Guru disiplin promosi ubat seks – Abang Power

Salam semua, yeehhaa online dari rumah tercinta di Klang, semalam baru sampai. Syukur semuanya di permudahkan. Ok macam biasa pepagi buka paper online kt internet nie, menarik minat Yan untuk kongsikan laporan berita dari MyMetro tentang seorang guru disiplin sedang giat mempromosikan ubat seks yang lebih di kenali sebagai abang power. Yan sendiri dah view website tersebut…ooppss!! yelah nak tengok power ke tak kan…ehehe

PROMOSI…laman web milik guru terbabit.

Cuma tulah tak sangka pulak seorang guru boleh mempromosikan tentang produk perangsang seks ini kepada pelajarnya sendiri. aiyoo tak mau komen pepanjang, korang bacalah sendiri berita bawah nie an sertakan sekali.

JOHOR BAHRU: ‘Cikgu Power.’ Itu gelaran untuk seorang ketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabit kepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.

Guru lelaki berusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman web di Internet dan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadi pelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa.

Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar.

Bapa pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Min berkata, dia terkilan apabila mengetahui ketua guru disiplin itu penjual ubat kuat seks dan memiliki laman web sendiri bagi mempromosikan barangan berkenaan.

“Lebih mengejutkan, guru itu sanggup memaparkan gambarnya di laman web itu tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap profesion perguruan dan mencalarkan imej serta nama baik sekolah.

“Dia sepatutnya menjadi contoh baik dan bukan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual produk seumpama itu,” katanya di sini, semalam.

Min mula menyedari perbuatan tidak bertanggungjawab guru itu selepas mendapati anaknya yang belajar di sekolah itu membawa pulang beberapa risalah bertajuk ‘Abang Best’.

“Saya terkejut kerana laman web produk itu yang tercatat pada risalah memang wujud dan ia bertujuan mempromosikan sejenis gel bagi mengatasi masalah ejakulasi pramatang.
“Laman web itu amat tidak sesuai bagi tatapan pelajar kerana ia boleh membawa pengaruh buruk dan penularan gejala sosial,” katanya yang berharap guru terbabit dikenakan tindakan bagi mengelak perbuatannya berterusan.

“Saya berharap Jabatan Pelajaran Johor memandang serius perkara itu,” katanya.

Ibu bapa pelajar sekolah itu juga ada membuat laporan di Balai Polis Skudai di sini, pada 16 Ogos lalu selain mengemukakan aduan kepada pihak pengurusan sekolah.

Aduan turut dikemukakan di Jabatan Pelajaran Johor selain Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Sufa’at Tumin, berkata pihaknya menerima aduan ibu bapa pelajar berkaitan dakwaan terhadap guru terbabit dan siasatan terhadap guru itu dijalankan.

“Kami perlu meneliti pekeliling pelantikan jawatan sebagai guru sama ada membenarkan seseorang untuk berniaga di luar. Kami juga akan menyiasat dakwaan yang menyatakan guru terbabit cuba mempengaruhi pelajar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber MyMetro dan Infoyanmieonline

So apa komen korang tentang kes nie?? bagi Yan lah kan, kot ye pun nak menambah pendapatan janganlah sampai mencari jalan pintas di mana dengan mempromosikan barangan tersebut kepada pelajar sendiri, memang banyak keburukan yang Yan nampak bila seorang pelajar tu di berikan risalah tersebut dan menatap laman web tersebut, seolah-olah cikgu tersebut mengalu-alukan pelajar dia buat macam tu. banyak lagi cara lain yang boleh cikgu buat untuk menambah pendapatan asal tidak melanggar etika perguruan, tapi itu komen Yan je…

Korang punya komen pulak camne?? meh kongsikan di sini…

Nota Yanmie : Aiyooo tak tau nak kata apa dah 😛

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

36 Comments

  1. rasa dengki anak murid terhadap guru disiplin sampai macam nih skali, aku yang dah 5 tahun kat skolah situ tak pernah plak tengok dia menjaja sana sini, murid nak bertegur pun jarang sekali. mungkin ada benda disebalik semua ini. hanya yang maha esa sahaja yang boleh menentukannyaa samada benar atau palsu.
    kta manusia hanya dapat mendengar dan bercakap sahaja, penglihatan yang tiada terhad adalah milik nyaa.
    delima merah recently posted..Lembu siapa yang terlepas ni?My Profile

  2. bangaNG BTL CIKGU NI….jgn beli la produk cikgu ni…penipu besar…sy dah beli prdk vimax dari website ini abangpower.com….sah sah sy kena tipu…dia jual yang tiruan punya..makan sebiji terus berdesing kepala saya…saya dah rEport dgn KKM..TTG PEMILIK Website ni yang kononnya CEO…PI BLAH LA CEO….PEMBOHONG BESAR,,,KEPADA ORG KAT LUAR SANA TU…JGN LA KORANG TERPEDAYA BELI PRDK2 YG TERDAPAT DI WEBSITE abangpower.com…semua penipu,…babi sial punya my zaman lahanat…butuh mak ko…

  3. ahm :
    ni cikgu gila sexs ni.. macam ni pon ada juga ke.. mana budak sekolah tak banyak buang bayi.. semu kerana produk abg power nilah.. merepek betul cikgu ni.. korang cari web site dia..hehehe

    mesti da da cabul student2 dia kan..ish3..cikgu3

  4. ini dinamakan cikgu disiplin yang bermasalah disiplin. Mn boleh membuat kerja lain diwaktu bekerja.. pastu promosi ubat kuat kat bdk bwh umur plak tu. ape budak tu nak buat?

  5. apa yang cikgu tu buat tak salah ..dia mempromosi barangan yang di jual.tapi yang menjadi isu kerana cikgu tersebut menjual ubat seks..masyarakat malaysia kurang senang tetapi perniaggan nye sah..sebab cikgu sekolah kena tengok dan siasat betul-betul..cikgu nie betul-betul bizniz sebab dia sertakan info diri tak ramai yang berabi buat mcn tu.

  6. Setuju dgn Aminkanda.sume tu fitnah jer,memang budak tu ada masalah displin,bapak dia buat kecoh.dgar cite cikgu ni nak saman malu dkt bapak budak ni..kita jgn nak salahkan sebelah pihak jer,,last2 kita gak yg dpt dosa

  7. dengar2 cikgu tu telah ditukarkan ke sekolah sy…tp sampai sekarang x lapor diri lg…msti dia segan sumer org dh tau kes dia….

  8. Betui ke cerite tu. Dua Internet ni macam2 ada , teman dengor cerita bapak budak tu je yang nak buat hal. Anak ade masalah didisiplin kot, yang jadi mangsanya cikgu disiplin gak. Bg teman , siasat abih2 , jgn tuduh danj cerite semberono je. Kata kat orang memang sedap , kalau mike kene baru tau.

  9. cara promosi x salah o betul o x kena…..barang dipromosi n sasaran jualan tu yang salah….hikhikhikhikhik….jual la ngan bala cikgu d sekolah…..lbh senonoh…..

  10. mengancam ke bini dia???hahaha…aku tgk xde pn…ni la punca budak2 skolah skg gile sex…huhuhu..nk jual produk bleh..tp agak2 la nk promote kt budak2 skolah…xleh blah…

  11. Dulu saya ada beli barang dari web nie…tahun lepas saya baru tahu bahawa barangan yang dijual adalah tiruan.Itu pun setelah saya terjumpa satu video bagaimana nak mengenali produk tiruan

  12. you all nak tau..cikgu ni mmg mengancam kat sekolah banyak peminat sehh..anak murid yang gatal2 pun kadang terpesona..cikgu nie kat sekolah saya..bini pun mengancam sebab tu dia boleh bercerita yang dia pernah guna produk tu..cuma silap dia, promote kat budak-budak sekolah..kan dah kantoi..

  13. tgk dari dekat cikgu nie mmg power, isterinya pun mengancam giler..so nak salahkan dia pun susah sebab dia nak tlg org lain cuma yg jadi kesalahan dia promote kat bebudak tu yg jadi isu…

  14. stendet la bisnes online..rasanya x salah..cma silap promosi je..promote kat bdk2 bwh umur tu je salah….

    jgn krn bisnes cikgu ni…habis semua cikgu nk di tuduh…..itulah nasib guru2 di malaysia…silap sikit semua kena..

    • Salam, yep mmglah nk tmbh pendapatan on9 tu x salah..cuma cara promosi tu x betul.

      memang setuju dengan anda, kerana seorang cikgu buat bisnes mcm nie habis semua cikgu dapat nama dek hal macam nie.

      moga jadi pengajaran buat semua.

  15. ni cikgu gila sexs ni.. macam ni pon ada juga ke.. mana budak sekolah tak banyak buang bayi.. semu kerana produk abg power nilah.. merepek betul cikgu ni.. korang cari web site dia..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge