PMR dan UPSR akan dimansuhkan?

by yanmie on June 21, 2010

Salam semua selamat pagi, semalam tengok berita kat TV3, terkejut jugak bila Timbalan Perdana Menteri yang jugak Menteri Pelajaran mengatakan Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.

(Google Images)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.

“Dalam soal kerjaya dan kerja, orang tak pakai lagi PMR dan UPSR, orang (bakal majikan) tak tanya pun keputusan PMR atau UPSR, sebaliknya hanya keputusan SPM dan peringkat universiti yang diambil kira,” katanya.

Ada jugak betulnya dengan apa yang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin katakan di atas, masa nak interview kerja bukannya bakal majikan akan tanya apa keputusan PMR ataupun Keputusan UPSR, malah kedua-dua sijil tersebut tak dipandang pun, yang di pandang hanyalah sijil SPM, STPM atau pun sijil2 yang lagi tinggi dari sijil peperiksaaan sekolah seperti sijil dari Institut Pengajian Tinggi.

Nota Yanmie : Macam tak seronok pulak jadinya bila PMR dan UPSR akan dimansuhkan, sebabnya takut bebudak nie nanti memain je lebih…huhu, so apa komen korang? meh suarakan pendapat korang disini :)

Artikel Berkaitan:

{ 46 comments… read them below or add one }

Jija May 2, 2012 at 2:27 pm

Tak setuju PMR dan UPSR dimansuhkan. Apakah spirit PMR dan UPSR? UPSR adalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah..bagi mengetahui pencapaian seseorang pelajar di peringkat sekolah rendah. Manakala PMR merupakan penilaian kemampuan pelajar di peringkat menengah rendah. Kedua2 penilaian ini, memberi peluang kepada pelajar menunjukkan potensi dan membuka peluang untuk ke sekolah berasrama penuh. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia…adalah umpama satu langkah ke alam baru, samada ke pengajian yang lebih tinggi atau ke alam pekerjaan. Itu sebabnya…kelayakan asas pekerjaan hanyalah SPM atau STPM. 2 level tadi..tak ada pun ayat sijil……Mungkin kerajaan perlu kaji semua..jangan jadi macam PSMI hari tu, macam biskut…kejap jadi..kejap batal….

Reply

Orang Biasa July 23, 2010 at 12:37 pm

Saya rasa sudah tiba masanya, pelajar-pelajar dibenarkan untuk membawa buku rujukan dan ‘toyol’ ke dewan peperiksaan. Di luar negara, perkara ini sudah lama dipraktikkan kerana soalan yang ditanyakan selalunya tidak akan ditemui dalam buku teks. Soalan peperiksaan tersebut sebenarnya telah diolah supaya mampu merangsang otak pelajar untuk berfikir.

Reply

Ameer July 22, 2010 at 1:02 pm

Senang cerita, semua soalan peperiksaan awam mesti dalam bentuk subjektif sahaja. Saya perhatikan sejak tahun-tahun kebelakangan ni, soalan-soalan peperiksaan kebanyakannya lebih menjurus kepada soalan ingatan@hafalan semata-mata. Contoh soalan : siapakah perdana menteri yang pertama ? bilakah tarikh kemerdekaaan negara?. Sepatutnya soalan mestilah berbentuk pemahaman seperti kenapa kemerdekaan penting untuk negara? Apakah kepentingan membaca. Sudah pasti jawapan yang akan diperolehi adalah pelbagai dan selalunya pemeriksa pasti akan berjumpa dengan jawapan yang logik tetapi tiada dalam buku teks. Dengan ini akan merangsang pelajar-pelajar sekolah untuk berfikir.

