Salam semua, entry ini untuk orang yang dah kawen ok! yang tak kawen lagi pun boleh jugak baca untuk pengetahuan di masa hadapan. sebenarnya tajuk entry ini sangat penting untuk mereka yang dah berumah tangga, jangan pandang remeh hal ini…kang nanti pasangan cari lain naya pulak…nnggee~~

Ok berbalik pada tajuk entry ini. masalah kurang nafsu seksual sering kali menyebabkan ramai yang sanggup berbuat apa saja untuk mengatasinya, daripada ubat-ubatan tradisional yang belum dapat dipastikan keberkesanannya hinggalah rawatan moden yang menelan belanja ribuan ringgit.

Semua sanggup dicuba untuk meastikan hasrat seksual yang telah menurun kembali menggebu. Namun begitu ramai yang tidak menyedari bahawa masih terdapat cara lain yang lebih selamat dan murah untuk memastikan bahawa hasrat seksual yang kian berkurung itu kembali membara :)

Antaranya adalah dengan mengambil makanan yang tepat, berikut dibawah adalah makanan yang boleh membangkitkan ghairah seksual yang boleh anda masukkan kedalam menu sekiranya hasrat seksual menurun…nnggee~~

Saderi aka Celery

Daun Saderi tergolong dalam kategori ulam yang pada kebiasaan dimakan dengan nasi mengikut sajian masyarakat Melayu. la merupakan sumber makanan yang boleh meningkatkan rangsangan seksual kerana daun saderi mengandungi sebatian androstron, iaitu sejenis hormon tanpa bau yang biasanya terhasil melalui peluh lelaki. Hormon ini dikatakan mampu membuat wanita terangsang.

Tiram

Tiram terkenal sebagai makanan laut yang kaya dengan zat besi, dapat meningkatkan jumlah sperma serta pengeluaran testostron. Selain itu, ia juga mengandungi dopamin, iaitu hormon yang dikatakan boleh menaikkan ghairah seks. Kaedah memakan bersama dengan pasangan kelamin menambahkan permainan kelamin dan erotis.

Pisang

Pisang mengandungi enzim bromelin yang dipercayai boleh menaik dan memperbaiki tenaga batin lelaki. Sebagai buah tropika, pisang merupakan sumber kalium dan vitamin B seperti riboflavin, yang meningkatkan tenaga badan.

Aprikot

Penduduk Aztecs menyebut buah aprikot sebagai buah testis. la mampu menurunkan risiko strok dan serangan jantung kerana ia satu-satunya buah yang kaya dengan lemak (dua kali ganda dengan jumlah lemak yang terkandung dalam durian). la turut mengandungi beta karoten, klorofil, vitamin E dan vitamin B kompleks. Aprikot dikatakan boleh membantu meningkatkan stamina seks. Kandungan asid folik melancarkan metabolisme protein dan menaikkan tenaga tubuh. Gabungan dua unsur, vitamin B6 (nutrisi yang membantu meningkatkan pengeluaran hormon lelaki) dan kalium (membantu melancarkan kelenjar tiroid) diyakini boleh membantu meningkatkan ghairah seks lelaki dan wanita.

Kacang Badam

Aroma atau bauan yang dikeluarkan oleh kacang badam dikatakan mendorong meningkatkan hasrat seks wanita. Kaedah yang digunakan dengan menyalakan beberapa lilin aroma terapi yang berperisa badam dan bauan yang terhasil akan membangkitkan ghairah seksual. Selain itu, kacang badam ini juga boleh dimakan begitu saja selain menambahkan pengeluaran sperma lelaki.

Avokado

Kaya asid folik yang membantu metabolisma protein untuk menambah tenaga. Buah ini jugak kaya vitamin B6 (zat yang meningkatkan penghasilan hormon lelaki) dan potassium (yang mengatur kalenjar tiroid pada wanita), dua elemen yang dapat membantu meningkatkan libido lelaki dan wanita. Memadai dengan memakan avokado yang sudah masak.

Telur

Meskipun bukan termasuk dalam jenis makanan yang paling sesuai, telur kaya vitamin B6 dan B5. Telur membantu menyeimbangkan tahap hormon dan memerangi stres, dua perkara penting bagi pebangkit ghairah. Telur jugak simbol kesuburan dan kelahiran kembali. Kalau anda biasa mengambilnya secara mentah, teruskan sahaja mengamalkannya terutamanya sebelum berhubungan intim kerana ia akan meningkatkan tenaga.

Buah Ara

Kaya kandungan asid amino yang diyakini mampu meningkatkan ghairah seksual. Buah ini jugak dapat meningkatkan staminal seksual. Santaplah buah ara yang masih segar.

Bawang Putih

Walaupun baunya kurang sedap untuk mulut, tapi cukup bagus untuk organ seksual. Bahan yang kaya allicin ini mampu meningkatkan aliran darah ke organ genital membuatkan anda cepat terangsang. Daunnya jugak dipercayai mampu meningkatkan ghairah dengan cepat.

Coklat

Kaya alkolid jenis theobromin yang mengandungi phenylethylamine yang dipercayai menghasilkan perasaan ‘dicintai’. Sebagai bonus, dark chocolate sangat kaya dengan antioksida, yang sangat bagus untuk tubuh kerana fungsinya membantu siste kekebalan tubuh.

Fuh….tudia panjang giler, fenat eden naipnye…takpe sharing is caring. Info dari Majalah Wanita BIL 1106


Nota Yanmie : Woooww teruja baca pasal nie tadi…hehehe :)

18 Thoughts on “Makanan pembangkit ghairah seksual

  1. tq byk. info yang amat berguna. sekarang baru tahu…tp kalo belum kawen x bole amalan ke? ade kesan ke?

  2. Buah ara tu betul. kalau makan dia memang ghairah giler

  3. Pingback: Makanan pembangkit ghairah seksual | info.yanmieonline.com

  4. agnes monika on August 17, 2010 at 2:46 pm said:

    hai yanmie wat pa skank he? awak sihat ker

  5. agnes monika on August 17, 2010 at 2:44 pm said:

    yes thank you

  6. agnes monika on August 17, 2010 at 2:44 pm said:

    hai awak buat apa skang

  7. hehehe selalu gak amal mknan ni :P
    edy recently posted..Perlakon Komedi Terkenal Positif DadahMy Profile

  8. Blog updated : Makanan pembangkit ghairah seksual http://bit.ly/du439H

  9. hahaha…..saya suka pisang, bahaya tak? tapi dah kawin….heee

  10. Hik3,pisang dan coklat memang berkesan..kena cuba yg lain2 ni..hik3…
    eyriqazz recently posted..Senarai Hotel Miliki Sijil Halal 2010My Profile

  11. Pingback: Tweets that mention Makanan pembangkit ghairah seksual | yanmieonline.com -- Topsy.com

  12. hehe wonderpet suka makan daun saderi
    x-po recently posted..NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KEMy Profile

  13. Phewitt… RT: @yanmie: Blog Updated : Makanan pembangkit ghairah seksual http://bit.ly/9S2FIG

  14. Blog Updated : Makanan pembangkit ghairah seksual http://bit.ly/9S2FIG

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation