Memey dan Norman Hakim Bertunang

by yanmie on August 31, 2010

Salam semua, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 buat negaraku Malaysia yang tercinta. MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!. Oklah nak share 1 laporan berita akhbar online dari myMetro tentang Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang akan bertunang pada raya ke 4 nanti. Alhamdulillah elok sangatlah tu, makan pun dah kongsi pinggan kan?? ehehe :P jom cekidaut laporan akhbar tersebut.

KUALA LUMPUR: Walaupun perbicaraan kes khalwat mereka di mahkamah belum selesai, pasangan pelakon popular, Mohd Nor Hakim Zaidon (Norman Hakim), 34, dan pelakon Suhaiza Suhaimi (Memey), 22, mengambil keputusan mengakhiri spekulasi hubungan mereka sebelum ini banyak berteka-teki dengan ikatan pertunangan.

Ketika dihubungi Memey dalam nada ceria berkata, keluarga kedua-dua pihak setuju mengadakan majlis pertunangan itu pada hari raya keempat di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Merpati dua sejoli ini saling mengenali lebih dua tahun lalu dan khabarnya cinta mula berputik ketika berlakon bersama dalam drama Pasrah.

“Minggu lalu saya dan Norman balik ke kampung saya dan keluarga mula berbincang mengadakan majlis pertunangan itu. Ikutkan hati saya tak mahu bertunang kerana kami saling memahami dan mengenali hati budi tapi abang (Norman) mahu saya merasai proses dari mula iaitu merisik, bertunang dan baru diijabkabulkan.

“Dia mahu saya melalui semua pengalaman itu. Pada majlis pertunangan itu nanti, baru keluarga kami akan berbincang jumlah hantaran dan tarikh kami akan disatukan. Insya-Allah majlis kenduri dan persandingan akan dilangsungkan awal tahun depan kerana tidak mahu bertunang lama-lama. Sekiranya semua okey, lebih baik disegerakan.

“Untuk majlis pertunangan ini, akan ada dulang hantaran. Berapa jumlahnya… juga dalam perbincangan. Saya akan bertanya kepada emak apa yang patut dibeli sebagai hantaran balas kepada abang.

“Saya sekarang masih sibuk di lokasi penggambaran telefilem, Osman Berani dan abang pun sedang berlakon telefilem Sabar. Terpaksalah kami mencuri masa untuk membeli barang hantaran. Urusan kenduri di kampung, saya serahkan kepada emak,” katanya.

Sebelum ini mereka pernah menafikan mempunyai hubungan istimewa sehingga membawa kepada keruntuhan rumah tangga Norman Hakim dengan bekas isterinya, Arbaeyah Abdul Manan (Abby Abadi), 32, namun segala khabar angin itu ternyata benar apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di premis perniagaan milik pelakon lelaki kacak itu di Ukay Perdana, di sini, pada 30 Oktober 2008.
Menurut Memey, dia berdebar dan pelbagai perkara menerjah fikiran tetapi sudah bersedia bergelar isteri dan ibu kepada tiga anak Norman hasil perkahwinan bakal tunangnya yang terdahulu.

“Harap segala-galanya berjalan lancar dan dengan pertunangan ini semoga awan mendung akan berarak pergi dari hidup kami berdua untuk memulakan kehidupan baru lebih membahagiakan.

“Beza usia 12 tahun dan pengalaman hidupnya membuat abang lebih matang dan menjadi ketua keluarga yang baik serta dapat membimbing saya. Paling penting kami ada keserasian,” katanya.

Ternyata Syawal ini bermakna buat gadis jelita itu kerana hasratnya berkongsi hidup dengan jejaka dicintai dimakbulkan Allah. Pada hari berbahagia itu, Memey akan mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail dan rona putih menjadi pilihan.

Nota Yanmie : Alhamdulillah…tunang jangan lama-lama…ehehe :P

Artikel Berkaitan:

{ 24 comments… read them below or add one }

saiful anuar July 19, 2011 at 5:14 am

video kahwin termurqah dimalaysia, disukai lecturer dan pegawai. setanding dengan video tomok. http://www.ividkahwin.tk. edngan harga serendah rm595

Reply

jejaka_harapan April 19, 2011 at 11:28 am

kenapa memey dikutuk? sebenarnya memey tak perlu tagih kasih kat norman. saya amat menyintai dia. kalau boleh sekarang juga nak nikah dengan memey, nak ramai zuriat dengan dia kot!

Reply

SuaraPeople November 12, 2010 at 2:26 am

Anonymous :
saya paling tidak suka memey YANG MERAMPAS SUAMI ORANG. Begitu juga dengan norman yang tidak betanggungjawab terhadap isteri pertama (ABBY) dia dulu.

setuju!

Reply

SuaraPeople November 12, 2010 at 2:25 am

owh sgt benci both!

Reply

ct fariza October 30, 2010 at 10:48 pm

Do you have FACEBOOK? You may also want to be a fan of ABBY ABADI’S FANPAGE
Here’s the link:
http://www.facebook.com/pages/Abby-Abadi-Lurvly-Fanpage/178088997389

Reply

Anonymous September 15, 2010 at 3:20 pm

saya paling tidak suka memey YANG MERAMPAS SUAMI ORANG. Begitu juga dengan norman yang tidak betanggungjawab terhadap isteri pertama (ABBY) dia dulu.

Reply

BABY CUTE September 7, 2010 at 1:47 pm

RAMAI ORG TAK SUKA KAMU BERDUA HEHEHE……………

Reply

eleeza September 7, 2010 at 1:41 pm

KAU ORG TAK CUN LAH TAK SESUAI LANGSUNG KAU ORG TU KHAWIN

Reply

emily September 3, 2010 at 12:35 am

harap norman tak ulang perkara yg sama pada perempuan lain

Reply

fiza September 1, 2010 at 12:33 pm

dah jodoh ….

Reply

effisya_nabila September 1, 2010 at 10:04 am

smg bhgie la hndaknye psgn ni..amin..

Reply

Hidup Seorang Blogger September 1, 2010 at 1:09 am

Cepat2 lah skit dia ni kahwin..

Reply

fahmi ibrahim August 31, 2010 at 1:15 pm

@yanmie lambat norman tu.. hehe.. ape lagi nak tunggu tak tahu.. masing2 dh single.. hehe.. komen sedap.. kita tak tahu diorang tanggung ape.. ape masalah die kan. :D

Reply

yanmie August 31, 2010 at 8:46 pm

hahaha dia kata nk bg memey rasa mcm org lain, ada proses2nye… :P

Reply

kak ina kl August 31, 2010 at 11:50 am

jangan tangguh lagi udah lah..wah yan boleh merempit nanti bila time raya ek

Reply

yanmie August 31, 2010 at 8:47 pm

betul tu kak…nie dh bnyk kali diorg tangguh..harap2 menjadi ler..
hikhik blm berani nk rempit kak..bawa keta secara skema skrg nie…ehehe :P

Reply

wazy August 31, 2010 at 11:18 am

owhhh
dorang nak ikut tradisi la tu
tunang dulu baru kawin

Reply

yanmie August 31, 2010 at 8:48 pm

ye betul tu wazy…norman nk bg memey rasa tu semua..haha

Reply

suffer8zine August 31, 2010 at 11:00 am

erkkk, pehal la x kawin terus, mcm la x mampu, ngade2 nk tunang, tp buat perangai mcm dah kawin, entah pape

Reply

yanmie August 31, 2010 at 11:01 am

hahaha sabar2… :P

Reply

Mummy Dasy August 31, 2010 at 10:19 am

alhamdulillah, jadi jugak akhirnye..

Reply

yanmie August 31, 2010 at 11:01 am

Alhamdulillah..mudahan sampai ke jinjang pelamin dah bahagia ke akhir hayat :P

Reply

fahmi ibrahim August 31, 2010 at 9:50 am

ek ele.. baru bertunang…kahwinnya bila?

Reply

yanmie August 31, 2010 at 10:06 am

hahaha nnti dia nk nikah nnti akak hapdate..ekeke :P

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: