Salam semua, maaf sekali lagi blog ini tidak berupdate semalam, macam nielah HIDUP SEORANG BLOGGER dalam kesibukan tu cuba jugak nak ambil peluang untuk nak update blog. Tapi semalam memang takde peluang so tu pasal tak dapat nak update…ehehe sori na…

HIDUP SEORANG BLOGGER memerlukan Yan bijak mengatur masa untuk rumahtangga dan jugak sebagai seorang blogger, maklumlah ada setengah orang tu bila dah mengadap komputer tak makan, tak minum pun takpe, tapi Yan tak boleh nak jadi macam tu sebabnya Yan ada tanggungjawab lebih besar dari seorang blogger.

Tapi seronoknya HIDUP SEORANG BLOGGER nie Yan dapat menambah ataupun mencari duit poket sendiri, di mana dengan blogging inilah Yan pernah mendapat duit bayaran dari Innity dan jugak Nuffnang yang mana begitu lumayan jugak bayaran dari kedua-dua syarikat pengiklanan tersebut, dan seronok sangat bilaΒ Duit Hasil Blogging Hadiah untuk Anak yang Yan berikan untuk mereka.

Innity ok tapi bab bayar payment sangat lemau πŸ™

Dan ada yang bertanya kenapa dah tak letak iklan innity di blog ini? Innity kena suspend ke? sebenarnya iklan innity tersebut masih lagi aktif dan masih lagi di gunakan di blog subdomain, tak caya meh ler singgah ke www.info.yanmieonline.com, blog tersebut adalah sekadar untuk blog perkongsihan, syukur blog tersebut mempunyai Unic Visitor yang agak memberangsangkan dari en.google πŸ™‚ tak perlu nak blogwalking bagai nak rak boleh aje dapat trafik dekat 500 Unic Visitor…kikiki tengkiu en.google, sebabtu Yan suka dengan HIDUP SEORANG BLOGGER yang macam nie, maybe pengalaman tu yang mengajar kita dari mula hinggalah sekarang dan di applykan ke blog yang lain πŸ™‚

Berkenaan dengan Nuffnang pulak, Yan takkan madukan nuffnang di blog ini, sebabnya Yan nampak peluang yang cerah dengan nuffnang, rasa nuffnang boleh menjamin HIDUP SEORANG BLOGGER untuk tempoh yang lama, sebabnya Yan sedang melalui hidup manis seorang blogger dengan nuffnang even tak join event yang di anjurkan tapi duit hasil blogging dari nuffnang sangat menguntungkan πŸ™‚

Dan Alhamdulillah bulan ini adalah bulan yang sangat bermakna buat blog ini dimana untuk pertama kalinya mendapat Unic Visitor sebanyak 52,357 dan Pageviews 106,916. tengok gambar bawah yea, begitu indahnya HIDUP SEORANG BLOGGER bila mendapat trafik macam nie πŸ™‚

Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak angan-angan nak dapatkan UV 50K++ sebulan dan PV 100K++ sebulan *kikiki jangan ada yang jeles na* usaha tangga kejayaan.

Dan gambar atas ni adalah dari google webmaster, dimana menunjukkan search queris dari google, wow..impression untuk sebulan blog ini di google adalah sebanyak 673,00 πŸ™‚ dan klik yang masuk ke blog ini adalah sebanyak 33,100. Ya rabbi!! patut buffered mencanak…ekekeke *mengada-ngada je*

Oklah korang, kang berjela pulak entry nie nanti..ehehe, sebenarnya entry ini adalah untuk entry contest HIDUP SEORANG BLOGGER, dan entry ini merupakan entry wajib yang ke 2 dari blog ini. Insyallah kalau ada rezeki boleh menang, kalau kalau pun tak kisah, adat bertanding ada kalah dan menang, tapi yang best dengan join kontest ini dapat improvekan teknik SEO dan jugak maybe dapat memperbaiki PR yang ada πŸ™‚

Terima kasih buat denaihati dan equrban atas pengajuran contest ini. Insyallah mudahan kalian diberikan rezeki yang melimpah dari-NYA…Amin.

Nota Yanmie : Hari nie balik Klang πŸ™‚

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

37 thoughts on “HIDUP SEORANG BLOGGER”
  1. HIDUP SEORANG BLOGGER memang mengasyikkan tapi jangan biar sampai kita terlalai untuk mendahulukan mana yang penting..:)

    Semoga berjaya yanmie…saya pun join juga cabaran SEO ni, tak ada harapan la nak menang tapi mula suka dengan permainan SEO ini.. πŸ™‚

  2. HIDUP SEORANG BLOGGER | yanmieonline.com…

    HIDUP SEORANG BLOGGER memerlukan Yan bijak mengatur masa untuk rumahtangga dan jugak sebagai seorang blogger, maklumlah ada setengah orang tu bila dah mengadap komputer tak makan, tak minum pun takpe, tapi Yan tak boleh nak jadi macam tu sebabnya Yan a…

  3. mantappppppppppp..masyukkkkkkkkk..entri dah baca habis.. best2.. harap2 boleh menang tadi search dalam google duduk rangking ke 7

    1. tengkiu, dia hanya link entry wajib aje yg dikira. blog yg pasang meta discription “HIDUP SEORANG BLOGGER” tidak di kira dan entry promo contest pun tak dikira. dari pemerhatian tadi duk tangga ke 4…ehehe tp tak tahulah blh bertahan sampai bila. kejap turun kejap naik tu..apa pun kena enjoy join contest nie sbb blh improve teknik seo dan jugak sapa tau blh improve PR πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge