QBB Pure Ghee adalah tidak halal

Salam semua, tertarik dengan pautan dari facebook denaihati tentang status sijil halal QBB Pure Ghee. Disini Yan kongsikan untuk semua yea, Sebenarnya QBB Pure Ghee adalah tidak halal dan Yan rasa memang patut hal tentang ini di hebahkan kepada ramai, maklumlah takut ada yang masih tidak tahu akan status produk tersebut.

Lagi-lagi musim raya nie mesti ramai yang akan menggunakan produk nie (kalau yang tak tahu lah), harap-harap diorang ambik alternatif lain untuk menggantikan produk tersebut dengan menggunakan butter ke :), jangan duk ambik sedap je…tu haa…dah kata tidak halal so jangan gunakan jugak okies!

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Sekian, terima kasih.

Wohooo nasib baik tak pernah gunakan produk nie, so dah tahu benda nie tidak halal silalah jangan guna yea. maklum ajelah benda kalau tidak halal masuk kedalam badan jadik macam mana, boleh jadi darah daging tu..ee nauzubillah…

Nota Yanmie : Minta di jauhkan semuanya dari benda-benda macam nie 😛

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

12 thoughts on “QBB Pure Ghee adalah tidak halal

  1. Comments by Mr. M. D. Wilson, last general manager of the original QBB manufacturer:

    From 1946 upto to 2006, QBB Ghee was first produced by Queensland Butter Board, later known as Butter Marketing Board and finally known as Butter Producers Co-operative Federation (BPCF), Brisbane, Australia. This product was up to 2006 pure butterfat ghee produced from the milk of dairy cows. I am sure of that as I was the last general manager of this firm. Based on a joint decision by all shareholders, BPCF’s factory and warehouse in Brisbane was closed down in 2006 and BPCF was finally liquidated in 2007. The agent for QBB for Malaysia, Singapore and Brunei was all the while Sadka Bros. in Singapore, a firm owned by Singaporeans and Australians of Jewish descent. These people do not eat pork and will never condone to lard being added into their product. However somewhere after 2000, they sold of their shareholdings to Dairy Farmers of Australia, who eventually changed the name to QBB Pte. Ltd., Singapore. If you were to look at the Information Resources issued by ACRA of Singapore, the principal activities of QBB Pte. Ltd. now is preparing, canning and preserving of livestock and livestock products which indicate animal fat and tissue products. This completely different from dairy products which indicate cow’s milk based products.

    From 2007 onwards, Dairy Farmers have been supplying the raw material directly to QBI Packaging in Shah Alam who have packed QBB Ghee since then. Somewhere in 2007, the Ministry of Economy, United Arab Emirates had enforced on QBB Pte. Ltd. Singapore to categorise QBB sold in UAE as animal shortening. This can be seen in the following websites:

    1) http://archive.gulfnews.com/articles/08/07/03/10225548.html and
    2) http://www.dubaicityguide.com/site/business-finance/data/Eng.%20%20Price%20List%20Group%202%20on%20May%2020092.xls.
    3)
    4) ;

    which indicate that QBB is sold as animal shortening in United Arab Emirates since 2007 and listed as a product of Singapore as it is manufactured under the licence of QBB Pte. Ltd., Singapore.

    Ministry of Economy, United Arab Emirates is world renowned for its food labelling enforcement. Every food product container received at its port is checked to determine its actual content by lab analysis.

    We know that animal shortening is the industrial definition of pig lard usually extracted and thereafter purified from the abdomen of pigs. It is quite clear to me that QBB Ghee sold not only in Malaysia, Singapore and Brunei but in other parts of Asia, Australia from 2007 right until its halal certification revocation by JAKIM, Malaysia in August 2010 contained pig lard as butterfat prices were too skyhigh to make a handsome profit for Dairy Farmers. Despite all this, JAKIM still wants to certify QBB as pure butterfat ghee. This is indeed very heartbreaking for all of us who were in involved in ensuring QBB was pure butterfat ghee prior to 2006.

  2. Pak Cik kerja masak kenduri kahwin di Johor dan juga Melaka sudah lebih 30 tahun. Dulu ramai yang memilih Cow Brand Vegetable Ghee, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah. Benda ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit. Bahan pewarna dan perasanya pun dari bahan tumbuhan. Halal 100%. Mana jenis beriyani pun pakcik buat darinya memang lazat. Kemudian ada perubahan istilah dalam Akta Makanan Malaysia 1983, lalu namanya ditukar kepada Cow Brand Vanaspati. Vanaspati ini kalau tak salah pak cik, asalnya perkataan Sanskrit. Kemudian orang kita semakin mewah, mahu gunakan QBB Ghee yang lebih mahal yang masa tu memang dari susu lembu dan dibuat di Australia. Bagus juga mutu QBB masa itu. Beberapa tahun kebelakangan ini, pakcik dapati rasa QBB pun dah mula berubah. Pakcik dah mula syaki kandungan QBB bukan lagi seperti yang ditulis pada tinnya. Kemudian ada kawan Pakcik di Singapura beritahu kilang QBB di Australia dah tutup beberapa tahun yang lalu dan kerja membuat QBB sekarang di Shah Alam. Baru Pakcik sedar QBB ini bukan lagi yang original. Dekat sini banyak jenama minyak sapi yang kilangnya di Malaysia muncul dalam 10 tahun yang lalu. Semuanya pakcik dah cuba. Cakap saja, minyak sapi tulen, tapi kebanyakan rasa macam dibuat dari minyak sawit juga. Harga dua kali tinggi dari vanaspati. Sekali dua pakcik pernah masak dengan minyak sapi tulen diimport dari Eropah, namanya Green Mountain, tin hijau muda ada perkataan Arab dan banyak dijual di negara Islam, agak mahal tetapi memang minyak sapi tulen yang paling sedap dirasai. Buat bubur lambuk darinya cukup bagus. Pak cik tulis ini semua bagi orang tahu pengalaman pak cik pasal kisah minyak sapi ini. Pandai-pandai kita memilih, jangan terperangkap dengan tipu helah sesetengah pembuat tempatan.

  3. Pakcik kerja masak kenduri kahwin di Pulau Pinang semenjak 1980an. Pada pendapat Pakcik, kita patut mengelakkan penggunaan minyak sapi tulen yang dihasilkan dari susu lembu dan juga sebarang barangan dari lemak binatang walaupun disahkan halal atas sebab-sebab kesihatan kerana kedua-dua jenis barangan ini banyak berlemak. Pakcik juga mendapati marjerin yang mengandungi minyak sawit, air dan garam sama ada Planta atau lain jenama tempatan juga kurang sesuai untuk masakan beriyani dan lauk-pauk. Kalau dari segi rasa dan juga kos, memadai kalau gunakan minyak sapi sayuran yang dikenali sebagai vanaspati menurut Akta Makanan 1983, itupun vanaspati yang separa terhidrogen yang kelihatan lembut dan sesuai untuk pemakanan manusia. Dari segi kesihatan, kita perlu mengelakkan dari menggunakan vanaspati penuh terhidrogen yang kelihatan seperti lilin. Dari pelbagai jenama vanaspati tempatan dan luar negeri yang Pakcik pernah mencuba, Pakcik mendapati yang paling baik sekali yang masih dijual di Penang adalah Cow Brand dari Holland juga dipanggil Cap Lembu, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah, tinnya untuk pasaran Malaysia dicetak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Barang ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit dengan bahan tambah beta carotene yang menguatkan sistem kelalian badan disamping memberi rasa, keharuman dan warna macam minyak sapi tulen. Pengeluarnya di Eropah mempunyai reputasi yang tinggi dan banyak mengeksportnya ke negara-negara Islam di Timur Tengah. Penguatkuasaan di Timur Tengah cukup baik dan sebarang bahan yang tak halal samaada lemak binatang ataupun bahan menagihkan dapat dikesan dengan segera. Cow Brand Vanaspati ini terdiri sepenuhnya dari bahan tumbuhan dan tidak mengandungi langsung lemak binatang, bahan beralkohol, bahan yang menagihkan, halia atau bawang putih; menjadikannya produk yang bukan sahaja boleh diambil oleh oleh orang Islam tetapi juga oleh pengikut mana-mana agama di dunia. Menurut pengimportnya di Kuala Lumpur yang Pakcik pernah telefon, olehkerana Cow Brand Vanaspati ini merupakan barangan import, Jabatan Kesihatan Pelabuhan Kelang bertanggungjawab mengesahkan kandungannya seperti yang dilabelkan dan menuruti Akta Makanan 1983 dan Akta Perihal Dagangan 1972 setiap kali diimport masuk ke Malaysia. Mana-mana jenis nasi beriyani yang Pakcik buat dari Cow Brand Vanaspati memang lazat. Di Malaysia, banyak catering menggunakan Cow Brand Vanaspati tetapi memberitahu pengguna mereka pakai minyak sapi tulen seperti QBB. Ada juga yang menggunakan minyak biji matahari, minyak zaitun, minyak masak biasa, marjerin tempatan sebagai gantian kepada QBB. Mana boleh tahan pakai QBB sekarang dengan harganya menjulang tinggi. Lagipun QBB yang dijual di Malaysia tak original seperti dulu. Menurut anak buah Pakcik yang pandai melayar internet, pengilang asal QBB di Australia dah gulung tikar beberapa tahun dahulu. Lagipun, pihak penguatkuasa Emiriyah Arab Bersatu semenjak beberapa tahun lalu sedang mengkelaskan QBB sebagai animal shortening dan bukan sebagai pure butterfat ghee atau pure butterghee iaitu sebagai minyak sapi tulen. Dari segi kos, rasa dan juga segi kesihatan Pakcik sentiasa syorkan Cow Brand Vanaspati kepada pengguna Pakcik. Maklumat tambahan boleh didapati dari laman web: http://www.dishhad.com/cms/index.php

  4. Pakcik kerja masak kenduri kahwin di Pulau Pinang semenjak 1980an. Pada pendapat Pakcik, kita patut mengelakkan penggunaan minyak sapi tulen yang dihasilkan dari susu lembu dan juga sebarang barangan dari lemak binatang walaupun disahkan halal atas sebab-sebab kesihatan kerana kedua-dua jenis barangan ini banyak berlemak. Pakcik juga mendapati marjerin yang mengandungi minyak sawit, air dan garam sama ada Planta atau lain jenama tempatan juga kurang sesuai untuk masakan beriyani dan lauk-pauk. Kalau dari segi rasa dan juga kos, memadai kalau gunakan minyak sapi sayuran yang dikenali sebagai vanaspati menurut Akta Makanan 1983, itupun vanaspati yang separa terhidrogen yang kelihatan lembut dan sesuai untuk pemakanan manusia. Dari segi kesihatan, kita perlu mengelakkan dari menggunakan vanaspati penuh terhidrogen yang kelihatan seperti lilin. Dari pelbagai jenama vanaspati tempatan dan luar negeri yang Pakcik pernah mencuba, Pakcik mendapati yang paling baik sekali yang masih dijual di Penang adalah Cow Brand dari Holland juga dipanggil Cap Lembu, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah, tinnya untuk pasaran Malaysia dicetak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Barang ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit dengan bahan tambah beta carotene yang menguatkan sistem kelalian badan disamping memberi rasa, keharuman dan warna macam minyak sapi tulen. Pengeluarnya di Eropah mempunyai reputasi yang tinggi dan banyak mengeksportnya ke negara-negara Islam di Timur Tengah. Penguatkuasaan di Timur Tengah cukup baik dan sebarang bahan yang tak halal samaada lemak binatang ataupun bahan menagihkan dapat dikesan dengan segera. Cow Brand Vanaspati ini terdiri sepenuhnya dari bahan tumbuhan dan tidak mengandungi langsung lemak binatang, bahan beralkohol, bahan yang menagihkan, halia atau bawang putih; menjadikannya produk yang bukan sahaja boleh diambil oleh oleh orang Islam tetapi juga oleh pengikut mana-mana agama di dunia. Menurut pengimportnya di Kuala Lumpur yang Pakcik pernah telefon, olehkerana Cow Brand Vanaspati ini merupakan barangan import, Jabatan Kesihatan Pelabuhan Kelang bertanggungjawab mengesahkan kandungannya seperti yang dilabelkan dan menuruti Akta Makanan 1983 dan Akta Perihal Dagangan 1972 setiap kali diimport masuk ke Malaysia. Mana-mana jenis nasi beriyani yang Pakcik buat dari Cow Brand Vanaspati memang lazat. Di Malaysia, banyak catering menggunakan Cow Brand Vanaspati tetapi memberitahu pengguna mereka pakai minyak sapi tulen seperti QBB. Ada juga yang menggunakan minyak biji matahari, minyak zaitun, minyak masak biasa, marjerin tempatan sebagai gantian kepada QBB. Mana boleh tahan pakai QBB sekarang dengan harganya menjulang tinggi. Lagipun QBB yang dijual di Malaysia tak original seperti dulu. Menurut anak buah Pakcik yang pandai melayar internet, pengilang asal QBB di Australia dah gulung tikar beberapa tahun dahulu. Lagipun, pihak penguatkuasa Emiriyah Arab Bersatu semenjak beberapa tahun lalu sedang mengkelaskan QBB sebagai animal shortening dan bukan sebagai pure butterfat ghee atau pure butterghee iaitu sebagai minyak sapi tulen. Dari segi kos, rasa dan juga segi kesihatan Pakcik sentiasa syorkan Cow Brand Vanaspati kepada pengguna Pakcik. Maklumat tambahan boleh didapati dari laman web: http://www.dishhad.com/cms/index.php

  5. uishh…td google gamba..sbb xtau rupen die..dah tgk..nauzubillah…selalu gak mak sy gune..terus jerit2 bgtau die..mama kata,,nak buat caner,,sebelum ni xtahu..so lepas ni tak guna dah la = =”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge