Salam semua, nie nak share pasal kadar zakat fitrah seluruh malaysia bagitahun 2010, Zakat fitrah difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

So jangan lupa tunaikan kewajipan kita sebagai seorang muslim yea, cekidaut info tentang Zakat Fitrah, sumber dari Ezakat.

SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Berikut dibawah ini adalah Kadar Zakat Fitrah 2010 bagi seluruh Malaysia.

Negeri Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM)
Perlis 6.00
Kedah 7.00
Pulau Pinang 7.00
Perak 7.00
Selangor 7.00
Negeri Sembilan 6.50
Melaka 6.50
Johor 5.00 / 7.50 *
Pahang 7.00
Terengganu 5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan 7.00
Sarawak 5.20
Sabah 6.80
Wilayah Persekutuan 7.00

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

WAKTU WAJIB

Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL

Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT

Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH

Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM

Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Nota Yanmie : Jangan lupa bayar zakat fitrah 🙂

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

12 thoughts on “Kadar zakat fitrah 2010”
  1. Zakat Fitrah di Wilayah Persekutuan tahun ni RM7.00 rupanya.Tak apalah. Ingatkan RM5.00 lagi. Dah banyar. Dah zakat fitrah anakpun saya yang bayar. Ibu tunggallah katakan. Dah bagi RM20.00. Anak tiga. Campur aku jadi empat orang.(Anak-anak memang dah besar. Yang tua 21 tahun tapi belajar lagi.) Tambah lagi RM7.00. Tiap tahun aku bayar secara derect kepada orang yang tidak upaya dan miskin. Jiran aku ada yang tak bernasib baik macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge