Salam semua, sedang Yan taip entry ini Yan sambil-sambil layan Drama terbaru di TV3 iaitu Drama 8 Bulan tajaan HSBC. menarik jugak buat permulaan episode 1 8 bulan nie. Lakonan pasangan suami isteri iaitu rashidi ishak dan jugak Vanida imran. Drama ini mula ditayangkan pada malam ini iaitu 25hb Jul 2010. setiap hari ahad pukul 10.30 malam dan semestinya di TV3 🙂

Untuk Episode 1 Drama 8 Bulan nie menarik sangat sebabnya ada unsur-unsur lawak sedikit, sehinggakan ada jugak 2-3 orang rakan yang tweet pasal drama 8 bulan ini..ehehe. so jom cekidaut pasal Sinopsis 8 Bulan




Sinopsis 8 Bulan di TV3

Linda seorang yang obsesif-kompulsif, tegas dalam pendiriannya dan tahu apa yang dimahukan. Berbeza sekali dari Faizal.

Faizal seorang yang suka bersahaja. Hobinya mengumpul barangan mainan robot. Namun begitu, mereka pasangan yang memang padan, masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan sendiri.

Bertugas di pejabat yang sama, Linda memegang jawatan sebagai pengurus pemasaran. Faizal pula, meskipun lebih cenderung kepada perniagaan, hanya bergelar pereka grafik.

Sebagai seorang wanita yang pentingkan kerjaya, Linda tidak mahu menjadi seperti kakaknya, Nisa. Nisa telah berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada dua orang anaknya.

Seringkali mendengar aduan Nisa tentang anak-anaknya yang sukar dikawal, Linda berterima kasih dia tidak mempunyai cahaya mata. Berlainan pula Faizal, yang memang mendambakan seorang anak.

Kerjaya Linda mencatat satu lagi peningkatan apabila dia diberi peluang untuk menggantikan tempat seorang pengurus kanan yang sarat mengandung, dan akan berhenti kerja tidak lama lagi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Bagaimanapun, kegembiraan Linda tidak berpanjangan bila disahkan mengandung. Ini kerana bos-nya tidak menyukai wanita mengandung bekerja di syarikatnya kredit to FB 8 Bulan

So sama-samalah kita tengok episode lanjut Drama 8 bulan ini. sangat best buat permulaan..harap2 endingnya pun best!! drama ini bukan setakat drama, malah rasanya memang ramai yang mengalami situasi ini. so teruskan kesetiaan bersama TV3..yeeehhhaa~~

Nota Yanmie : suka bila shidi kata lekat dah jatuh…hahaha

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

31 thoughts on “Drama 8 Bulan di TV3”
  1. yaa i lyke citer ni besh kelakar..dah membuat saya berpkir ttg kehidupan berumahtangga bg yg ingin mendirikan rumah tangga…sweet drama and nice to watch it..

  2. ish yie ni..kene tgk dulu baru taw..citer ni mmg besh…pelakon die po mmg seswei bwk watak tu…yaa sokong dgn keyataan yanmie tu..mengajar kite utk merancang kewanganan melalui drama…its just sweet drama for me

    1. situasi yang dipaparkan dalam drama nie banyak sebenarnya terjadi pada kalangan kita. so memang best tgk drama nie, banyak pengajaran yang boleh di ambil, terutamanya untuk pasangan yg baru berkahwin dan baru nak menimang cahaya mata…maklumlah kos hidup semakin bertambah, so kena bijak merancang kewangan 😛

    1. ye betul tu akak tgk pun mmg best!
      wah tunggu apa lagi…silakan production…eheehe kakyan lmbt lg..maybe 2-3-5 thn lg kot…haha blm plan 😛

    1. yes betul tu asraf..situasi semalam tu berlaku pada sesiapa sahaja, maklumlah nak ada orang ke tiga nie duit pun kenalah lebih..tu pasal drama nie cerita pasa bagaimana nak merancang kewangan….tapi baru episode 1..kita tgk pulak episode seterusnya pasal apa 😛

      1. erk!!! tu awak baca je tp awak x tgk..drama nie berkisarkan realiti kehidupan, bagaimana mereka merancang kewangan mereka, lebih2 lagi bila akan wujundnya orang ke tiga yang mana akan memerlukan perbelanjaan yang lebih, drama ini jugak mengajar bagaimana merancang kewangan. tapi takpe terpulang pada pendapat masing2.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge