Salam semua, maaf baru ada ruang untuk update blog. Semalam kami ke Pasaraya Giant di Bandar Puteri Klang, teringin sangat nak minum Iced Blended Avocado, ha ye korang jangan terkejut yea, buah avocado jugak boleh dijadikan sebagai Jus / Iced Blended, bukan setakat nak buat syampo aje, sebab dulu-dulu masa duduk bujang ada member tegur katanya Buah Avocado nie boleh buat Syampo aje *Sabar jelah aku* hahaha sekali dia rasa…haaa ketagih seh minum!! hahaa…

Pomosi satu hari sahaja, dapatlah rege murah RM 1.49 untuk 1 biji, biasanya RM 4.99 sebiji. Yan rembat 4 Biji je tu pun tak abis guna, ada lagi balance 2 biji setengah.

See isi buah Avocado yang mengancam

Inilah dia Iced Blended Avocado Mengancam, rasa sekali pasti nak lagi πŸ™‚

Tudia reaksi anak-anak Yan bila di tanya sama ada sedap ke tak? ehehe…en.hubby sengih aje tengok gelagat diorang. Nie 1st time diorang minum Iced Blended Avocado Mengancam

Oklah…ada sesiapa nak resepi Iced Blended Avocado Mengancam?? nie Yan sharekan yea, caranya sangat senang aje, tutup mata pun boleh..kikiki tapi kalau tutup sungguh kang lain pulak jadiknya Iced Blended Avocado tu, tak mengancam ler namanya πŸ™‚

Resepi Iced Blended Avocado Mengancam *Resepi Tersendiri*

1. Isi Buah Avocado

2. Susu Pekat

3. Ais Ketul

4. Nestum 2 sudu besar

Cara-cara penyediaan

Blender kan aje kesemua bahan di atas, agak-agak dan sebati dan dah hancur kesemua bahan kat atas boleh lah di hidangkan dan di minum. Rasanya?? takleh nak cerita sebab sedap sangat dan mengancam…ehehe bukan puji semata tapi memang sungguh sedap. lagi best kalau biarkan semalaman kt freezer, boleh jadik aiskrim yang lemak manis bermutu disukai ramai..ekeke..ops!! terlebih sudah πŸ™‚

Nota Yanmie : Teringat dengan Mak kat kampung, dia suka minum Iced Blended Avocado nie πŸ™‚

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

25 thoughts on “Iced Blended Avocado mengancam”
  1. Dauspozi :
    salam kak Yan, Daus jakun sikit… xkenal pun buah Avocado… ekeke
    2. Susu Pekat
    3. Ais Ketul
    4. Nestum 2 sudu besar
    bahan kat atas ni mmg asas utk buat Ice Blended erk?…

    aaa..xpenah try pun buah avocado…yummmyyyy mcm best

    1. cubalah buat mmg confirm jilat gelas…hahaa

      eh nk dtg rumah blh sgt, no problem…bila2 roger dulu, tp skrg masih kt kg..eheehe, raya nnti jemput dtg rumah, akak buat special tuk menantu akak, eh…tuk besan sekali..ehehe πŸ˜›

  2. salam kak Yan, Daus jakun sikit… xkenal pun buah Avocado… ekeke

    2. Susu Pekat
    3. Ais Ketul
    4. Nestum 2 sudu besar

    bahan kat atas ni mmg asas utk buat Ice Blended erk?…

    1. Salam daus, lah yeker..ehehe yg kat atas tulah buah avocado.

      bahan asasnya untuk buat iced blended iaitu ais, buah/manisan dan perasa πŸ™‚

    1. oh yeker…camne ye rasanya coklat alpukat tu?? x pernah try lg.
      ok cuba yang akak pnya nie…confirm menjilat gelas…haha, dh buat jgn lupa bitau yea πŸ™‚

  3. yan..akak belum pernah cuba resepi ni..tapi selalu kalau ke indon akak akan minum avocad..dengan coklat..uhhh..slurpppp…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge