Salam semua, baru kejap tadi tengok berita 8.30 malam kat TV3 pasal kes perceraian Anne Ngasri dan Wafi, dimana mahkahamh mengesahkan perceraian mereka adalah sah cerai talak 3, kerana sewaktu talak dijatuhkan wafi didalam keadaan sedar.

Anne jugak kini disahkan mengandung, aduhai sedihnye…tengok muka anne tadi kat berita pun memang kesian betul. apa pun mudahan anne lebih tabah dan dipermudahkan semuanya…Amin.

Ibu Anne, Habibah dan bekas suaminya, Wafi menenangkan Anne yang hampir pitam sebelum mendengar keputusan cerai di luar mahkamah hari ini.


Berikut laporan berita dari Mstar.

KUALA LUMPUR: Aktres Anne Ngasri disahkan bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 25, sedang hamil lima bulan dan Wafi, 28, pernah bercerai dan rujuk sebanyak dua kali pada Julai tahun lalu tanpa pengetahuan mahkamah.

Menurut Shaiful, Wafi melafazkan taklik kepada Anne pada waktu tengahari awal Julai tahun lalu di Sungai Jawi, Pulau Pinang dengan lafaz ‘kalau engkau keluar rumah, aku ceraikan engkau’.

Kali kedua Wafi melafazkan cerai ‘aku ceraikan engkau’ kepada Anne pada waktu petang pertengahan bulan yang sama tahun lalu.

Kedua-duanya rujuk semula dan selepas Isyak pada pertengahan Julai tahun lalu dengan kedua-duanya melafazkan ‘saya kembali kepada awak’.

Sementara lafaz cerai ketiga iaitu ‘aku ceraikan kau Anne’ berlaku pada 25 Mac tahun ini, pukul 11.20 pagi di rumah mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam. Waktu itu Anne hamil dua bulan.

Wafi mengaku di hadapan Shaiful di kamar hakim sebelum ini bahawa dia pernah melafazkan cerai di tempat kejadian tanpa mempunyai saksi dan mempunyai niat semasa melafazkan ketiga-tiga lafaz cerai itu.

Mereka Anne dan Wafi secara rasminya bercerai pada 25 Mac tahun ini dan Anne menjalani tempoh edah sehingga bayi ketiganya dilahirkan.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan bersedia menerimanya. Saya percaya mesti ada hikmah selepas ini,” luah Anne di luar mahkamah.

Terdahulu, sebelum mendengar keputusan Hakim di dewan perbicaraan, Anne hampir pitam di tandas. Khabarnya,dia tidak sempat menjamah makanan tambahan pula dia sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, Wafi dilihat masih sempat membelikan minuman untuk Anne.

Wafi hadir ke mahkamah bersama dua rakannya serta peguam syarie Mohd. Hamidullah Che Hassan manakala Anne ditemani ibunya, Habibah Jaafar.

Pasangan itu bernikah pada 26 Mei 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Abdul Warits, 4 dan Abdul Wafri, 2

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

25 thoughts on “Anne Ngasri dan Wafi sah bercerai talak 3”
  1. satu, dua, tiga. senang je talak tu terjatuh kan. alahai~ zida dah la minat gila kat anne ni. dulu masa sehati berdansa sweet gila diorang. tapii..huhu semoga anne lebih bahagia lepas ni. kesian kat anak-anak dia. huhuh

    1. betul tu zida..fuh minta simpang jejauh….anak2lah nanti yg kesian, adoii yg sakit tu talak 3 tu..mcm manalah nasib anne dgn anak2 kan. dh ler xleh rujuk dh. apa pun mudahan anne tabah dan sabar, maybe ada hikmah disebaliknya.

    1. tulah…takpe berapa bulan pun, yg pnting lepas nie mudahan anne sukses, huhuhu org peknen nie sensitip..kesianlah pulak tgk dia 🙁

    1. mmg anne nmpk cantek bertudung. tulan tak tau yg mana 1 betul 3 ke 5…huhu dgr kt berita 3 bulan, kt mstar 5…xpelah yg pnting megandung…hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge