Roslin Hashim failkan cerai lepas sebulan berkahwin

by yanmie on August 18, 2010

Salam semua, baru baca paper online Harian Metro, berita tentang perkahwinan jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35. Yang baru sahaja berkahwin dan telah memfailkan perceraian selepas sebulan berlahwin dengan isterinya iaitu Norhayati Othman, 38. dan sebelum ini roslin pernah berkahwin dengan Faizah Mohamad,32, yang hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009 Berikut di bawah Yan sertakan berita dari Harian Metro Online.

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini.

Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.

Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.

Pasangan itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.

Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Nota Yanmie : Sekarang kahwin dah macam main-main je, alahai kesian dengan isteri tak pasal-pasal jadi janda. apa pun mudahan yang terbaik buat mereka berdua.

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 17 comments… read them below or add one }

Mus August 29, 2010 at 7:20 am

tak paham aku..
mudahnya kawin dan cerai..

Reply

yanmie August 30, 2010 at 9:10 am

tulah…apa pun mudahan yg terbaik utk mereka berdua…

Reply

blog cinta March 7, 2011 at 10:39 am

bila pulak roslin nak kahwin lagi ni?huhu
blog cinta recently posted..Cinta perlu keserasianMy Profile

Reply

ashraf August 19, 2010 at 2:42 am

apa kes kawin sebulan cerai, nampak sangat tak matang…hidup ni singkat ambil la peluang untuk berumah tanga, merasai nikmat bekeluarga..apa lagi yg lebih seronok selain menjalani kehidupan bekeluarga… :)

Reply

yanmie August 20, 2010 at 10:54 pm

tulah pasal yg nie oklah sikit sebulan, yg masa 1st wife tu 12 hari..lagi sadisss

Reply

ENCIK TIKUS August 18, 2010 at 11:40 pm

itu lah. ingat kahwin nie macam main tukar-tukar baju ke ? haish~

Reply

yanmie August 20, 2010 at 10:54 pm

org bnyk duit…huhuhu

Reply

fia abas August 18, 2010 at 10:12 pm

hmmm agaknya pd dia kawen tu pkara main2 shj..tp maybe ade mslh dlman yg kita pon xtau..moga2 pkara ni djauhkan dr kita =)

Reply

yanmie August 20, 2010 at 10:55 pm

ha ye betul tu, kita pun xtau apa masalah sebenar mereka..mudahan di permudahkan segala urusan mereka dan minta di jauhkan perkara sebegini terjadi pada kita…amin :P

Reply

ProfHariz August 18, 2010 at 3:17 pm

Kenapa itu perlu berlaku?
kawin hanya sekadar?

Reply

yanmie August 20, 2010 at 10:56 pm

jeng…jeng…jeng….ehehe :P

Reply

aReaL August 18, 2010 at 2:30 pm

Tak Sayang Ke Dengan Perhubungan… Mungkin Dia Senang Mencari Joodoh Istri Kot… Hehehe…
Yanmie Dah Tengok Ke Gambar Si Salleh Mangkuk Hayun Tu… aReaL Dah Update Gambar Dan Blog Miliknya… Jom G Baca… Hehehe…

Mission Terjah Blog Dan Gambar Sebenar Salleh Gregor Samsa Berjaya…!!!

Thanks….!!!!

Reply

yanmie August 18, 2010 at 2:47 pm

tak sayang lah tu kot..ehehe pepandai je! kesian kt isteri..huhu.

thanks for sharing, dh baca dan komen td :P

Reply

kak ina kl August 18, 2010 at 12:54 pm

amboi yan same storylah..yang sedih org pempuan

Reply

yanmie August 18, 2010 at 2:39 pm

salam kakina, yan baca dari metro td terus share kt sini. takpe jap lg gi terjah blog kakina, sori lama x gi jenjalan umah kakina..ehehe bizi dgn kuih batang buruk sabah.

tulah x patut buat org pompuan mcm tu.

Reply

akira August 18, 2010 at 11:19 am

alahai..nikah kahwin mcm perkara main2 je..Masya Allah..macam-macam orang skrg ni..huhu

Reply

yanmie August 18, 2010 at 11:23 am

tulah pasal…minta di jauhkan dari kita..nauzubillah!

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: