HIDUP SEORANG BLOGGER

Salam semua, cabaran hidup seorang blogger ada pahit, masam dan jugak manisnya. Yan start blogging 29.12.2006 bermula dengan flatform wordpress.com tetapi di sebabkan tak berapa reti nak guna wordpress.com Yan beralih ke blog.com tak puas hati dengan blog.com Yan beralih pulak ke livejournal.com dan masih jugak tak puas hati tu sehinggalah Yan blogging menggunakan blogspot. memang time nie yang meletop2 pun adalah flatform blogger iaitu blogspot.

dulu2 zaman Yan blogging tu memang tak ramai lagi yang berbelog tak macam sekarang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. dulu nak cari tutorial pun memang susah, pening jugak encik google cari, selalu tutorial yang Yan jumpa mengarah ke blog-blog jiran kita di indonesia, tapi takpe masih faham lagi…hidup seorang blogger tak macam sekarang blog tutorial berlambak, memang mudah sangat! google aje terus jumpa page kawan-kawan kita.

Yang paling tak boleh blah tu mula-mula blogging tu segala benda tempek kat blog, tempek jam, tulisan warna warni, kelip sana sini, marquee sana sini dan tak lupa siap pasang lagu tu…hahahha adoiii tapi tulah masisnya blogging nie kita bermula dari bawah, semua peringkat Yan dah rasa, kalau korang perhati entry dulu2 Yan ada je masih tinggal sejarah-sejarah lama tu, segala emoticon pun ada..ehehe jauh beza dengan hidup seorang blogger sekarang nie.

Dan sewaktu menggunakan flatform blogger lagi Yan dah berdomain sendiri dengan domain coklatstrawberry9.com tapi macam payah nak ingat ejaan domain tersebut, dan pada awal tahun ini Yan mengambil keputusan drastik, konon-konon dah matang sikit dalam blogging, Yan berpindah ke wordpress self hosting. dan membeli domain name baru, memang banyak benda yan belajar dengan wordpress self hosting nie, Yan merangkak sendiri mencari info. syukur alhamdulillah dan wujudlah blog wordpress ini, dan entry-entry di dalam blog ini adalah import dari blogspot. kiranya tidak ada 1 entry pun yang tercicir sejak Yan blogging dari hujung tahun 2006 πŸ™‚ dan entry sudah pun mencecah 1K++ dan begitulah begitulah hidup seorang blogger yang sangat addicted kepada blognye..hehehe

Hidup bergelar seorang blogger

Bila bercerita tentang kehidupan seorang blogger pulak, memang Yan ngaku Yan adalah seorang blogger tegar walaupun hakikatnya tak berapa nak faham istilah sebenar blogger tegar, adakah usia berblog atau pun kekerapan update blog di ambil kira sebagai blogger tegar??. tapi Yan dua-dua tu pun ada..wah!! korang sila jeles…*saje mengada-ngada*

Tetiap pagi sebelum solat subuh dan sediakan breakfast serta bekal untuk en.hubby pergi kerja, memang Yan akan buka blog dulu, tidak ada yang lain selain blog! sebabnya nak tengok komen-komen dari kawan-kawan walaupun hakikatnya blog ini tak ramai yang komen…hahaha lepas tu update blog, Yan lebih suka update blog seawal pagi, kadang-kadang tu malam sebelum tidur pun Yan dah sediakan entry untuk di autopublish pada ke esokan harinya πŸ™‚

Kalau balik kampung memanglah risau, risau sebab apa tau, yelah sebab hidup seorang blogger nie dia lain sikit, takut takleh nak tengok blog…hahaa see betapa addictednya Yan dengan blog sendiri. tenung lelama pun memang takkan bosan, lebih-lebih lagi tengok header yang sekarang nie..ekekke kiut! ihik…

Lagi satu kalau korang nak tahu rahsia, Yan jenis kalau dah buka blog memang takkan ingat nak berhenti dari duduk depan lappy, ada aje benda nak di godek, so sebelum nak on lappy Yan akan pastikan kerja rumah, makanan anak dan suami serta pakaian semuanya terurus. en.hubby pernah cakap dia takkan halang Yan dengan hobi Yan yang ini asalkan tahu menjaga rumahtangga dan menjaga nama baik yang Yan bawa sekarang ini “yanmie” dan tahu bagaimana hidup seorang blogger yang bergelar isteri dan jugak ibu kepada 2 orang hero.

Cabaran Hidup Seorang Blogger

Woowww yang nie best sangat! kalau takde cabaran maka takdelah rasa seronok sebagai hidup seorang blogger. yang paling best cabaran dalam mengejar trafik, seo, PR, alexa rank dan macam-macam lagilah.

Paling best bila dah guna wordpress self hosting nie sungguh mencabar compare dengan masa yan guna flatform blogger dulu. sapa yang guna wordpress self hosting tahulah macam mana kehidupan seorang blogger yang betul-betul inginkan yang terbaik buat blog tersebut, tapi mana-mana flatform pun sama aje yang penting heppiii πŸ™‚ kalau tak hepii macam mana nak hidup seorang blogger yang berjaya ye tak?

Menarik tentang Blog

Apa yang menariknya tentang blog kan, kita dapat kenal ramai kawan tak kira usia, agama, jantina, macam-macam ragam orang kita dapat kenal. ada yang baik dan ada yang tikam belakang dan macam-macam lagilah nak hurai memang berjela, tapi Yan pasti korang semua pun ada pengalaman hidup seorang blogger macam Yan jugak kan?? seronok kan…ehehe πŸ™‚

Nota Yanmie : Entry ini adalah entry Contest Hidup Seorang Blogger yang di anjurkan oleh Denaihati

Written by

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

87 comments / Add your comment below

  1. Thanks for sharing. If you are searching for help in writing you essay. The best thing you can do is to turn to professional essay writing services. It’s important to be careful and choose a trustworthy writing agency, which won’t let you down. I would recommend http://www.express-essays.com. As a rule, students don’t have any problems with this company.

  2. Some time ago, I did need to buy a good car for my business but I didn’t have enough money and couldn’t purchase something. Thank heaven my sister suggested to try to take the credit loans at reliable bank. So, I acted that and used to be happy with my short term loan.

  3. The mortgage loans seem to be very useful for people, which want to ground their own business. In fact, that is not hard to get a car loan.

  4. wah..mmg dh lama berkecimpung dalam dunia blogging ni yer..adicted sbgai seorang blogger ni mmg xdapat di nafikan lagi..sekali kene nak lagi tu..dh macam kene heroin plak..uhukz..

    ape2 pn nice entri dan saya tak bosan membcanya..hehe

  5. Gud luck k.yan…
    Entri yg memberi semangat!
    Sure 10tahun lg pon k.yan masih berblogging…
    InsyaAllah…
    Boleh nampak cinta k.yan pd hobi k.yan dan keluarga dlm entri ni…
    Tahniah dan semoga berjaya! πŸ˜‰

    1. akak mana leh lawan ngan abang judin nie…akak mengalah..ehehe abang judin kan kesayangan abang google, dulu contes hidup berani gagal menang kan πŸ™‚

  6. yeah gudluck Kak Yan, entri mantop, betul2, header flash kak yan tu yang best..lagi satu blog kak yan ringan..oic dulu pakai blogspot ek..

  7. salam singgah.. bila baca entry ni teringat masa zaman sy mula2 blog juga.. dulu suka letak macam2 widget.. tap skang tak de lah.. hehehe.. betul.. dulu tak ramai jadi bloggger.. tapi skang bagaikan setiap saat blogger dilahirkan.. huhuhu.. (^__^)

    selamat berjaya!!! (^__^)

    1. salam..tengkiu singgah sini. tulah kan bnyk benda kenangan klu nk ingat blk time mula2 blogging dulu..ehehe πŸ™‚
      btw thanks yea…amin πŸ™‚

    1. haha yan klu blk kg x risau dh sbb kt kg mak mertua dh pasang internet jalur lebar, klu blk sabah pakai je internet broadband, ehehe dpt 3g pun jadi ler πŸ™‚

  8. Patut la abang google sayang..rupanya yanmieonline ni susah nak lekang dari lappy..hiks..

    p/s Semoga berjaya ye sifu…

Leave a Reply

CommentLuv badge