Reply

UdIn@oden July 18, 2010 at 9:39 pm

inilah yg membuat ku berang ni……UPSR memang penting bgi mreka yg sekolah rendah……untk menguji kemampuan dri lah….tanpanya,bagaimana mereka nak mempersiap sedia kan keyakinan dri mreka agar dpt menghadapi ujian mahupan penilaian yg lain…sperti spm pun knalah persiap dri jugak(menggunakan PMR)….sebab SPM jgak memerlukan keyakinan dari mula lagi(msa UPSR pun sma….terutamanya PMR..ini smua melahirkan keyakinan dri)jadi….tolonglah….tolonglah….. jangan mansuhkan UPSR dan PMR……..rayuan plajar smua

Reply

cikgu sek June 28, 2010 at 11:48 pm

sebgai org awam, cadangan TPM ade baik nye krn ia mungkin akan mengurangkan burden byk pihak termasuk pelajar itu sendiri.. tetapi dari sudut pendidikan, bg saya agak kurang wajar jika UPSR PMR dimansuhkan… betul, tidak dinafikan ia tidak langsung ditanya dlm interview kerja tp sebenarnya ia juga memainkan perangan sbgai pengukur kepada tahaf pendidikan seseorg pelajar & ukuran kpd tahap pencapaian pendidikan di negara ini.. kalu ia hanya dijadikan sbg penilaian pencapaian shja, pelajar2 mungkin akan mind set yg UPSR PMT ini tidak penting… dan dari segi kewangan, pertukaran dasar pasti akan memerlukan belanja yg sangat besar…

Reply

ani June 22, 2010 at 6:03 pm

i think should not…mmg xdipandang tp how about the student?? t dorank memain pula….or apa kata majikan shuld pandang upsr and pmr result…

Reply

yanmie June 23, 2010 at 7:33 am

yep betul setuju!….

hahahaa ada ke majikan nk pandang upsr dan pmr?? paling2 pun dia selak aje sijil tu tp x tgk pun
yanmie recently posted..Ke Litar Sepang untuk Super GT International Series MalaysiaMy Profile

Reply

wazy June 22, 2010 at 5:23 pm

Kalau UPSR tu untuk menguji kemampuan dan prestasi akademik bagi pelaajar sekolah rendah,PMR pula untuk pelajar di aliran menengah rendah,kalau di mansuhkan macam ada yang kurang je kan
wazy recently posted..Cabaran Copy & MenangMy Profile

Reply

yanmie June 23, 2010 at 7:31 am

ye betul tu wazy! bukan macam dah..memang kurang pun..huhu
yanmie recently posted..Ke Litar Sepang untuk Super GT International Series MalaysiaMy Profile

Reply

darkbatman June 22, 2010 at 2:42 am

aku dh bace bite ne 2-3 hari lepas.. kdg2 terpk ok ker klau pmr dh xde?
ak rase cam kurang jer…

Reply

yanmie June 22, 2010 at 7:43 am

wah yeker…ko lebih awal tau dr TV3..hebat tul ko nie yea :)
aku pun tau tgk kt TV3 sbb masa siang hari smlm timbalan perdana menteri tu cakap kt TV..camne ko leh tau awal nie?? muskil jap :P

Reply

cikmin June 22, 2010 at 9:53 am

aie kan kelawar yan..ekekekek.. :P
cikmin recently posted..Telur Dadar MayonisMy Profile

Reply

yanmie June 23, 2010 at 7:31 am

kelawar terlebih ektip..ehehe, jgn mrh naaa aie…
yanmie recently posted..Ke Litar Sepang untuk Super GT International Series MalaysiaMy Profile

Reply

lazaac June 21, 2010 at 3:19 pm

setiap yg berlaku pasti ada hikmah dan udang di sebalik batu… who knows..? Allah Lebih Mengetahui… :)
lazaac recently posted..Encrypted Google Web Search.My Profile

Reply

yanmie June 22, 2010 at 7:50 am

ye betul tu..harap2 adalah kebaikan disebalik ini, bukan apa sbb benda tak buat lg kita dh nmpk buruknye…

Reply

Ed Zahid June 21, 2010 at 2:06 pm

huhuu
Ed Zahid recently posted..Last but not leastMy Profile

Reply

Ed Zahid June 21, 2010 at 2:04 pm

salah satu kaedah supaya melayu makin xpandai. pastu senang la undi mereka.

Reply

yanmie June 22, 2010 at 7:52 am

hem..tulah harap2 taklah dimansuhkan…bangkang!

Reply

purnama June 21, 2010 at 1:16 pm

pada purnama… better diteruskan peperiksaan ni…. kalau tak ada peperiksaan, mcm mana nak ukur tahap kebolehan pelajar… aduyai…..

Reply

yanmie June 22, 2010 at 7:53 am

betul tu kak! yan pun mmg bangkang klu upsr dan pmr nie dimansuhkan…adoiii kang memain je bebudak nie..abis je duit mak bapak diorg…

Reply

eiyda June 21, 2010 at 12:23 pm

kalo UPSR ngan PMR dimansuhkan…makin mls la kot peljar nk belajar…
dorang akan trs amek SPM tu cm cabaran besar jek..agak2 kn timbangkn balik la..huhuhu
eiyda recently posted..Selamat Hari Bapa & Selamat Hari Jadi Abah!!My Profile

Reply

yanmie June 22, 2010 at 7:59 am

mmg patut di fikirkan balik…bayangkan 11 thn sekolah hanya ada 1 peperiksaan besar sahaja? adoyaiii

Reply

rashid June 21, 2010 at 12:15 pm

Memang ramai yang tak setuju…tapi kita tengok apa perancangan kerajaan seterusnya…mungkin nak lebihkan dari segi lain ke…sangka baik ok..
rashid recently posted..Nak Tulis Entri Pendek Atau Panjang Ni?Kalau Pendek Orang Tak Faham, Kalau Panjang Nanti Orang Tak Nak Baca. Tolong!!!My Profile

Reply

yanmie June 22, 2010 at 8:01 am

mmg selalu bersangka baik..tp bangkang juga!! hahaa blh gitu???

Reply

denaihati June 21, 2010 at 12:09 pm

setuju sangat UPSR dan PMR dimansuhkan. Kat negara lain tak ada pun masih boleh jadi doktor, lawyer, enginer. UPSR dan PMR setakat ni pun tak boleh jadi akhlak bertambah baik. Yg perlu gantikan dgn sistem penilaian yg lebih menyeluruh contohnya dalamm setahun berapa kali ponteng sekolah, ponteng solat jemah kat sekolah, ponteng baca yassin beramai2 setiap mula sekolah dan sebagainya yg boleh menjadikan anak2 sebagai manusia bukan robot.

Reply

yanmie June 23, 2010 at 7:30 am

salam bro, tulah kan pendapat masing2…saya pulak tak setuju! negara malaysia tak sama dengan negara luar bro, budak-budak dia cerdik sikit.

kat sini tengok ajelah macam mana, tapi diharap kalau UPSR dan PMR nie dimansuhkan harap seperti yang timbalan menteri katakanlah agar dapat melahirkan ramai modal insan serba boleh…amin

Reply

Ejam Othman June 21, 2010 at 12:08 pm

RT @denaihati: PMR dan UPSR akan dimansuhkan? http://bit.ly/cKvmpe

Reply

ejam June 21, 2010 at 11:53 am

Adakah sekarang MUSIM MANSUH?
Semua benda nak mansuh, yang perlu dan penting dia mansuh tanpa kaji…
Yang tak perlu dan tak patut diluluskan tanpa hirau…
So apa yang bleh kita buat? Dengar, terima dan mengiyakan jer ker?
Kata “Rakyat Didahulukan”…minta ler pendapat berdasarkan kajian dulu br umumkan…
Kalau setakat umumkan kat mesyuarat PARTI semata-mata nak nmpk hebat baik takyah yer…
Dah banyak sgt isu yg canang hebat, last2 tarik balik…
ejam recently posted..Pra Pelancaran MiniNiaga, Kenapa Ada Aku?My Profile

Reply

yanmie June 22, 2010 at 8:04 am

ntahlah ejam…akak pun kan x setuju kalau upsr dan pmr akan dimansuhkan..nmpknya adik2 kakyan nie bermaharajalela ajelah lepas nie, sbb duk fikir smp lmbt lagi..

dah tu klu xde upsr dan pmr mcm mana kita nk tahu tahap pembelajaran pelajar…adoii makin rumit rasanya..

btw akak suka komen ejam nie!!! nnti nk pi usul kt kementerian pelajaran..ekeke

Reply

cikmin June 21, 2010 at 11:13 am

bangkang!! lagi la budak-budak kat rumah ni memain lebih je kang..irfan tahun ni UPSR..kalau dia tengok berita ni malam tadi..mesti dia merungut kenapa tak mansuh tahun ni! kalau betul2 dimansuhkan mesti yasmin akan terlepas dari amik UPSR,lepas tu irfan mesti provoke..aishhhh..akan mendatangkan masalah ni.

p/s sori terlebih cite pasal anak-anak akak pulak.. :P
cikmin recently posted..Pizza Paling BestMy Profile

Reply

yanmie June 21, 2010 at 11:42 am

ye kak…bangkang gak nie!! nnti bebudak nie x serius nk belajar…sbb duk ingat SPM lmbt lg..huhu

Reply

Wan Perlis June 21, 2010 at 9:28 am

tak best la camni
klo camtu camna nak tau tahap pelajar
teringat zaman upsr
Wan Perlis recently posted..KekalahanMy Profile

Reply

yanmie June 21, 2010 at 9:31 am

betul tu wan mmg x best pun…dulu zaman kakyan lglah..memang berkobar2 seh time peksa kedua tu…mmg semangat nk blajar sbb ada target tersendiri kt upsr ngan pmr..nie nnti takut bebudak nnti ckp..takpe SPM lambat lagi…huhuuhu

Reply

zqah June 21, 2010 at 8:45 am

mane boleh .. ini tak adil !!!

klau nak masuk sekolah berasrama tak kan tak nak tengok keputusan upsr kot ?

tak takut ke reputasi sekolah tergugat klau mai ambil jea bdk2 tuu .. hehe
zqah recently posted..Hati Terasa Ingin MenangisMy Profile

Reply

yanmie June 21, 2010 at 8:49 am

ha tu lah takut nanti men tangkap muat aje nnti…huhu

Reply

kakngah June 21, 2010 at 8:36 am

mmg ms mintak kene org xtgk result upsr + pmr. tp.. bkn ke nk mohon sklh berasrama penuh, mrsm, sklh teknik, politeknik berdasarkan kedua2 peperiksaan.. aku bangkang!!~

Reply

yanmie June 21, 2010 at 8:47 am

ye ngah aku pun fikir gitu gak..camne nk masuk sekolah berasrama penuh atau yg sewaktu dengannya?? takpun maybe diorg follow gak result tu cuma upsr dan pmr utk sijil peringkat sekolah aje…maksudnya utk akademik sekolah aje…tdklah seserius mcm dulu..hem..ntahlah…kita tggu je penggumumannya nnti..

mcm manapun upsr dan pmr tu rasanya masih ada tp cuma utk ujian periksa biasa2 aje kot…

Reply

bdk2 July 3, 2010 at 4:00 am

utk kmsukan pljar ke sklh asrma….ujian khas ataupun ujian kelykan akan dibuat..sma mcm ujian nk msk skolah agama. so…time nie IQ pljar akan diuji dan melalui ujian ini. kta dapat mgnal pasti pljr pintar dan bukannya pljr menghafal…

Reply

Denaihati June 21, 2010 at 4:08 am

PMR dan UPSR akan dimansuhkan? http://bit.ly/cKvmpe

Reply

Ejam Othman June 21, 2010 at 2:54 am

bengang, naper dulu time ejam diorg xmansuhkan…xaci..RT @yanmie: pmr dan upsr bakal dimansuhkan? http://bit.ly/b8Gigi apa pndapat korang??

Reply

yanmie June 21, 2010 at 2:52 am

pmr dan upsr bakal dimansuhkan? http://bit.ly/b8Gigi apa pndapat korang??

Reply

Ejam Othman June 21, 2010 at 1:43 am

RT @yanmie: Blog Updated : PMR dan UPSR bakal dimansuhkan?? http://bit.ly/b8Gigi

Reply

yanmie June 21, 2010 at 1:38 am

Blog Updated : PMR dan UPSR bakal dimansuhkan?? http://bit.ly/b8Gigi

Reply

Afnie Roslan - ADP June 21, 2010 at 12:21 am

RT @yanmie: Blog Updated : PMR dan UPSR akan dimansuhkan? http://bit.ly/b8Gigi

Reply

yanmie June 21, 2010 at 12:01 am

Blog Updated : PMR dan UPSR akan dimansuhkan? http://bit.ly/b8Gigi

Reply

yanmie June 20, 2010 at 11:58 pm

PMR dan UPSR akan dimansuhkan? http://bit.ly/cKvmpe

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: