Sultan Brunei dan Azrinaz bercerai
Salam semua, pagi tadi baca kat blog CikMin terkejut jugak pasal berita perceraian Azrinaz Mazhar Hakim iaitu bekas wartawan penyiaran TV3. Tak cukup dengan sumber yang Yan baca, Yan terus je gagah menggoogle tentang kes perceraian Azrinaz nie. Dulu minat seh dengan dia 

Gambar sumber dari pakcik google yang tampan 
Sangat terkejut dengan berita ini, mana tidaknya rasa macam takde angin takde ribut je…tetiba muncul berita kes perceraian Azrinaz dengan Sultan Brunei, sama jugak masa Azrinaz berkahwin dulu dengan Sultan Brunei…betul2 mengejutkan.
BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei malam ini mengumumkan menceraikan isterinya keduanya, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Pengumuman khas itu mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB), malam tadi. Kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.
Sultan Hassanal Bolkiah, 63, menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.
Perkahwinan pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel, 3, dan Puteri Ameerah Wardatul, 2.
SUMBER : METRO

Gambar sumber dari google images
Gambar Azrinaz bersama kedua anaknya iaitu Putera Abdul Wakeel, 3, dan Puteri Ameerah Wardatul, 2.
Apapun yang terjadi selepas ini mudahan dipermudahkan segalanya buat Azrinaz, moga dia lebih tabah. Ajal, maut dan jodoh semuanya di Tangan Tuhan.




