Salam semua, lebih kurang tinggal 1 minggu sahaja lagi kita nak menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak, moga bulan puasa kali ini kita diberikan kekuatan dan diberkati oleh-NYA serta di berikan kesempatan lagi untuk menunaikan ibadah puasa di tahun ini.
Korang dah get ready dah ke nak berpuasa nie?? dah amik mood dah?? nak tengok anak bulan puasa pun tak lama lagi, iaitu pada 10 Ogos 2010. meh Yan kongsikan sumber yang Yan dapat dari Bernama. sebelum nie jugak ada terbaca kat blog Kulanz. takpe kita sharing is caring lagi sini yea 😛
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja, tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu.
— BERNAMA
Nota Yanmie : Start puasa tanpa en.hubby…uhuk 🙁
Anak bulan tidak kelihatan pada 10 August 2010. Jadi 11 August bukan tarikh sebenar mula puasa. Ilmu hisab adalah ilmu manusia semata-mata. Dalam Al-Quran pun sudah termaktub, jika anak bulan kelihatan, barulah boleh mula puasa dan menandakan 1 Ramadhan bermula. Thailand dan Indonesia juga mula berpuasa pada 12 August. Jangan sewenang-wenangnya mengikut kaedah ciptaan manusia. Al-Quran sudah lengkap dan tepat. Harap dikaji. Terima kasih 🙂
Anak bulan tidak kelihatan pada 10 August 2010. Jadi 11 Ogos bukan tarikh sebenar mula puasa. Ilmu hisab adalah ilmu manusia semata-mata. Dalam Al-Quran pun sudah termaktub, jika anak bulan kelihatan, barulah boleh mula puasa dan menandakan 1
seorang lagi tokoh ilmuan dan cendekiawan islam…peh..hebat@Firdaus Bin Mazlan
selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat
[…] nak tunggu malam nie nak melihat anak bulan puasa 2010, tak sabar rasanya. dan yang pastinya jugak ramai turut sama seperti Yan tak sabar nak menunggu […]
Amalan Merukyah juga dilakukan di Malaysia.
Tidak semua orang di Malaysia JAHIL dengan Hukum Syarak. Sila lihat website ini ;
CRESCENT MOON SIGHTING MALAYSIA ( ???? ?????? / RUKYATUL HILAL )
http://www.facebook.com/group.php?gid=126419606820&ref=ts
Semua Ummat Islam menanggung Hukum Fardhu Kifayah melihat anak bulan pada setiap bulan, bukan setakat untuk Puasa Ramadhan, Hari Raya Puasa, dan Hari Raya Korban.
Hukum Merukyah Anak Bulan adalah Fardhu Kifayah sama seperti Hukum Menyembahyangkan di atas Mayat Orang Islam.
Kerja Merukyah anak bulan adalah Kerja Fardhu Kifayah ke atas Ummat dan bukanlah kerja “OFFICIAL” yang hanya tertentu kepada Kumpulan tertentu sahaja.
Sila fahami keterangan-keterangan Kitab-kitab Fiqh yang Muktabar. Untuk memahami keterangan Kitab-kitab Fiqh yang Muktabar, caranya ialah dengan BELAJAR!!!
Dan, YANG PALING PENTING… Jangan DIUBAH-UBAH dan DIROMBAK segala keterangan KKITAB MUKTABAR demi untuk menyebarkan fahaman SESAT yang membolehkan mula berpuasa dan berhari raya dengan menggunakan KIRAAN HISAB, sekalipn anak bulan tidak kelihatan.
BELAJARLAH KITAB DAN JANGAN DIUBAH SEGALA ISI KITAB!!!
Inilah di antara Kitab yang menyatakan bahawa tidak memadai melihat anak bulan dengan berwasitahkan (berperantaraan) alat teropong.
Jauh kata nak menggunakan HISAB.
…
SILA BELAJAR.. SILA BELAJAR.. TAK GUNA HIDUP TAK KENAL KITAB2 MUKTABAR…
1. Sila belajar Kitab Tuhfatul Muhtaj Syarah Minhaj bagi Asy-Syaikh Ibnu Hajar Al-Haitamiy, serta Hasyiah di atas Kitab Tuhfah, yaitu Hasyiah Asy-Syaikh Abdul Hamid Asy-Syarawaniy ‘Ala Tuhfah di dalam Kitabus Shiam serta keterangan yang semakna dengan Kitab Tuhfah serta Hasyiah Syarwaniy.
2. Kitab Sabilul Muhtadin Littafaquhi Fi Amriddin, bagi Asy-Syaikh Muhammad Arsyad b. ‘Abdullah Al-Banjari, di dalam Kitabus Shiam.
3. Kitab Bughyatut Thullab Li Muridiy Ma’rifatil Ahkam Bis Sawab,
– bagi Al-’Alim Al-‘Allamah Asy-Syaikh Daud bin Abdullah bin Idris Al-Fathaniy.
4. Kitab Al-Hawasyil Madaniyyah Hasyiah ‘Alal Minhajil Qawwim, bagi Asy-Syaikh Ahmad bin Hajar Al-Haitamiy.
5. Kitab Ash-Shirathul Mustaqim, bagi Asy-Syaikh Nuruddin bin ‘Ali bin Hasanji Ar-Raniri Al-Asyi.
6. Kitab Nihayatuz Zain Fi Irsyadil Mubtadi’in Bi Syarhi ‘Ala Qurratil ‘Ain Bi Muhimmatid Din, bagi Asy-Syaikh Abi ‘Abdil Mu’tiy Muhammad Ibni Umar Ibni ‘Ali An-Nawawiy Al-Jawiy Al-Banteniy At-Tanariy.
…………………………
Tahbih! (Peringatan!)
– Kerja melihat anak bulan atau Rukyatul Hilal wajib difahami atau dinilai berdasarkan Nas-nas Syariat dan bukannya semata-mata berdasarkan Keterangan Ahli Taqwim dan Ahli Hisab.
– Segala keputusan adalah sebagai mana di NAS kan di dalam Kitab-kitab Fiqh yang Muktabar. Dan bukannya berdasarkan keterangan Ahli Taqwim dan Ahli Hisab.
– Sila RUJUK Kitab Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang difatwakan oleh Datuk Asy-Sayyid ‘Alawi bin Thohir Al-Haddad, Jilid Pertama dan Jilid Kedua.
tak saba nk pose nie……yhooo……
samat brpuasa cumer…..
X sabar nak puasa jg….tp jgn lupa ganti yg lepas…heheh….
melihat anak bulan purnama…..
Di bawah sinaran lampu minyak tanah !!!
wah..xsabar nya nak puase…eeeii
samalah…x sampai lg seminggu, lebih kurang 4 hari je lg 😛
Salam Jumaat..Anak2 tak sabar nak berpuasa..
Salam…alhamdulillah, bestnye berpuasa dengan anak-anak.
anak2 saya masih kecil2 lagi, tak sabar jugak nk berpuasa dengan diorang, mesti macam2 ragam ada..ehehe
Tak sabar menanti bulan ramadhan,hehehe
Selamat berpuasa kak =)
[…] pada petang Selasa, 10 August 2010 bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah. Info ini saya ambil dari blog kak yan dan blog […]
ahak…yeah..x sabar menanti^^,….
p/s:kak yan koz lagi la puasa sorg2…berbuka pun sorg2T_T…cedih oooo…
Semuga ramadhan tahun ini lebih manis dan indah dari tahun2 yang lepas.
Tarikh melihat anak bulan puasa 2010 http://bit.ly/bQtiLj
Takut nak hadapi puasa. 🙁
Waktu yang di tunggu2 ni.
Boleh jimatkan duit. Boleh lose weight free. Ehehehe….
Saya tidak sabar nak puasa =.=
New Entry Prof-Hariz
Apa Itu Leptospirosis?
kol berapa selalunya org teropong anak bulan posa ni kakyan
hari pertama berpuasa la bes bersama hubby tersayang..pastu hari pertama berbuka…hahahaha..kasi panas..kasi panas.. 😛
[…] This post was mentioned on Twitter by Yiedpozi and yanmie, yanmie. yanmie said: Blog Updated : Tarikh melihat anak bulan puasa 2010 http://bit.ly/bQtiLj […]
RT: @yanmie: Blog Updated : Tarikh melihat anak bulan puasa 2010 http://bit.ly/bQtiLj
thanks RT 🙂 RT @stoberycoklat: RT @yanmie: Blog Updated : Tarikh melihat anak bulan puasa 2010 http://bit.ly/bQtiLj
Blog Updated : Tarikh melihat anak bulan puasa 2010 http://bit.ly/bQtiLj