Sperma keluar waktu puasa – Batal atau tidak?

Salam semua, eh tajuk nie bukan tajuk ehem-ehem ok! nie adalah keywords yang masuk ke dalam blog ini pagi tadi. so apa salahnya kita kongsikan hal tersebut, maybe ada rakan-rakan kita yang mengalami perkara yang sama tetapi tidak tahu akan status puasa mereka bila kejadian ini terjadi. *Sperma keluar waktu puasa*

Dari apa yang Yan tahu, Batal puasa sekiranya keluar sperma aka air mani sama ada secara sengaja mahupun tidak.

Mari Yan kongsikan serba sedikit info yang Yan jumpa hasil dari menggoogle tadi :P

Soalan : Merujuk kepada persoalan dan jawapan berikut (diforum Al-Ahkam.net);

Bagaimana hukum puasa si isteri dan suami jika keluar air dari kemaluan semasa berasmaradana (muqaddimah persetubuhan)?

Jawapan; Jika hasil dari mubasyarah (foreplay) itu mengeluarkan mazi, maka puasanya tidak apa-apa. Jika keluar mani, maka yang keluar mani itu telah batal puasanya. Ini kerana keluar mani membatalkan puasa (Imam Nawawi, ibid)

——————————————

Persoalannya,

1) Bagaimanakah yang dikatakan air mani wanita/lelaki? Adakah pada keghairahannya?

2) Jika air mani wanita/lelaki itu ada atau terkeluar. Sudah pasti puasanya batal. Adakah wanita atau lelalki tersebut kena kaffarah puasanya atau sekadar qadha puasa sahaja? Sebab tak berlaku persetubuhan, hanya muqaddimah sahaja.

Jawapan:

1) Ulama menyebut ciri-ciri mani, iaitu yang ada salah satu daripada tiga;

  • Bau yg kurang enak. Masa cair, baunya seperti tepung diuli, dan masa kering baunya seperti putih telur.
  • Keluar dengan memancut.
  • Keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.

(bagi yg wanita: agak cair dan warnanya kekuningan).

Dinukilkan daripada kebanyakan ulama ketiga-tiga sifat di atas adalah pada mani lelaki dan juga wanita. Dan ada fuqaha yg kata: mani wanita hanya dikenali dengan ciri ketiga sahaja.

Rujukan: Fathul Aziz 2/121, Majmuk nawawi 2/141, Syarah Mumti’ Uthaimin 1/277-278.

2) Jika terkeluar mani samada lelaki atau wanita dengan cara mubasyarah, maka batal puasa. Ini pendapat keempat-empat mazhab. Dalilnya:

a. Ada hadis sahih menyebut tentang puasa, iaitu: “Meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya kerana AKU (ALLAH)”. Bukhari 2/670.

b. Qiyas kepada muntah dengan sengaja. Sebagaimana muntah melemahkan badan kerana makanan keluar, begitu juga mani melemahkan badan apabila keluar. Maka sengaja mengeluarkannya membatalkan puasa.

Diceduk daripada Syarah Syeikh Muhammad al-Syanqiti Hafizahullah,

Kaffarah hanya dikenakan dalam permasalahan jimak. Manakala mubasyarah, dan seumpamanya TIDAK mewajibkan kaffarah sekalipun sehingga keluar mani.

Kecuali anda memilih pandangan yang mewajibkan kaffarah jika berbuka puasa dengan apa cara sekalipun, hatta makan dan minum.

Wallahu A’lam

Sumber SINI

Nota Yanmie : Sapalah tu yea yang carik keywords nie :P

47 Comments on Sperma keluar waktu puasa – Batal atau tidak?

  1. norsaritanaini
    August 19, 2010 at 8:42 am (4 years ago)

    ada jugak yg cari keyword cam gitu kan…ish2…hehe

    Reply
    • yanmie
      August 18, 2010 at 4:28 pm (4 years ago)

      hahaha rasanya bukan org pompuan yg cari tu..org laki, xde maknanya sampai nk gugel..hahaha cover lah tu :P

      Reply
    • yanmie
      August 18, 2010 at 4:20 pm (4 years ago)

      hahaha tp yg rata2 cari sperma keluar…kah3 means org laki lah yg cari….hahahaa x malu!

      Reply
    • yanmie
      August 18, 2010 at 2:38 pm (4 years ago)

      skrg yg meletup pasal entry ini…hahaha ramai dah batal nie..asyik2 kuar air mani je diorang search! opss!! ehehe :P

      Reply
  2. Hidup Seorang Blogger
    August 18, 2010 at 11:05 am (4 years ago)

    @yanmie
    emm, belum buat lagi.. nnti malam karang baru buat.. malam2 baru ada time nak edit2 blog.. hehe

    Reply
    • yanmie
      August 18, 2010 at 11:22 am (4 years ago)

      ehehe dh buat nnti jgn lupa entry keywords yg masuk..nak gak tgk keywords apa yg meletop kat sana :P

      Reply
  3. Hidup Seorang Blogger
    August 18, 2010 at 9:37 am (4 years ago)

    @yanmie
    Oh.. ye ke.. betullah, dah buka link tu smlm, tp x blh.. nnti try buka lg.. thanks yan.. nak try tgk stat dr getclicky lak nnti, tgk ada beza tak.

    Reply
    • yanmie
      August 18, 2010 at 10:19 am (4 years ago)

      hikhikhik so dh blh buat ke tak nie??

      Reply
  4. Hidup Seorang Blogger
    August 18, 2010 at 9:01 am (4 years ago)

    @yanmie
    emm, blh yan bagi link plugin tu? rasa mcm dah buka, tp x dpt lak.. x tau la kot link salah..

    Reply
    • yanmie
      August 18, 2010 at 9:10 am (4 years ago)

      sign up dulu kat getclicky.com lepastu install plugin getclicky then masukkan no api ke apa ntah kt setting plugin tu..barulah xkena version yg bayar..kiranya guna free dr plugin tu :P

      Reply
    • yanmie
      August 18, 2010 at 8:26 am (4 years ago)

      hikhikhik…cuba jgn x cuba :)

      Reply
  5. smatputra
    August 17, 2010 at 6:47 am (4 years ago)

    setuju dgn profHafis…
    klu mimpi n kuar mani tak mbatalkan puasa…

    Reply
    • yanmie
      August 16, 2010 at 5:10 pm (4 years ago)

      tak…akak pakai free :P dah 3 bulan x silap guna nie

      Reply
  6. Zida
    August 15, 2010 at 5:02 pm (4 years ago)

    penah gak belajar pasal ni dalam subjek syariah kat skola dulu. Asal keluar je mani, memang batal. Tapi bab ganti puasa tu tak sure plak.

    Reply
    • yanmie
      August 16, 2010 at 5:54 am (4 years ago)

      ha ye betul tu…soal ganti tu yg x pasti

      Reply
  7. x-po
    August 15, 2010 at 3:48 pm (4 years ago)

    hehe senang cite, jgn nk ngada2 bermesra2 atau bercumbu2 time siang ari..hehe tahanlah smpai malam

    Reply
    • yanmie
      August 16, 2010 at 5:55 am (4 years ago)

      ahaha ini komen akak sangat sukeee…kikiki

      Reply
  8. Hidup Seorang Blogger
    August 13, 2010 at 10:03 pm (4 years ago)

    nak tanye ni, tu scree shot stats tu kan, yan guna stats apa?

    Reply
    • yanmie
      August 14, 2010 at 4:26 pm (4 years ago)

      yg mana satu?? atas tu ke?? klu atas tu guna plugin getclicky

      Reply
  9. yoy
    August 13, 2010 at 9:35 pm (4 years ago)

    mcm2 yg dicari..konfirm pasangan baru kahwin ni:)

    Reply
    • yanmie
      August 14, 2010 at 4:27 pm (4 years ago)

      ahaha yelah kot :P

      Reply
  10. Anip
    August 13, 2010 at 7:00 pm (4 years ago)

    huh..plik..sape la bln2 puase nie..hmm..

    Reply
    • yanmie
      August 14, 2010 at 4:29 pm (4 years ago)

      eh bukan anip ke yang cari keywords tu??? hahaha gurau2 yea :)

      Reply
  11. rashid
    August 13, 2010 at 5:39 pm (4 years ago)

    Dah la batal sipencari…ni mesti time kelas agama atau ceramah main sms atau tido…hehe, takpe la, tak tahu google…hehhe

    Reply
    • yanmie
      August 14, 2010 at 4:29 pm (4 years ago)

      hahaha tulah skrg nie snang dh google je, tu yg blh masuk keywords gini :)

      Reply
  12. cikmin
    August 13, 2010 at 5:16 pm (4 years ago)

    ntah2 masa dah keluar tu..kelam kabut google..hehehe…

    p/s camna terlepas ke blog ni?

    Reply
    • yanmie
      August 14, 2010 at 4:30 pm (4 years ago)

      ahaha akak, yan ngan hubby baca komen nie sama2…dia sengih baca komen akak, wakakka :)

      maybe sbb entry yang makanan ghairah kot hari tu, ntah yan pun x google blk :P

      Reply
  13. ProfHariz
    August 13, 2010 at 4:37 pm (4 years ago)

    Jika bermimpi lalu kuar mani itu tidak membatalkan puasa :)
    wallahualam

    Reply
    • yanmie
      August 14, 2010 at 4:30 pm (4 years ago)

      ehek..mimpi???

      Reply
  14. Hidup Seorang Blogger
    August 13, 2010 at 3:37 pm (4 years ago)

    ni mesti pasangan yg baru kahwin ni cari info tu…. ahaks..

    Reply
    • yanmie
      August 14, 2010 at 4:31 pm (4 years ago)

      hahaha jawapan blh terima

      Reply
  15. zqah
    August 13, 2010 at 1:43 pm (4 years ago)

    hehe .. takut terbatal jea tuu =p

    Reply
    • yanmie
      August 16, 2010 at 6:26 am (4 years ago)

      hahaha yea2 agaknye lah :P

      Reply

1Pingbacks & Trackbacks on Sperma keluar waktu puasa – Batal atau tidak?

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by yanmie, yanmie. yanmie said: Blog Updated : Sperma keluar waktu puasa – Batal atau tidak? http://bit.ly/bYIv6h [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge