Pengalaman Berada Di Petronas StreetSmart KLCC

Salam, baru-baru ini saya mendapat undangan dari Petronas untuk Media Familiarisation Session of the new PETRONAS StreetSmart Road Safety Exhibition yang bertempat di Petrosains, The Discovery Centre, KLCC. Baca Selanjutnya »

Ulat Bulu Naik Daun

Salam, ini betul-betul Ulat Bulu Naik Daun, bukan ulat bulu jadian ye hikhik, geli geleman tengok, snap tadi pun teragak-agak juga, takut kang tetiba melompat atas tangan naya, ehhhh boleh melompat ke ulat bulu nie? hahaha. Baca Selanjutnya »

Photog - Kerengga Beraksi

Salam, masih beronline kat kampung, insyaallah besok pagi balik Klang, jom layan Kerengga Beraksi hhihihi, lama tak layan kamera ni, kalau ambil gambar pun macam tak ambil guna DSLR juga, takde setting apa-apa, takde masa nak layan hobi tu, sesambil jelah, maklumlah Supermak, agak bizi hihihi. Layan Kerengga Beraksi ^____^ Baca Selanjutnya »

Magic Rice Dan Ikan Bakar Tenggiri

Salam, untuk memenuhi impian Projek Besar, usaha demi usaha dilakukan hikhik, memandangkan Nasi sudah menjadi makanan harian kita, so saya menggantikan beras biasa dengan “Magic Rice” Baca Selanjutnya »

Salam, eeee banyak sangat benda nak entry tapi tak tau nak up mana dulu, ni lah dia kalau asik-asik tertangguh nak entry hikhik, takpelah layan Picca Haziq dulu kat bawah ni. Baca Selanjutnya »

 

Klip Video Namewee berunsur perkauman

Salam semua, masih ingat ke korang dengan pemuda yang bernama Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Cheng yang mana ketika dahulu pernah mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia yang mana dia pernah mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu. dan dia pun pernah memohon maaf di atas kesalahannya yang terdahulu.

Tetapi kini Namewee sekali lagi menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat ekoran perbuatannya menghasilkan video clip yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Klip video terbaru itu dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.

Namewee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.

Selain itu Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

KUANTAN: Permuafakan NGO Melayu Pahang Bersatu (MUAFAKAT) hari ini membuat laporan polis terhadap pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Cheng atau lebih dikenali “Namewee” ekoran perbuatannya menghasilkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong yang mewakili 15 NGO terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.

Namewee sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan klip videonya berjudul Negarakuku. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Wan Emril berkata apa yang dilakukan Namewee merupakan satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.

“Jangan bagi muka kepada individu seperti ini kerana tindakannya itu jelas menimbulkan kemarahan serta keresahan di kalangan rakyat,” tegasnya.

Antara 15 NGO terbabit ialah GPMS Pahang; Wira Perkasa Pahang; Alumni Graduan Muda Pahang; Majlis Belia Daerah; Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris); Majlis Guru Pahang dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Di PUTRAJAYA, satu lagi laporan polis dibuat terhadap Namewee oleh pergerakan Wiranita Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, berhubung video klip berbaur perkauman yang dihasilkan pemuda itu.

Ketuanya, Raihan Suleiman Pelastin berkata laporan polis dibuat setelah mendapati senikata lagu Negarakuku dalam laman web Youtube itu mempunyai unsur hasutan dan fitnah ketika beliau melayari laman web berkenaan di rumahnya dua hari lepas.

“Penyebaran video klip berbaur hasutan melalui laman web Youtube ini adalah terlalu bahaya kerana ia mudah meresap ke dalam jiwa golongan muda yang gemar mendengar muzik dan irama,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Sebelum ini, empat laporan polis telah dibuat di Muar, Johor terhadap Namewee berhubung klip video tersebut yang didakwa berunsur perkauman serta menggunakan perkataan tidak senonoh.–BERNAMA

Nota Yanmie : lorr…ingatkan budak nie dah insaf :(

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

10 Responses to Klip Video Namewee berunsur perkauman

  1. lalalla says:

    : seperti dea ni . x patut hidup da . harus d buang negara da ! seperti dea . ad seorg pemuda yg bnama LUCA LUCAS berasal dry JOHOR seperti namewee ini menghina SABAH dgn mngutuk pelbagai alam semula jadi d sabah !! dgn ini , sluruh rakyat sabah , meminta agar LUCA LUCAS memohon MAAF secara lisan ataupun tulisan kpd rakyat SABAH . hal ini memalu kn seluruh RAKYAT JOHOR sahaja !

    NAMEWEE , KATY LIM LI LIAN , LUCA LUCAS ! harus d ambl TINDAKAN atas perbuatan mereka !!!

    katy lim li lian menghina AGAMA ISLAM dgn sedap HATI dea sahja ! loserr

  2. biskut kering says:

    x yah kasi third chance kat die…
    da kasi second chance but still x
    brubah2…

  3. ProfHariz says:

    macam2 kempem kerajaan buat… tapi… masih ada manusia cam nie…

  4. ejam says:

    kali nie jgn lepaskan dia, no sorry2 ok…
    dia jenis manusia yg tak akan berubah…

  5. Kalau nak ISA budak ni, ISA sekali pengetua tu. LOL.

  6. ain says:

    apsal tak ISA kan je budak ni..semak jeee

  7. kulanz says:

    boleh tahan juga namewee ni kreatifnya.. tapi sayang disalah guna

  8. Pihak berkuasa ni lembik.. dulu masa awal2 dia buat kecoh tak nak kasi kau2.. marah tul!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
WP Like Button Plugin by Free WordPress Templates