Ahmad Durrah – Slot Zehra TV3

by yanmie on September 16, 2010

Salam semua, slot zehra tampil dengan drama terbaru yang menggantikan Drama Janji Kekasih yang mana drama tersebut tersangatlah best! tapi masih tak lawan dengan drama nur kasih. Besok pulak Drama terbaru di slot zehra iaitu Ahmad Durrah, tadi tengok promo Drama Ahmad Durrah nie macam best jugak, takpe apa-pun kita tunggu episode 1 Ahmad durrah nie besok, tadi kat Malaysia Hari Ini TV3 ada temuramah dengan pelakon Ahmad Durrah :)

Kredit gambar kepada Nuriz

Biasanya Slot Zehra drama dia macam ala-ala ketuhanan dan keagamaan, yang pasti setiap drama yang di tayangkan oleh TV3 sekarang nie mampu menarik minat penonton untuk terus melekat depan TV, contohnya tak payah carik jauh…ehehe Yan lah tu yang selalu duk melekat je tengok drama-drama TV3.

Berikut Sinopsis Drama Ahmad Durrah, Kredit kepada Nuriz.

Ahmad Durrah lakonan Rusdi Ramli, seorang ahli korporat yang jatuh muflis, melarikan diri dari kota menuju ke kampung untuk mencari ketenangan diri.

Bukan itu saja, penghijrahannya untuk mendalami ilmu agama turut menjadi perhatian penduduk di kampung itu. Di samping itu, terbit pula perasaan cinta Ahmad Durrah dengan tiga wanita yang meminatinya.

Di sebalik cinta, turut diselitkan kekentalan seorang ibu tunggal, Islah (Eja) yang tinggal dengan Mak Suri (Normah Damanhuri). Lebih menyedihkan, orang kampung menganggap Mak Suri perempuan gila. Namun ada satu pertalian misteri antara Ahmad Durrah dan Mak Suri.

Penonton akan mengetahui sendiri kesudahan cerita itu serta perebutan cinta antara Islah, Fatanah Nabila Huda) dan Anisa (Nik Zaris Nelydia Senrose, seorang pelakon baru) dengan Ahmad Durrah.

Eja dengan watak tragik wanita yang lari daripada suami durjana kerana cuba melacurkannya. Dia terpaksa menjadi nelayan tanpa sebarang pengalaman demi kelangsungan hidup. Malah stigma masyarakat terhadap janda itulah yang membuatkan watak Islah sentiasa dibanjiri air mata. Ikuti kisah ini dalam Ahmad Durrah nanti.

Nota Yanmie : Layan dululah entry drama yea, tengah cari mood blogging :p

Artikel Berkaitan:

{ 16 comments… read them below or add one }

EstellaGarrett35 December 27, 2011 at 11:50 pm

Some time ago, I did need to buy a car for my business but I didn’t earn enough cash and could not buy something. Thank goodness my fellow proposed to try to get the home loans from trustworthy bank. Thus, I did so and was happy with my credit loan.

Reply

SuaraPeople November 25, 2010 at 7:20 am

muka eja mgoda giler ahh

Reply

SuaraPeople November 12, 2010 at 1:58 am

sabree hussin :
hari tu dah tengok sikit episod ni, nampak macam best. Lagu tema tu faizal tahir yang nyanyi kan?

aa kowt

Reply

SuaraPeople November 12, 2010 at 1:57 am

Emak :
Cantik jugak ye..

mmg pon..cute je tgk

Reply

n October 15, 2010 at 10:05 pm

hai bas bay tau

Reply

Emak October 8, 2010 at 10:28 pm

Cantik jugak ye..

Reply

masdalipah October 6, 2010 at 6:09 pm

crite ni best. mmg boleh layan sbb ada byk pengajaran. love the song & the great actor/actress….

Reply

Ir.nizam October 5, 2010 at 12:04 am

cerita mmg best la jugok..

Reply

sabree hussin September 30, 2010 at 9:56 pm

hari tu dah tengok sikit episod ni, nampak macam best. Lagu tema tu faizal tahir yang nyanyi kan?

Reply

nuriz September 24, 2010 at 11:59 pm

singgah sini..:) tq kak yan ada trafik mai dr sini hehe

Reply

jihah September 18, 2010 at 3:00 pm

cantik jugak dia tu?!!!!!!! he he he

Reply

eyriqazz September 17, 2010 at 5:06 pm

suka tengok eja berlakon..wajahnya sweet aje..hik3..

Reply

yanmie September 18, 2010 at 8:24 am

memang best eja berlako lagi kalau lakonan yg sedih2 memang touching habis :p

Reply

Anonymous September 16, 2010 at 2:26 pm

eja ke tu..muka mcm org laki plak

Reply

yanmie September 16, 2010 at 10:51 am

ehek…typo lak *updated * RT @yanmie: Blog Updared : Ahmad Durrah – Slot Zehra TV3 | yanmieonline.com http://bit.ly/dAxHp3

Reply

yanmie September 16, 2010 at 2:51 am

Blog Updared : Ahmad Durrah – Slot Zehra TV3 | yanmieonline.com http://bit.ly/dAxHp3

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: