ade berlakon x dlm cite ni…
spupu saye yg bgi tau sbb itu couple dye…

Reply

sofia September 19, 2010 at 12:25 am

Adam fadh ade berlakon x?
dye jadi hassan dlm cite nie…
dye couple sepupu saya..

Reply

riz September 17, 2010 at 4:44 am

antara pelakon HQ
-aaron aziz
-zed zaidi
-allahyarham suhaimi
-azhan rani
-zila bakarin
-rashidi ishak
-abby abadi
-geofrey perrin williams
-siti saleha
-wany osmar
-syamsinar
-reza syafiq
-amy nadia
dan ramai lagi…. :)

Reply

eiyda September 16, 2010 at 2:54 pm

arron…hehheeh

Reply

yanmie September 18, 2010 at 8:29 am

ehehe napa teringat iklan seluar dalam aaron ke? wakaka

Reply

cikmin September 16, 2010 at 2:52 pm

aaron ni berlakon macam takde jiwa la..harap muka je meletop… :P

Reply

yanmie September 18, 2010 at 8:30 am

Aaron nie lebih kepada pegacaraan kak, lakonan oklah tp harap2 drama nie dia berlakon best :)

Reply

Anip September 16, 2010 at 10:47 am

apepon kite lyn..mane thu best atau tidak..haha

Reply

yanmie September 18, 2010 at 8:31 am

yep betul2 tp selalunya kalau drama tv3 memang akan layan :p

Reply

wazy September 16, 2010 at 10:38 am

wahh ade Aaron
mesti best cerita ni

Reply

yanmie September 16, 2010 at 10:20 am

Blog Updated : Habil Dan Qabil – Slot Samarinda TV3 | yanmieonline.com http://bit.ly/a51n3b

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: