Anne Ngasri dan Wafi sah bercerai talak 3

by yanmie on June 25, 2010

Salam semua, baru kejap tadi tengok berita 8.30 malam kat TV3 pasal kes perceraian Anne Ngasri dan Wafi, dimana mahkahamh mengesahkan perceraian mereka adalah sah cerai talak 3, kerana sewaktu talak dijatuhkan wafi didalam keadaan sedar.

Anne jugak kini disahkan mengandung, aduhai sedihnye…tengok muka anne tadi kat berita pun memang kesian betul. apa pun mudahan anne lebih tabah dan dipermudahkan semuanya…Amin.

Ibu Anne, Habibah dan bekas suaminya, Wafi menenangkan Anne yang hampir pitam sebelum mendengar keputusan cerai di luar mahkamah hari ini.


Berikut laporan berita dari Mstar.

KUALA LUMPUR: Aktres Anne Ngasri disahkan bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 25, sedang hamil lima bulan dan Wafi, 28, pernah bercerai dan rujuk sebanyak dua kali pada Julai tahun lalu tanpa pengetahuan mahkamah.

Menurut Shaiful, Wafi melafazkan taklik kepada Anne pada waktu tengahari awal Julai tahun lalu di Sungai Jawi, Pulau Pinang dengan lafaz ‘kalau engkau keluar rumah, aku ceraikan engkau’.

Kali kedua Wafi melafazkan cerai ‘aku ceraikan engkau’ kepada Anne pada waktu petang pertengahan bulan yang sama tahun lalu.

Kedua-duanya rujuk semula dan selepas Isyak pada pertengahan Julai tahun lalu dengan kedua-duanya melafazkan ‘saya kembali kepada awak’.

Sementara lafaz cerai ketiga iaitu ‘aku ceraikan kau Anne’ berlaku pada 25 Mac tahun ini, pukul 11.20 pagi di rumah mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam. Waktu itu Anne hamil dua bulan.

Wafi mengaku di hadapan Shaiful di kamar hakim sebelum ini bahawa dia pernah melafazkan cerai di tempat kejadian tanpa mempunyai saksi dan mempunyai niat semasa melafazkan ketiga-tiga lafaz cerai itu.

Mereka Anne dan Wafi secara rasminya bercerai pada 25 Mac tahun ini dan Anne menjalani tempoh edah sehingga bayi ketiganya dilahirkan.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan bersedia menerimanya. Saya percaya mesti ada hikmah selepas ini,” luah Anne di luar mahkamah.

Terdahulu, sebelum mendengar keputusan Hakim di dewan perbicaraan, Anne hampir pitam di tandas. Khabarnya,dia tidak sempat menjamah makanan tambahan pula dia sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, Wafi dilihat masih sempat membelikan minuman untuk Anne.

Wafi hadir ke mahkamah bersama dua rakannya serta peguam syarie Mohd. Hamidullah Che Hassan manakala Anne ditemani ibunya, Habibah Jaafar.

Pasangan itu bernikah pada 26 Mei 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Abdul Warits, 4 dan Abdul Wafri, 2

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 23 comments… read them below or add one }

CikSayor February 1, 2011 at 12:11 pm

Baru baca. Eh, sedih ehhh

Reply

jeff July 7, 2010 at 3:38 am

jantan macam sial, senanggg jer nak bercerai. anak berderet….

Reply

Wan Perlis June 28, 2010 at 10:56 am

hampir pitam tu
Wan Perlis recently posted..5 website popular diduniaMy Profile

Reply

yanmie June 28, 2010 at 11:07 am

yelah kesian dia kan…huhuhu dh ler tu berbadan dua plak tu :(

Reply

dil June 26, 2010 at 2:40 pm

em kesian kat anne..knapa cerai?

Reply

yanmie June 27, 2010 at 7:36 am

yelah memang kesian, pasal apa cerai tu tak tahu lah, tp apa yg akhbar laporkan sebab masalah peribadi.

Reply

Zida June 26, 2010 at 1:20 pm

satu, dua, tiga. senang je talak tu terjatuh kan. alahai~ zida dah la minat gila kat anne ni. dulu masa sehati berdansa sweet gila diorang. tapii..huhu semoga anne lebih bahagia lepas ni. kesian kat anak-anak dia. huhuh

Reply

yanmie June 27, 2010 at 7:37 am

betul tu zida..fuh minta simpang jejauh….anak2lah nanti yg kesian, adoii yg sakit tu talak 3 tu..mcm manalah nasib anne dgn anak2 kan. dh ler xleh rujuk dh. apa pun mudahan anne tabah dan sabar, maybe ada hikmah disebaliknya.

Reply

zqah June 25, 2010 at 11:54 pm

kesiannya .. dah laa tengah mengandung ! =(
zqah recently posted..Lucky Draw by Rina !!My Profile

Reply

yanmie June 26, 2010 at 6:22 am

betul tu Zqah…simpati sgt dengan nasib anne…minta simpang jejauh benda gini…huhuhu

Reply

Sya Isya June 25, 2010 at 11:23 pm

Mudahnya melafazkan talak. Semoga Anne dan anak2 tabah
Sya Isya recently posted..BUFFERED EARNING SETELAH HAMPIR SEBULAN BERSAMA NUFFNANGMy Profile

Reply

yanmie June 26, 2010 at 6:20 am

ye betul tu isya..mentang2lah kuasa talak tu di tangan lelaki. apa pun kita doakan yang terbaik buat anne :)

Reply

Azfarul June 25, 2010 at 9:24 pm

sampai talak 3 T_T
Azfarul recently posted..Blog Blogspot Yang Best!My Profile

Reply

yanmie June 26, 2010 at 6:20 am

yep…pengajaran jugak nie buat Azfarul, jangan mudah melafaz talak..huhu dh ler sekarang nie anne tgh megandung pulak

Reply

Muhammad Hafiz June 25, 2010 at 9:20 pm

:O RT @yanmie: Blog Updated : Anne Ngasri dan Wafi sah bercerai talak 3 http://bit.ly/cUprMk cekidaut!!

Reply

eyra June 25, 2010 at 9:16 pm

hahahahha akak ni.. kita rasa 5 bulan. banyak paper tulis 5 bulan. kekekeke mahkamah tu typo ke? =p

Reply

yanmie June 25, 2010 at 9:18 pm

tulah…takpe berapa bulan pun, yg pnting lepas nie mudahan anne sukses, huhuhu org peknen nie sensitip..kesianlah pulak tgk dia :(

Reply

eyra June 25, 2010 at 9:07 pm

siannnya anne. cantik dia pakai tudung skrg kan??

eh eh atas tu salah ke?

3 bulan?

5 bulan kan mengandung :P

Reply

yanmie June 25, 2010 at 9:13 pm

mmg anne nmpk cantek bertudung. tulan tak tau yg mana 1 betul 3 ke 5…huhu dgr kt berita 3 bulan, kt mstar 5…xpelah yg pnting megandung…hahaha

Reply

yanmie June 25, 2010 at 1:19 pm

Blog Updated : Anne Ngasri dan Wafi sah bercerai talak 3 http://bit.ly/cUprMk cekidaut!!

Reply

mohd hafizuddin June 25, 2010 at 12:56 pm

RT: @yanmie: Blog Updated : Anne Ngasri dan Wafi sah bercerai talak 3 http://bit.ly/bAhE4S cekidaut!!

Reply

yanmie June 25, 2010 at 12:53 pm

Blog Updated : Anne Ngasri dan Wafi sah bercerai talak 3 http://bit.ly/bAhE4S cekidaut!!

Reply

yanmie June 25, 2010 at 12:52 pm

Anne Ngasri dan Wafi sah bercerai talak 3 http://bit.ly/bAhE4S

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: