Projek Kuih Tepung Bungkus

by yanmie on August 7, 2010

Salam semua, sori baru ada masa nak online, petang tadi tetiba pulak Aiman tak sihat, dah ler baru nie Kesian Haziq demam. lah nie giliran Aiman pulak, ades risau betul sebab Aiman demam panas sangat, nasib baiklah ada ubat peluru yang doktor bagi masa bawa haziq gi klinik semalam, demam Aiman pun beransur-ansur ok.

Ok  nak update pasal aktiviti semalam, MIL ajak buat Kuih Tepung Bungkus, ala kuih yang bungkus dengan daun pisang tu salah satu kuih tradisional kita. meh nak share gambar dan cara buat Kuih Tepung Bungkus nie yea, sharing is caring :P

Nak buat Kuih Tepung Bungkus nie haruslah ada inti, intinya kelapa masak bersama gula merah dan di bulat-bulatkan jadi macam kat dalam gambar atas tu, inti kelapa nie jugak boleh guna untuk buat Kuih Ketayap, cara buat sama aje.

Kemudian tepung pulut dibancuh dengan air, sikit je tau airnya kang lembik pulak tak boleh nak bungkus inti kelapa tu.

Dan jadilah seperti gambar di atas

tepung beras dan santan

Kemudian bila dah siap bungkus inti kelapa dengan tepung pulut tadi, kini proses mencelup pulak, untuk bahan celup nie kena guna tepung beras, santan dan sedikit garam untuk  bagi rasa lemak sikit dan cara nak masaknya mudah aje, masak ke tiga-tiga bahan tadi diatas api sederhana, agak likat boleh tutup api dan celup sahaja inti yang dah di bungkus dengan pulut tadi dan agak-agak ler nak letak banyak mana bahan celup tadi.

Kuih yang dah siap di bungkus, tinggal nak kukus aje lagi
Kuih Tepung Bungkus fresh dari periuk pengukus
dan hasilnya….jeng…jeng…jeng…

tepung bungkus sedap

Rasanya sungguh marbeles, sangat sedap! lemak manis disukai ramai, Thanks pada MIL kerana atas tunjuk ajar yang diberikan, ada masa boleh cuba
.

Nota Yanmie : Besok balik Klang lagi

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 25 comments… read them below or add one }

Ikhwan Pauzi June 26, 2011 at 8:05 pm

badak berendam pon sedap gak nih.

Reply

Ummi Alifya November 6, 2010 at 7:49 am

sedappp…klu ada sdantan pekat lagi…waa marbeles…

Reply

Fiza August 11, 2010 at 11:53 am

telan air liur ni … sabar2 .. posa2

Reply

Anip August 8, 2010 at 2:38 pm

wah..sedapnyer..nak sikit boleh..sedap nie..

Reply

yanmie August 9, 2010 at 6:04 pm

ehehe dh abis dh :)

Reply

cikmin August 8, 2010 at 11:48 am

mama akak selalu buat letak dua inti kat dalam tepung tu..selain nama tepung bungkus kita panggil puteri dua sebilik.. :P

Reply

yanmie August 9, 2010 at 6:06 pm

ahahaa ye mmg betul kuih tu, tak tau lak ada istilah puteri dua sebilik..puteranya takde ke?? hahaa

Reply

Azfarul August 8, 2010 at 9:22 am

@yanmie
Harini nak carik kat pasar malam kuih ni.. hehe..
mngidam pulak haha..

Reply

yanmie August 8, 2010 at 9:28 am

hahaha sudah sampai mengidam pulak..bahaya keh3 :P

Reply

fahmi ibrahim August 8, 2010 at 3:52 am

@yanmie
sedap bagi yang suka. yang tak suka. tetap tak suka walaupun sedap.

Reply

yanmie August 8, 2010 at 9:29 am

yep betul2…tp mcm susah nk cari kuih tradisional mcm nie sekarang kan…

Reply

kulanz August 8, 2010 at 2:37 am

Macam kui koci plk tu.. tapi bentuk dia lain sikit..

Reply

yanmie August 8, 2010 at 3:41 am

ha ye betul tu lan, kuih koci pun sedap jugak :P

Reply

fahmi ibrahim August 8, 2010 at 2:34 am

Selalu je makan kat kantin sekolah masa praktikal. Memang best!

Reply

yanmie August 8, 2010 at 3:41 am

yeker…sedap kan :)

Reply

wazy August 7, 2010 at 10:36 pm

Mak saya rajin gak buat kuih ni,sedap =)

Reply

yanmie August 8, 2010 at 3:41 am

wah yeker….bertuah dapat seorang mak yang rajin :)

Reply

fuzriown August 7, 2010 at 9:45 pm

baru je rase td… :-)

Reply

yanmie August 8, 2010 at 3:42 am

ehehe sedap ke tak??

Reply

zulaikha August 7, 2010 at 8:55 pm

RT @yanmie: Blog Updated : Projek Kuih Tepung Bungkus http://bit.ly/dnMxxB

Reply

Azfarul August 7, 2010 at 8:53 pm

Nampak sangat sedap + menyelerakan!

Reply

yanmie August 7, 2010 at 8:55 pm

memang sgt marbeles :P ekekke…

Reply

DAUSPOZI August 7, 2010 at 12:51 pm

RT: @yanmie: Blog Updated : Projek Kuih Tepung Bungkus http://bit.ly/dnMxxB

Reply

Yiedpozi August 7, 2010 at 12:49 pm

RT: @yanmie: Blog Updated : Projek Kuih Tepung Bungkus http://bit.ly/dnMxxB

Reply

yanmie August 7, 2010 at 12:45 pm

Blog Updated : Projek Kuih Tepung Bungkus http://bit.ly/dnMxxB

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: