Salam semua, baru kejap tadi melakukan aktiviti senaman setelah hampir setengah tahun tidak bersenam, sila percaya yea! ehehe. ini disebabkan oleh entry Oh Gemuk!. Makin bersemangat jadinya nak menurunkan berat yang tak stabil nie, kejap turun kejap naik, bila berat naik bukan main mendadak lagi, tapi nak turunnya tu agak semput-semput sikit..huhu

Google Images

Insyallah start besok Yan akan memulakan Diet jenis Diet Atkins, sebelum nie cuma kawal pemakanan sahaja. tapi insyallah kali nie agak serius sikit, maklumlah raya dah nak dekat, peha (selulit) pulak nie makin membesar, rasa rendah diri tu semakin menguasai diri bila berkeadaan macam nie. even duduk rumah aje pun, tapi serius memang tak selesa berbadan macam nie, terutamanya dengan selulit kat peha nie, lemak degil betul!

Teringat zaman sebelum berkahwin, berat 42kg tu! alangkah bagusnya kalau dapat berat zaman bujang dulu, zaman bergelar pelajar kolej..ekeke. Zaman bergetah lagi tu…hahahaa

So tadi layan senaman untuk mengurangkan / mengecilkan selulit, memang best sangat, berpeluh tak ingat dunia.


Fuh..nak menangis2 Yan buat senaman nie tadi, maklumlah lama tak bersenam, senaman nie khusus untuk mengecilkan peha, yang mana peha yang besar tu nak kecilkan atau nk buang selulit2 tu bolehlah mencuba senaman ini, macam biasalah agak sakit sikit buat senaman yang macam nie di bandingkan buat senaman arobik ataupun poco-poco…ehhee.

Malam nie nak menunaikan hajat dulu nak makan pisang bakar plus cheese ngan coklat…ehehe, lepas tu besok bermulalah episode 2 minggu untuk induction Atkins.

Nota Yanmieย  : Gud luck buat diri sendiri..yeeehhhaa~~~

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 thoughts on “Senaman untuk mengurangkan selulit di peha”
  1. Every time you ask someone for aid with writing, beware of cheating firms. Attempt to define the most qualified creative essay writing company. Pay attention to that, just because it is very important issue.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge