Pengalaman Berada Di Petronas StreetSmart KLCC

Salam, baru-baru ini saya mendapat undangan dari Petronas untuk Media Familiarisation Session of the new PETRONAS StreetSmart Road Safety Exhibition yang bertempat di Petrosains, The Discovery Centre, KLCC. Baca Selanjutnya »

Ulat Bulu Naik Daun

Salam, ini betul-betul Ulat Bulu Naik Daun, bukan ulat bulu jadian ye hikhik, geli geleman tengok, snap tadi pun teragak-agak juga, takut kang tetiba melompat atas tangan naya, ehhhh boleh melompat ke ulat bulu nie? hahaha. Baca Selanjutnya »

Photog - Kerengga Beraksi

Salam, masih beronline kat kampung, insyaallah besok pagi balik Klang, jom layan Kerengga Beraksi hhihihi, lama tak layan kamera ni, kalau ambil gambar pun macam tak ambil guna DSLR juga, takde setting apa-apa, takde masa nak layan hobi tu, sesambil jelah, maklumlah Supermak, agak bizi hihihi. Layan Kerengga Beraksi ^____^ Baca Selanjutnya »

Magic Rice Dan Ikan Bakar Tenggiri

Salam, untuk memenuhi impian Projek Besar, usaha demi usaha dilakukan hikhik, memandangkan Nasi sudah menjadi makanan harian kita, so saya menggantikan beras biasa dengan “Magic Rice” Baca Selanjutnya »

Salam, eeee banyak sangat benda nak entry tapi tak tau nak up mana dulu, ni lah dia kalau asik-asik tertangguh nak entry hikhik, takpelah layan Picca Haziq dulu kat bawah ni. Baca Selanjutnya »

 

Drama Dea Sofea di TV2

Salam semua selamat malam, bosan sungguh malam nie, asal malam jumaat je mesti cerita seram, adoiii dah ler tak boleh layan cerita-cerita seram nie. So layan TV2 Drama Dea Sofea, boleh tahan jugak ceritanya, menariklah pulak tengok Natasha Hudson dalam drama Dea Sofea nie.

Kredit Gambar kepada Metamobile

Natasha Hudson muncul sebagai watak utama di dalam Drama Dea Sofea, dan gandingan bersama adiknya Tania Hudson drama ini ada 13 episode dah sudahpun mula di tayangkan pada 3 jun yang lepas setiap hari khamis pukul 9.30 malam di TV2.

Nampaknya 3 episode Yan dah miss, lepas nie nak cari video download Dea Sofea nie, rasa macam boleh layan sampai habis sebab macam menarik saja, yang penting tiap khamis takdelah nak layan cerita seram…huhu.

Oklah sedikit tentang sinopsis Dea Sofea

Sofea baru saja menamatkan pengajian dan mula bekerja sebagai Pembantu Pengurus Akaun di syarikat milik Rashid, rakan lama ayahnya. Sofea bukan tidak mahu terus menyertai syarikat ayahnya selepas tamat pengajian tetapi mahu bekerja di tempat lain untuk mencari pengalaman terlebih dahulu. Bakri bersetuju, apatah lagi Sofea bekerja di syarikat rakan baiknya sendiri.

Hubungan Sofea dengan Rashid juga cukup baik. Rashid menganggap Sofea bagaikan anak sendiri. Syarikat milik Rashid yang memberi tumpuan kepada penjualan kereta terpakai dan barangan alat ganti itu semakin berkembang dan Sofea tidak kekok menjalankan tugasnya dengan pengawasan oleh ketuanya, Bakhtiar. Bakhtiar yang juga orang kepercayaan Rashid, nyata pemuda yang cukup komited dalam tugas dan seringkali kagum dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh Sofea. Rashid juga nyata gembira dengan prestasi Sofea dalam tugasnya walaupun baru saja menyertai syarikat itu.

Bakhtiar sudah pun bertunang dengan Maira, seorang model sambilan yang semakin laku di pasaran komersil. Apabila Sofea menjadi pembantu Bakhtiar, Maira nyata berprasangka buruk dan mula mencurigai Bakhtiar.

Bakri pula tenang menghadapi kehidupan. Pada satu majlis keramaian, dia diperkenalkan dengan Kamelia, wanita cantik muda jelita yang baru saja berpisah dengan anak seorang hartawan ternama. Rakan baik Bakri yang memperkenalkan mereka iaitu Lubis, beberapa kali memujuk Bakri supaya mencari pengganti arwah isteri.

Sofea berhubungan baik dengan Airil, pemuda sekolej dengannya hingga selesai pengajian. Airil telah pun bekerja sebagai wartawan di sebuah majalah yang memberi tumpuan kepada dunia lelaki. Bergaji tetap dan kreatif dalam penulisan, Airil cukup gembira kerana sudah pun mampu menyara keluarganya.

Airil berjumpa Sofea dan ucap tahniah kerana Sofea sudahpun menjadi orang pegawai ternama di syarikat Rashid. Sofea juga ucap tahniah pada Airil kerana berjaya menjadi wartawan dan mempersiapkan diri untuk mencapai cita-citanya menjadi penulis terkenal satu hari nanti. Namun tiada cinta yang terluah. Mereka tetap berkawan baik. Saling memberi pandangan dan nasihat.

Sementara itu Kamal, abang kepada Kamelia baru saja keluar penjara. Kamal berpakat dengan Kamelia untuk mendapatkan kehidupan yang senang. Kamal menyuruh Kamelia memikat Bakri tetapi nampaknya Bakri ‘liat’. Dia lalu mencuba sedaya upaya untuk menarik perhatian usahawan kaya itu.

Konflik cinta berlaku apabila Sofea telah diserang oleh Fauziah, bekas tunang Baktiar yang marah kerana Baktiar memutuskan pertunangan mereka. Disebabkan itu Fauziah mula menjauhkan diri daripada Baktiar apatahlagi ketika itu hubungannya dengan Airil mula rapat.

Kredit to Berita Harian dan Budiey.com

Jangan lupa sama-sama kita layan Drama Dea Sofea ini, lagi best dari layan Drama seram..ehehe, drama nie jugak di bintangi oleh barisan pelakon seperti Natasha Hudson, Tania Hudson, Redzuan Hashim, Ijoy Azhari, Syed Aiman dan ramai lagi….

Yang bestnya lagu-lagu dalam Drama Dea Sofea nie memang best! tu yang boleh melekat sampai drama nie habis…ehehe

Nota Yanmie : Jom sama-sama tengok! best woooo….

Artikel Berkaitan:

21 Responses to Drama Dea Sofea di TV2

  1. atiqah says:

    salam..sy dh lama cari lgu siti nurhaliza yg ada dlm crita dea sofea..lgu 2 lgu lma..sy nk thu tajuk dia..ada sesiapa tahu xtajuk apa lgu 2?xsilap sy lagu 2 sy dgr dlm drama dea sofea nie time sofea kne culik then dia termenung sorg2..time 2 lgu 2 klua..so plz3 sy nk thu sgt2 apa tajuk lgu u..

  2. Metamobile says:

    Salam

    Sila kredit gambar di artikel ini ke Metamobile ya.

    URL gambar asal:

    Terima Kasih
    Metamobile recently posted..Jom Undi Lagu di Carta 9 Di 9 Era FMMy Profile

  3. [...] yang berumur 22 tahun ini, pernah perlakon sebagai watak pembantu sahaja dia dalam drama Nur Kasih, Dea Sofea dan Bila Musang [...]

  4. Rahsia Jana Wang Mudah » Blog Archive » Drama Dea Sofea di TV2 | yanmieonline.com says:

    [...] more: Drama Dea Sofea di TV2 | yanmieonline.com No Comments| Posted by : enjoyyu Read More BISNES TERBARU,TAJA RM50,DAPAT RM50!!maklumat [...]

  5. MIEY says:

    RILEK2 JE MALAM JUMAAT. TAK YAHHH LAYAN APER2. HEHEEHH :)
    MIEY recently posted..N8My Profile

  6. ahm says:

    datang blog sy baca entri sedih
    ahm recently posted..Permohonan Maaf Secara Terbuka Kepada Pihak NuffnangMy Profile

  7. eyriqazz says:

    tertekan juga channel ni semalam..tapi bila tengok tv2…umm,terus batalkan niat…then ada bola pulaktu kol 10….hik3..best ke kak yan?
    eyriqazz recently posted..Tips Blogging | The Grass Is Not Always Greener On The Other SideMy Profile

    • yanmie says:

      Salam Eyri, hahaha batalkan niat ye tgk RTM? wakaka kelakarlah…akak smlm sbb bosan bukalah tv2 tu, kebetulan baru start..terlayan pulak sampai habis, best lah jugak…rasa blh layan sampai habis :)

  8. kakngah says:

    no nore roh kembali mlm jemahat
    yes!!

  9. azizan4444 says:

    pelakn lawa2..besh tgk..jln2 cter x tgk sgt..huhu
    azizan4444 recently posted..Selamat Hari Jadi ; 1K Hadiah Daripada NuffnangMy Profile

  10. [...] This post was mentioned on Twitter by Mohd Hairulnizam, yanmie. yanmie said: Drama Dea Sofea di TV2 http://bit.ly/9XzIoX [...]

  11. cikmin says:

    huhuhu..layan jugak chanel lain ye yan.. :P akak layan serammmmmm…
    cikmin recently posted..PAMERAN PERDAGANGAN HALAL ANTARABANGSA MALAYSIA KE-7 (MIHAS 2010)My Profile

    • yanmie says:

      tulah kak, mcm x caya gak nie terlayan canel RTM..wakaakka
      sbb smlm bosan seh, taknak layan citer seram….hahahaa sbb imaginasi kuat kak, sat lagi terbayang2 benda yg yg tgk kt TV :)
      yanmie recently posted..Drama Dea Sofea di TV2My Profile

      • cikmin says:

        salam pagi jumaat..akak ramai2 layan jugak la seram..malam tadi clear cetbox sampai kul 2.30 pagi..baru satu blog..hahaha..
        cikmin recently posted..Roti Pizza SimpleMy Profile

        • yanmie says:

          kami duk ber4, tp en.hubby basuh keta, tpkan en.hubby pun jenis x layan citer seram..haha camne kami nie nk layan..dh bos xlayan kan..ekeke

          wow rajinnye clear chatbox..ehehe sampai ke pagi nuuu..tabik spring..dh tu mlm jumaat xde ke kak? hahaa

  12. Azfarul says:

    wah kak yan…
    makin banyak drama yang ditonton!!
    hehe
    Azfarul recently posted..Blog Blogspot Yang Best!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
WP Like Button Plugin by Free WordPress Templates