Bahaya bermain sorok-sorok bagi kanak-kanak

by yanmie on July 29, 2010

Salam semua, baru kejap tadi baca berita kat Metro Online, Berita sorotan Global. Berita tentang seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut dalam kejadian terperangkap di dalam mesin pengering pakaian ketika bermain sorok-sorok semalam.

Google Images

Sebenarnya perkara ini terjadi pada anak-anak siapa pun, sebab itu kita sebagai ibu bapa harus tahu dimana anak kita bermain, dengan siapa anak bermain, permainan apa yang anak main, sekiranya kita bersikap sambil lewa maka inilah jadinya, malang itu tidak berbau tapi kita boleh mengelaknya sebelum terjadi. Peringatan buat diri sendiri jugak!!

Perkara nie pernah terjadi pada anak buah Yan jugak, yang masa nie anak buah Yan masih kecik. umur berapa pun tak tahu, macam mana boleh termasuk dalam mesin basuh pun Yan tak tahu sebab Yan tak tengok pun situasi tersebut, hanya mendengar cerita dari MIL…ehehe *jangan ada yang marah Yan share disini…nnggee* syukur takde apa yang buruk berlaku.

Sebenarnya pada kanak-kanak yang masih kecil, mereka menganggap apa yang mereka buat dan lihat semuanya boleh di jadikan bahan mainan, so sekiranya apa-apa yang berlaku kita tidak boleh menyalahkan anak tersebut, maka kita sebagai orang tua lah harus berhati-hati sebab kita yang lebih tahu segalanya dari mereka, apa yang boleh, apa yang tidak boleh, mana yang baik dan mana yang buruk.

Macam anak-anak Yan, kalau diorang bermain secara senyap tak dengar suara bermain memang Yan akan jenguk apa yang sedang diorang buat. sebab anak-anak nie lagi bahaya kalau diorang bermain secara senyap, kita tak tahu dan tak perasan apa yang diorang sedang lakukan. So pada Yan better anak-anak bermain didepan Yan, senang Yan nak awasi segala pergerakan diorang. even tengah bertenet pun..punggah sekali laptop depan diorang :) kalau diorang duk senyap bermain memanglah ada benda tak baik yang berlaku. contohnya masa kebakaran hari tu :( nasib baik tidak ada apa yang teruk, cuma cat balik bilik yang terbakar, dan ada jugak beberapa barang berharga yang terbakar, tapi takpelah anggap aje bukan rezeki. redha dengan apa yang berlaku dan bersyukur sebab ianya tidak membabitkan nyawa. dan seterusnya kejadian tersebut mematangkan Yan dan en.hubby.

Disini Yan kongsikan laporan berita tersebut yea, Yan tau tidak semua yang rajin membaca Surat Khabar even dah ada yang online pun…ehehee so cekidautt :)

LONDON: Seorang budak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam mesin pengering pakaian ketika bermain sorok-sorok, semalam.

Sonny Gibson dilaporkan gagal keluar dari alat itu selama lebih sejam ketika keluarganya dan polis kelam-kabut mencarinya di kawasan padang berhampiran.

Selepas gagal menemui Gibson, mereka mengalihkan gerakan mencarinya di rumah.

Hanya selepas itu ibu Gibson, Anne Shepherd, menemuinya dalam keadaan longlai.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan pasukan paramedik, Gibson gagal diselamatkan dan disahkan mati tidak lama kemudian.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada mesin pengering pakaian itu berfungsi ketika Gibson bersembunyi di dalamnya.

Penyiasat juga masih belum menentukan sama ada mangsa kelemasan akibat kekurangan oksigen di situ.

Ketika kejadian, Anne, 40-an, dikatakan pergi membeli-belah di bandar berhampiran, Ashbourne, di Derbyshire, kira-kira jam 10 pagi.

Gibson diletakkan di bawah pengawasan kakak dan abangnya.

Namun, jiran berkata, dia dimaklumkan Gibson mungkin bermain sorok-sorok ketika abang dan kakaknya tidur. – Agensi, sumber dari myMetro

So awasilah setiap pergerakan anak-anak kita, sebenarnya permainan main sorok-sorok ini tak baik, secara tidak langsung ianya mengundang bahaya, tengok aje berita atas tu…sangat menyedihkan!!

Nota Yanmie : Aiyooo bizii lor….hari2 belajar memandu, so kansel balik Klang….huhu :(

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 30 comments… read them below or add one }

Hafizul May 6, 2012 at 3:06 am

Fuuhhh bahaya main sorok2..ingat nanti anak dah besar nak ajar dia main sorok2..emm cancel niat tu..
Hafizul recently posted..Siri #02 – Penjelajahan Mentransformasi Laman PICTBMy Profile

Reply

cikgu azim April 26, 2012 at 11:21 am

sokong 100%
cikgu azim recently posted..Watak Realistik Dragon BallMy Profile

Reply

RedBoy July 31, 2010 at 3:14 pm

sgt bahaya..takut bila RB dgr.. kena hati2 lps ni.. kakyan ada twitter x? nk add..
RedBoy recently posted..Abdullah Bin Jaafar Yang DermawanMy Profile

Reply

yanmie July 31, 2010 at 4:01 pm

memang bahaya, tulah kena selalu tgk apa yang anak2 buat.

nie akak pnya twitter http://twitter.com/yanmie

Reply

zida July 30, 2010 at 6:55 am

betul!! zida pun kekdg takut gak ade pape yg jadi kat adik-adik. ye la. zida kan anak sulung, anak sendiri mana ade lagi hahah sekarang ni la zida kena awasi diorang sume..

Reply

yanmie July 31, 2010 at 8:31 am

tulah zida, kita kena selalu awasi diorang..kadang2 diorang nie suka main senyap2 so kita tak tau apa yang diorang tengah buat…

Reply

purnama July 30, 2010 at 2:47 am

subhanallah…. kesiannya budak tu

btw budak2 kecik mmg mcm tu…kalau senyap ja mesti ada yg tak kena… haiz…kena perhati diorg ni betul2.. time membesar ni …ada ja lah ideanya

Reply

yanmie July 31, 2010 at 8:30 am

yes kak mmg kesian. betul tu klu senyap je adalah benda yang tak kena diorang buat tu…takut betul lah…ades

Reply

x-po July 30, 2010 at 1:17 am

selalunya tgk org akan wat pagar kat bahagian dapur, xnk bg bdk2 msk ke dapur
x-po recently posted..NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KEMy Profile

Reply

yanmie July 31, 2010 at 8:29 am

yes betul, tp itu biasanya untuk anak kecil, klu untuk anak yang dah pandai sikit biasanya diorang x pasang pagar tu..adeh..cam akak ler nie..huhu..minta dijauhkan…

Reply

akuzle ayu July 30, 2010 at 12:52 am

ciannyer kt budak tuh….. tak tau aper2…
akuzle ayu recently posted..Sakit Mata DakMy Profile

Reply

yanmie July 31, 2010 at 8:28 am

yep betul tu mmg kesian..huhu

Reply

edy July 29, 2010 at 10:09 pm

ish cam x de tempat lain ker dia nak nyorok..adeh tp budak bkn akibatnye dorang syok main je
edy recently posted..Jangan Terlalu Lama……My Profile

Reply

yanmie July 31, 2010 at 8:28 am

tulah kena jaga betul pergerakan anak2 nie..risau wooo yg bahaya tulah diorang nak main.

Reply

mus99 July 29, 2010 at 9:40 pm

Memang banyak berlaku, kanak-kanak tersangkit dalam lubang tandas pun ada, dan macam-macam lagi.

Tips untuk elakkan anak lemas di dalam bilik mandi, gunakan penutup pintu automatik (biasanya dipasang di bahagian atas pintu) seperti yang digunakan di pejabat-pejabat, supaya anak-anak kecil tak boleh masuk ke bilik air tanpa kita sedari kerana pintu sentiasa tertutup rapat.

Ini pesanan kawan saya yang punya anak kecil yang ramai so susah nak kawal.
mus99 recently posted..Gangguan Aliran DarahMy Profile

Reply

yanmie July 31, 2010 at 8:27 am

yes betul tu mus, yang pelik tu camne blh tersangkut dlm lubang tandas tu..adeh tetiba risau lak dengan anak, sebab lah nie dia dh pandai ke tandas sendiri…tapi saya temankan lah. takut time saya x tau tu..*peringatan gak nie, thanks!*

btw thanks for sharing yea…

Reply

qimie July 29, 2010 at 4:32 pm

kalau ada air panas dalam cerek atas dapur tu yang kena jaga betul2.. kadang kita tak sedar pun ada anak yang pergi ke dapur..

risau juga.. kita ada anak kecil2 ni.. minta – minta dijauhkan…
qimie recently posted..Kemuncak Imam MudaMy Profile

Reply

yanmie July 31, 2010 at 8:25 am

yes betul tu qimie, akak memang jaga betul yang nie. mmg klu akak tgh masak apa2 pun kt dapur mmg akak xbg diorang masuk atau main kt dapur. sblm akak masak akak siap2 brg mainan / buku2 untuk diorang…kalau tak mesti diorang meyibuk kt dapur. bahaya woo..buatnya kita terleka diorang amik alih tmpt kita lak…huh..mintak di jauhkan.

Reply

kozumi_ro@budak nakal July 29, 2010 at 12:55 pm

huhu…bahaya sungguh…selamat aku time kecik2 dlu main permainan kampung jek…hahaha<<<mcm lari topik jek

Windu nak main galah panjang,konda kondi, kikiki……..
kozumi_ro@budak nakal recently posted..Iklan penaja Munchys Contest LB My Profile

Reply

yanmie July 31, 2010 at 8:24 am

hahahaa bestkan koz klu nk ingat zaman kanak2 dulu..

Reply

eyriqazz July 29, 2010 at 11:36 am

fuhh,kesiannya….bahaya juga main sorok2 ni…teringat main sorok2 selipar kawan masa kecil dulu..timbus dlm pasir..tup2..hilang betul dan gagal dicari..seb baik kedai selipar dekatje,…
eyriqazz recently posted..Betulke Nuffnang RacistMy Profile

Reply

yanmie July 31, 2010 at 8:23 am

yes betul tu mmg bahaya, klu kita tgk benda nie remeh je tp yang remeh tulah selalunya mengundang bahaya…huhu

Reply

cikmin July 29, 2010 at 10:43 am

ishhh..bahaya betul la budak tu..dalam mesin pun dia nak main..sape la kasi idea bernas tu..

Reply

yanmie July 31, 2010 at 8:22 am

tulah pasal kak, budak2 nie apa yg dia nampak semua diorang ingat mainan, bahaya tu mmg diorang x nmpk dh klu dh seronok sgt bermain.

Reply

cikmin July 29, 2010 at 10:40 am

yan…dah dapat lesen bau balik klang…sori out of topic..hihihi..

Reply

yanmie July 31, 2010 at 8:22 am

haha yan balik kejap je kak..:P

Reply

zqah July 29, 2010 at 9:37 am

kadang2 takut jugak nak tinggal budak2 pastu kita nak pergi dapur ke .. tandas ke .. mesti kena minta tolong orang lain perhatikan .. huhu
zqah recently posted..Lagu Tema OST Duyong AridinataMy Profile

Reply

yanmie July 31, 2010 at 8:21 am

yes betul tu..klu akak nie memang x ketandas ler jawabnye :)

Reply

kakngah July 29, 2010 at 8:37 am

btl tu…
kalu diorg senyap jek.. ada la bende yg x sepatutnya diorg buat main…

Reply

yanmie July 31, 2010 at 8:21 am

ye kakngah, klu anak2 yan nie mmg jenis mcm tu lah..klu senyap je adalah tu diorang buat :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: