Salam semua, masih ingat ke korang dengan pemuda yang bernama Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Cheng yang mana ketika dahulu pernah mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia yang mana dia pernah mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu. dan dia pun pernah memohon maaf di atas kesalahannya yang terdahulu.

Tetapi kini Namewee sekali lagi menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat ekoran perbuatannya menghasilkan video clip yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Klip video terbaru itu dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.

Namewee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.

Selain itu Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

KUANTAN: Permuafakan NGO Melayu Pahang Bersatu (MUAFAKAT) hari ini membuat laporan polis terhadap pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Cheng atau lebih dikenali “Namewee” ekoran perbuatannya menghasilkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong yang mewakili 15 NGO terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.

Namewee sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan klip videonya berjudul Negarakuku. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Wan Emril berkata apa yang dilakukan Namewee merupakan satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.

“Jangan bagi muka kepada individu seperti ini kerana tindakannya itu jelas menimbulkan kemarahan serta keresahan di kalangan rakyat,” tegasnya.

Antara 15 NGO terbabit ialah GPMS Pahang; Wira Perkasa Pahang; Alumni Graduan Muda Pahang; Majlis Belia Daerah; Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris); Majlis Guru Pahang dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Di PUTRAJAYA, satu lagi laporan polis dibuat terhadap Namewee oleh pergerakan Wiranita Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, berhubung video klip berbaur perkauman yang dihasilkan pemuda itu.

Ketuanya, Raihan Suleiman Pelastin berkata laporan polis dibuat setelah mendapati senikata lagu Negarakuku dalam laman web Youtube itu mempunyai unsur hasutan dan fitnah ketika beliau melayari laman web berkenaan di rumahnya dua hari lepas.

“Penyebaran video klip berbaur hasutan melalui laman web Youtube ini adalah terlalu bahaya kerana ia mudah meresap ke dalam jiwa golongan muda yang gemar mendengar muzik dan irama,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Sebelum ini, empat laporan polis telah dibuat di Muar, Johor terhadap Namewee berhubung klip video tersebut yang didakwa berunsur perkauman serta menggunakan perkataan tidak senonoh.–BERNAMA

Nota Yanmie : lorr…ingatkan budak nie dah insaf 🙁

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

10 thoughts on “Klip Video Namewee berunsur perkauman”
  1. : seperti dea ni . x patut hidup da . harus d buang negara da ! seperti dea . ad seorg pemuda yg bnama LUCA LUCAS berasal dry JOHOR seperti namewee ini menghina SABAH dgn mngutuk pelbagai alam semula jadi d sabah !! dgn ini , sluruh rakyat sabah , meminta agar LUCA LUCAS memohon MAAF secara lisan ataupun tulisan kpd rakyat SABAH . hal ini memalu kn seluruh RAKYAT JOHOR sahaja !

    NAMEWEE , KATY LIM LI LIAN , LUCA LUCAS ! harus d ambl TINDAKAN atas perbuatan mereka !!!

    katy lim li lian menghina AGAMA ISLAM dgn sedap HATI dea sahja ! loserr

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge