Salam semua, lebih kurang 3 minggu sahaja lagi kita akan menyambut bulan ramadan, korang macam mana dah buat persediaan nak menyambut bulan ramadan almubarak? puasa dah abis ganti ke belum? ehehe, jangan ada yang senyap-senyap kata dah ganti walhal tak ganti tu..keh3…

Google Images

Ok disini Yan kongsikan beberapaTips berbelanja dibulan puasa, ada setengah orang berpendapat di bulan puasa perbelajaan rumah dapat dikurangkan, tapi tidak bagi Yan, Walaupun bulan puasa dikatakan bulan mengekang nafsu namun masih ramai di antara kita yang masih tidak dapat melakukannya terutama dalam menghalang nafsu berbelanja. Ada yang berpendapat sama dengan Yan??…meh angkat tangan siapa yang dapat berjimat dalam bulan puasa??? ada?? good!!!

Meh kita tengok tips berbelanja di bulan puasa aka bulan ramadan almubarak. Tips ini Yan dapat dari Majalah Wanita MyMIL keluaran BIL 1092, so cekkidautt :)

1. Jangan terburu-buru membeli barang murah

Sewaktu melihat  jualan murah berlangsung di kompleks membeli belah, jangan sesekali terburu-buru membeli barangan yang di lihat murah. Fikirkan dahulu sama ada anda memerlukannya atau tidak. Sekiranya anda sudah memiliki barangan tersebut, jangan beli. - Yes setuju!!

2. Bandingkan harganya

Jangan tertipu dengan papan tanda jualan murah kerana harganya mungkin mahal daripada harga sebelum diskaun. Untuk mengelakkan diri dari tertipu tidak salah anda bandingkan harga barang yang ingin anda beli di kedai yang tidak melakukan potongan harga. – Yang nie memang Yan takde banding-banding dah..berkenan terus sambar, adoyaiii harus berubah!!

3. Bawa Teman

Salah satu untuk memastikan anda tidak boros, bawalah teman ketika membeli belah tetapi pastikan teman yang anda bawa tidak boros seperti anda. Adanya rakan yang menegur anda cara berbelanja mungkin membuatkan anda berfikir dua kali dalam berbelanja. – Yep betul, en.hubby Temanku terbaik, kalau dengan kawan pasti kelaut…ehehe

4. Buat Senarai

Sebelum anda keluar rumah dengan tujuan untuk membeli belah, buatlah senarai barang yang ingin anda beli. Pastikan anda tidak membeli barangan yang tiada dalam senarai. – Aiyoyo..nie Yan selalu macam nie, dah ada senarai pun still terbabas jugak..huhu!!

5. Peruntukkan jumlah wang untuk berbelanja

Pastikan anda mengehadkan jumlah wang gaji anda untuk tujuan membeli belah supaya anda tidak menghadapi masalah sesudah musim raya. Jangan biarkan wang poket anda mengalir seperti air tanpa had sewaktu berbelanja. – Kena ingat nie yanmie oiii!!!

6. Jangan boros waktu berbuka

Anda bukan sahaja rambang mata ketika melihat potongan harga di pusat membeli belah pada musim raya, melihat makanan di pasar ramadan jugak mungkin menyebabkan anda hilang pertimbangan. Sebaiknya sebelum keluar dari rumah untuk ke pasar ramadan tetapkan terlebih dahulu makanan apa yang ingin anda nikmati sewaktu berbuka puasa nanti – Sila percaya Yan dengan en.hubby memang amalkan tips yang nie :)

Nota Yanmie : Baju raya korang berapa pasang? wah!! puasa pun tak lagi..kuikuikui :)


24 Thoughts on “Tips berbelanja di bulan puasa

  1. Pingback: Lafaz Niat Puasa Ramadhan dan Berbuka | yanmieonline.com

  2. Pingback: Jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2010 | yanmieonline.com

  3. tgh tren anak hafal niat puasa.. hihihi!!

  4. Sedar tak sedar dah nak masuk Ramadhan dah. Aduyai. Sekejap betul masa berlalu kan. Huhu berbalik pada tajuk, Zida rasa kan, lagi best masak sendiri daripada nak beli-beli ni. Macam membazir je kot. Heheh
    Zida recently posted..Abby Abadi Suatu Masa Dahulu dan KiniMy Profile

    • betul tu zida rasa mcm kejap je kan nk puasa dh…mcm kakyan selalu msk sendiri, kadang2 je gi pasar ramadan..selalu pesan kt abang je nk beli apa kt pasar ramadan, klu akak yang pergi alamatnya rambang mata..haha

  5. Bulan puasa
    bulan pembazirannn
    jauhkanlah sikap dari membazir
    nice entri :)

    New Entry Prof-Hariz
    Gangguan Seksual Lelaki
    ProfHariz recently posted..Menutup Aurat Mengikut SyariatMy Profile

  6. Farhatul Hakimah on July 25, 2010 at 12:25 pm said:

    RT @kujie: RT @yanmie: Tips berbelanja di bulan puasa http://bit.ly/dvKXAT

  7. Pingback: Tweets that mention Tips berbelanja di bulan puasa | yanmieonline.com -- Topsy.com

  8. Wahh… thx kak, bab2 beli belah kat bazaar ni mmg daus diharamkan pegi coz mata rambang… sume benda nak time lapar… hoho
    Dauspozi recently posted..Ben Nyah – Blogger Baru Atau PendengkiMy Profile

  9. baju raya 2 pasang jea x banyak =)

    akak punye berapa pasang ? hehe
    zqah recently posted..Buffered Earning dah jadi Metered EarningMy Profile

    • eh bnyk ler tu..ehehe akak pun sama 2 psg gak..xtau ler klu saat2 akhir bertambah..ekeke tp rasanya 2 tu je sbb baru raya thn lepas ada xpakai lg sehelai

  10. cikmin on July 25, 2010 at 9:33 am said:

    tips yang bagus..

    akak takde baju raya yang tempah sebab amoi cina tu tak mahu ambil dah..padahal akak hantar awal bulan julai tu.. :(
    cikmin recently posted..Ayam Kicap LimangMy Profile

  11. RT @yanmie: Tips berbelanja di bulan puasa http://bit.ly/dvKXAT

  12. Blog Updated : Tips berbelanja di bulan puasa http://bit.ly/dvKXAT cekidaudd :)

  13. Blog Updated : Tips berbelanja di bulan puasa http://bit.ly/dbKJEH cekidauttt :)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation