Pengalaman Berada Di Petronas StreetSmart KLCC

Salam, baru-baru ini saya mendapat undangan dari Petronas untuk Media Familiarisation Session of the new PETRONAS StreetSmart Road Safety Exhibition yang bertempat di Petrosains, The Discovery Centre, KLCC. Baca Selanjutnya »

Ulat Bulu Naik Daun

Salam, ini betul-betul Ulat Bulu Naik Daun, bukan ulat bulu jadian ye hikhik, geli geleman tengok, snap tadi pun teragak-agak juga, takut kang tetiba melompat atas tangan naya, ehhhh boleh melompat ke ulat bulu nie? hahaha. Baca Selanjutnya »

Photog - Kerengga Beraksi

Salam, masih beronline kat kampung, insyaallah besok pagi balik Klang, jom layan Kerengga Beraksi hhihihi, lama tak layan kamera ni, kalau ambil gambar pun macam tak ambil guna DSLR juga, takde setting apa-apa, takde masa nak layan hobi tu, sesambil jelah, maklumlah Supermak, agak bizi hihihi. Layan Kerengga Beraksi ^____^ Baca Selanjutnya »

Magic Rice Dan Ikan Bakar Tenggiri

Salam, untuk memenuhi impian Projek Besar, usaha demi usaha dilakukan hikhik, memandangkan Nasi sudah menjadi makanan harian kita, so saya menggantikan beras biasa dengan “Magic Rice” Baca Selanjutnya »

Salam, eeee banyak sangat benda nak entry tapi tak tau nak up mana dulu, ni lah dia kalau asik-asik tertangguh nak entry hikhik, takpelah layan Picca Haziq dulu kat bawah ni. Baca Selanjutnya »

 

Datuk Sosilawati Lawiya hilang?

Salam semua, baru kejap tadi tengok Berita di TV3 tentang kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama seorang Peguam, pegawai bank dan jugak pemandunya. memang misteri betul kehilangan diorang nie. Apa pun mudahan mereka berempat berada di dalam keadaan yang selamat, maklumlah sekarang nie macam-macam kes yang berlaku.

Setakat ini belum ada panggilan yang meminta wang tebusan kepada keluarga Datuk Sosilawati Lawiya, maklumlah Datuk Sosilawati kan seorang jutawan wanita, siapa tak kenal dengan dia iaitu bekas isteri kepada penyanyi Nash dan jugak Pengasas Kosmetik Nouvelle Visage.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. sesiapa yang mengetahui di mana mereka berada bolehlah menghubungi balai polis berdekatan atau pun keluarga mereka.

Updated

KUALA LUMPUR: Hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 44, dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lalu dan gagal dikesan hingga kini.

Difahamkan, kehilangan bekas isteri kepada vokalis kumpulan rock Lefthanded, Nash itu menyebabkan anak mangsa mengesyaki ibunya dilarikan dan dikurung sebelum membuat laporan polis.

Turut hilang bersama jutawan berkenaan ialah tiga individu lain mempunyai hubungan dengan urusan perniagaan dan syarikatnya.

Susulan itu, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kehilangan ahli perniagaan berkenaan bersama tiga individu lain.

Sumber polis berkata, kehilangan Sosilawati hanya dilaporkan anak perempuan mangsa berusia 21 tahun Khamis lalu selepas mendapati ibunya gagal dihubungi tanpa sebab sejak malam Isnin.

Difahamkan, anak mangsa yang juga pembantu perniagaan kepada ibunya mula berasa tidak sedap hati berikutan ibunya tidak pernah `hilang’ apatah lagi telefon bimbitnya gagal dihubungi.

“Berdasarkan maklumat, Sosilawati dikatakan tidak pernah mematikan telefon bimbit dan kerap kali menghubungi anak atau pekerjanya bagi memaklumkan apa jua perkembangan dirinya selain lokasi dia berada.

“Namun pada jam 6 petang Isnin lalu, Sosilawati dikatakan keluar bersama pemandu peribadinya bernama Kamal untuk bertemu seorang peguam di Banting, Selangor. Dia ketika itu meninggalkan pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan, Sosilawati dikatakan turut ditemani dua lagi individu bernama Hisham dan Kamil yang juga seorang pegawai bank bagi menguruskan isu jual beli tanah serta peguam mangsa.

“Namun kira-kira jam 9 malam, anak mangsa menerima SMS daripada ibunya yang mengandungi mesej aneh dan sukar difahami.

“Anak mangsa cuba untuk menghubungi ibunya itu tidak lama kemudian namun gagal. Malah tiga individu lain yang dipercayai berada bersama mangsa turut gagal dihubungi sehingga hari ini,” katanya.

Difahamkan, polis menyerbu sebuah kediaman di Jalan Duta di sini, namun tidak menemui mangsa seperti maklumat disalur keluarga mangsa.

Difahamkan, polis turut berusaha menjejaki mangsa selain mendapatkan maklumat serta mengambil keterangan anak mangsa di IPK tengah hari semalam bagi meleraikan misteri kehilangan usahawan wanita berjaya itu.

“Setakat hari ini (semalam), masih belum ada perkembangan positif berhubung kes kehilangan ahli perniagaan berkenaan walaupun ada maklumat mendakwa mangsa dikesan berada di Batu Pahat, Johor,” katanya.

Sementara itu, keluarga mangsa turut mendapatkan khidmat bantuan pengamal perubatan tradisional bagi mengesan lokasi mangsa disembunyikan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan ahli perniagaan berkenaan dan memberitahu polis berusaha sedaya upaya mengesan mangsa.

Menurutnya, polis setakat ini sudah mengambil keterangan daripada keluarga mangsa selain pekerja bagi membolehkan siasatan rapi dilakukan berhubung motif kehilangan Sosilawati.

Sementara itu, anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, malam tadi memberitahu, setakat ini belum ada sebarang berita mengenai ibunya.

Menurutnya, dia serta semua ahli keluarga berkumpul di rumah sejak hari ibunya hilang serta dalam keadaan bersedih dan hanya mampu membuat solat hajat, membaca Yasin serta berdoa agar ibunya selamat.

Selain itu, menurutnya ahli keluarga juga dipanggil ke IPK Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung kehilangan ibunya bagi membantu siasatan. Sumber MyMetro


Updated 07.09.2010 – Kereta Datuk Sosilawati di jumpai Klik SINI

SUBANG JAYA: Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, sejak seminggu lalu semakin terungkai berikutan penemuan dua kereta mewah, masing-masing miliknya dan milik peguam sivilnya di sini, malam tadi.

Kereta jenis BMW X5 warna hitam bernombor pendaftaran WTL 11 milik Sosilawati ditemui seorang penduduk di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di sini, kira-kira jam 8.30 malam sebaik butiran kenderaan terbabit disiar Buletin Utama TV3.

Ia ditemui diletakkan di tempat letak kereta apartmen berkenaan dengan pintu tidak berkunci tetapi bahagian dalamnya tidak berusik.

Kereta jenis BMW 525i warna biru bernombor pendaftaran AAJ 5 milik peguam sivil Sosilawati, Ahmad Kamil Abd Karim pula ditemui diletak di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya kira-kira jam 9 malam hasil maklumat awam.

Difahamkan, kereta Ahmad Kamil ditemui dalam keadaan baik tetapi terdapat kesan lumpur.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah ketika dihubungi mengesahkan penemuan kedua-dua kereta berkenaan.

Sementara itu, pengusaha warung, Norizal Othman, 31, yang menemui kereta mewah milik Sosilawati, berkata beliau mengesyaki sesuatu selepas kenderaan mewah berkenaan diletakkan di situ sejak seminggu lalu.
Di kawasan ini memang banyak kereta mewah disimpan. Jadi, kehadirannya menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi agak lama ia diletakkan di situ tanpa diambil sesiapa.

Bila TV3 menyiarkan nombor pendaftarannya dalam Buletin Utama malam tadi, saya terus teringatkan kereta itu lalu memberitahu Jawatankuasa Penduduk Apartmen Angsana yang kemudian menghubungi polis, katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Norizal tidak dapat mengenalpasti mana-mana individu meletak kereta itu di tempat letak kereta berkenaan.

Kereta itu memang ditemui dalam keadaan sudah diletakkan di situ. Siapa yang memandunya memang saya tidak perasan tapi memang sudah lama ia di sini,” katanya.

Seorang lagi saksi, Roslan Abd Rahman, 46, berkata beliau nampak seorang lelaki Melayu dalam lingkungan 30-an meletakkan kereta itu di situ.

Keadaannya mencurigakan… tengok keadaan sekeliling kalau gerak-gerinya diperhatikan. Saya tidak tahu kereta itu milik Datuk Sosilawati sehinggalah keluar dalam berita, katanya. – Berita Harian Online


Artikel Berkaitan:

48 Responses to Datuk Sosilawati Lawiya hilang?

  1. SuaraPeople says:

    kisah yang telah pengemparkan rakyat malaysia

  2. Jamilah says:

    Tolong lah sebarkan berita ini…
    http://denaihati.com/suspek-pembunuh-sosilawati-juga-pangarah-syarikat-penipu-pon-72-sdn-bhd

    Salah seorang dari peguam yang bergelar Datuk adalah merupakan salah seorang dari Pengarah Syarikat yang telah berjaya menipu orang ramai iaitu Syarikat Pon72..Salah satu syarikat yang menipu duit ramai orang. Syarikat Pon 72 ini juga meniru hakcipta sebuah syarikat lain iaitu Visiber Sdn Bhd. Perkara ini telah terbukti!!!

  3. biasa hindu & cina says:

    melayu pun kena bakar juga – one malaysia

  4. biasa hindu & cina says:

    one malaysia – melayu pun kena bakar juga

  5. nirVana says:

    Omg~ she suspected die d~

  6. [...] bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Datuk Sosilawati Lawiya di laporkan hilang bersama 3 individu lain sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian [...]

  7. mazin dilakh says:

    Salam,,,
    berita pembunuhan mereka smua amat mengejutkan….Ya Allah..bagai dunia terhenti seketika…betapa kejam nya mereka..aku mohon agar mereka yg terlibatdi hukum seberat2 hukuman yg ada..pada kuarga arwah…bersabarlah…

  8. zue says:

    untuk keluarga mereka….banyak2 bersabar….mungkn aka ada hikmatnya…byklkan berdoa

  9. danish says:

    maybe kena culik ni. aku br je dpt tau cite ni. setahu aku, datuk sosilawati ni tak pasang bodyguard. kalau aku laa jd dia, aku pasang bodyguard 2 3 org sbb dia pun jutawan, public figure plak tu. so kena laa jaga keselamatan as a millionaire ni. tp aku doakan dia dpt ditemui dgn selamat n dilindungi Allah..

  10. mayang says:

    utk family diaorg,berdoalah bnyk2 sbb setiap dugaan tu ada hikmahnya…

  11. mayang says:

    mmg la doakan utk family diaorang, x de niat pun nak sakitkan hati sesapa..jgn pandang org melalui tulisannya…

  12. salwa says:

    moga Allah melindungi Datuk Sosilawati..

  13. Anonymous says:

    tak baik cakap macam tu. Keluarga dia dalam kesusahan skrg ni. bayangkan klu jadi kat diri kita, suka???. Doakan yg terbaik utk semua org adalah lebih baik.

  14. mayang says:

    tu yg susahnya bila kaya…berhati2 pun masih ada dugaan mcm2…lagi 2 hari nak raya, hope semuanya selamat…to anak2 n family dia, sabar n berdoa lah bnyk2….

  15. mona says:

    Ya Allah lindungila mereka dari segala perkara yang tidak diingini.mudah-mudahan mereka selamat

  16. mona says:

    Ya Allah lindungila mereka dari segala perkara yang tidak diingini.amin

  17. 5 Artikel Menarik Minggu ini #1 | azizankadir[dot]com says:

    [...] Datuk Sosilawati Lawiya hilang? – [...]

  18. akumi says:

    hehe, kot2 menikah lg satu, pastu kena tangkap khalwat lg sekali.

  19. [...] semua, susulan kes misteri kehilangan Jutawan Kosmetik Nouvelle Visage, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 kini mendapat petunjuk yang baru, suspen jugak Yan tengok berita TV3 [...]

  20. wazy says:

    iskkk
    camner leh berlaku perkara ni masa bulan puasa ek

  21. Anonymous says:

    confirm …henset dia yang hilang sbb tuh xleh dihubungi

  22. balqis says:

    untuk ramadan ini ucapkan Selamat Hari Raya aidilfitri . maaf zahir dan batin dan ramadan [ Al Mubarak]

  23. Imran says:

    Apakah Mesej Aneh Tu ?

  24. Affa Anwar says:

    YA ALLAH…selamatkn mereka semua dlm keadaan slmt&baik,jauhknlah mereka dari sebrg musibah,moga kehadiran lailatul qadar mberi sinar…utk semua.AMIN..

  25. td dgr kat era.. khabarnya datuk bawak wang tunai yg angkanya mencecah jutaan ringgit sbb depa nak pergi urus pembelian tanah.. tu yg siap bawak pegawai bank dan peguam..

    dalam kes ni, boleh jd diorg kemalangan tanpa dpt dikesan (cth: masuk gaung) atau diorg diculik (kemudian dibunuh dgn kejam bg memusnahkan bukti.. keh3)

    apa2 pun, hopefully diorg selamat..

  26. Almy says:

    Hilang diculik atau hilang mencari semangat baru?

  27. yanmie says:

    Thanks RT :) RT @denaihati: RT @yanmie Datuk Sosilawati Lawiya hilang? http://bit.ly/coJfqP

  28. Mrs bob says:

    Salam..anak bongsu beliau adalah rakan sekolah anak saya. Menurut anaknya (dia bercerita dgn anak sy) ibunya telah hilang sejak 31Ogos lagi…mudah-mudahan beliau selamat. Kesian anak dia sedih ibunya hilang..

  29. mayang says:

    ish…jgn ada yg komplot nak culik dia, pastu menghilangkan diri udah le..mana tau hati manusia…

  30. Anonymous says:

    mungkin diculik kerana bawa wang RM 4 juta

  31. ProfHariz says:

    Bila dah kaya begini lak jadi..
    rasanya kes culik bilion2 nie.. xkan lari kot =.=

  32. kakngah says:

    aku baru tau ni.. mlm td kuar.. x tgk berita…

  33. Denaihati says:

    RT @yanmie Datuk Sosilawati Lawiya hilang? http://bit.ly/coJfqP

  34. razis says:

    @fahmi ibrahim
    laaa…bln pose penjahat bukan kire bro. die bukan pose pun. Bulan jer yg pose.

  35. razis says:

    pegi umrah beramai2 kot. hehehe..tp knape plak nak beramai2 yer. takde hubungan kekeluargaan plak tu..

  36. Anip says:

    macam2 la sekarang…ilang tanpe kabar..
    kene culik ker..hohoh

  37. Ish ish… culik ke nih? Bulan2 pose pun buat keje diorang nih

  38. kalo betul kes culik..bahaya betul..bukan kanak2 je jd mangsa skang ni.

    @yanmie
    tapi takkan la pi bercuti angkut peguam, pegawai bank n pemandu sekali kan…ntah2 eksiden jatuh gaung..nauzubillah…

    • yanmie says:

      eh ha’ah betul jugak tu..logik! hiks…takutnyeee orang dewasa pun skarang nie blh jd mangsa kes culik. kena selalu beringat nie walau di mana pun berada.

  39. kalo betul kes culik..bahaya betul..bukan kanak2 je jd mangsa skang ni.

    • yanmie says:

      Salam Mrs ejam :)
      tulah takut kan..mudahan diorang berada dalam keadaan selamat, pergi bercuti ke tanpa pengetahuan keluarga kan…harap2 mcm tu lah, dh nk raya nie…

  40. yanmie says:

    Thanks RT :) RT @enKapten: RT @yanmie: Datuk sosilawati hilang http://bit.ly/9nG6eb alahai mudahan diorang selamat :)

  41. yanmie says:

    tengkiu RT :) RT @neyrashazeyra: Blog Updated : Datuk Sosilawati Lawiya hilang? http://bit.ly/coJfqP

  42. RT @yanmie: Blog Updated : Datuk Sosilawati Lawiya hilang? http://bit.ly/coJfqP

  43. yanmie says:

    Datuk sosilawati hilang http://bit.ly/9nG6eb alahai mudahan diorang selamat :)

  44. yanmie says:

    Blog Updated : Datuk Sosilawati Lawiya hilang? http://bit.ly/coJfqP

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
WP Like Button Plugin by Free WordPress Templates