Salam semua, maaflah baru ada masa nak update blog, agak bizi seharian. ok nie nak update pasal Komputer 1 Malaysia mak mertua tercinta punya…ehehe jangan terkejut tau! orang tua-tua sekarang pun pandai main tenet, itulah namanya dunia IT.

Siang tadi Mak punya Netbook 1 Malaysia dah sampai, tak sangka pulak cara penghantaran adalah secara pos laju, so abang posmen duk pon pon je depan rumah, keluar punya keluar tengok ada bungkusan, rupanya bungkusan netbook yang di pos adalah dari pengeluar netbook tersebut di damansara. ingatkan Orang TM yang akan hantar…ehehe.

So tadi Yan dah rasmikan netbook mak, comel pulak. geram pun ada..ehehe, jom tengok macam mana rupanya netbook 1 malaysia nie.

lawa kan netbook nie siap ada tampal tag 1 malaysia lagi, yelah nama pun komputer 1 malaysia, oh ye komputer 1 malaysia nie bukan semua orang layak dapat, dia kena mohon dulu, tapi yang mak punya nie orang TM sendiri datang ke jengka 13 buka meja kat sini untuk pendaftaran komputer 1 malaysia, tak silap hanyar rm 38 sahaja yang perlu dibayar termasuk perkhidmatan jalur lebar untuk sebulan. murahkan??

Argh!! geram! sangat comel..ehehe, tadi masa Yan rasmi buka tenet takdelah slow melow. oklah laju jugak :) lepas nie boleh ajar mak berbelog..keh3 tak menjahit baju ler nampaknya…hahaha

Nota Yanmie : Mak kita tukar nak tak?? ehehe