Noktah Erna – Slot Samarinda TV3

by yanmie on May 7, 2010

Salam semua, Sejak akhir-akhir ini kebanyakan Drama yang di tayangkan di TV3 semuanya  bestkan? kini Slot Samarinda tampil dengan Drama baru yang mengantikan Drama Asmaradana. Drama Asmaradana nie memang Yan tak tengok sebab tu Yan tak review…ehehe, dengar-dengar drama nie ending dia tak best! tapi ntah ler tak boleh nak ulas sebab tak tengok pun.

” width=”475″ height=”331″ class=”aligncenter size-full wp-image-4216″ />

Ok cerita pasal Noktah Erna nie, Drama Noktah Erna nie dah pun ditayangkan bermula 5 Mei setiap hari Selasa – Khamis jam 10.30 malam, di mana drama ini Sarat dengan Mesej Pengajaran Hidup.

Berikut Petikan Sinopsis Noktah Erna dari blog Budiey

Keseluruhan sinopsis berkisarkan kasih sayang antara ahli keluarga terutama antara ibubapa dan anak-anak tiada batas sempadan, tetapi kerap kali kasih sayang itu diuji sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak terluka dan mereka berpisah tanpa kerelaan. Itulah yang dilalui oleh Haji Taufik dan Aishah. Disebabkan ayahnya cuba menjodihkan Aishah dengan calon menantu pilihannya Aishah meninggalkan rumah bersama suaminya, Ismail yang tidak direstui oleh Haji Taufik.

Kedua-duanya Haji Taufik dan Aishah terasa hati dan tersinggung dan tidak mahu mengalah. ‘Perang dingin’ antara mereka berlarutan selama 25 tahun. Hubungan mereka kembali bertaut dengan kehadiran dan pengorbanan Erna.

Aishah dan Ismail sedang membuat persiapan untuk menyambut kepulangan anak tunggal mereka Erna yang akan pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajian di luar negara. Begitu juga dengan keluarga jiran mereka, iaitu Cikgu Sakinah dan En. Mahfuz, mereka juga membuat persiapan untuk menyambut kepulangan Shamsul. Shamsul dan Erna berkawan baik dan sama-sama melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Setelah pulang, mereka terpisah kerana kerja di tempat berasingan.

Cinta yang terpendam antara Erna dan Shamsul teruji apabila kehadiran Kamal sebagai rakan kongsi perniagaan yang juga merupakan cucu angkat Haji taufik. Pada masa yang sama dengan pergaduhan antara ibu dan datuk Erna. Bagaimanakah Erna melakukan pengorbanan dalam kehidupannya? Mampukah dirinya mengatasi masalah kehidupan yang dibelenggu?


Promo Video Noktah Erna

Berdasarkan Sinopsis sahaja kita dah tahu cerita nie mesti best. Drama Noktah Erna ini dibintangi oleh Rita Rudaini, Aqasha, Julia Zeigler, Awal Ashaari, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan Fathil Dani. Nampaknya ini lagi satu drama yang buat Yan melekat depan TV….ehehhe

Artikel Berkaitan:

{ 24 comments… read them below or add one }

zara April 21, 2011 at 11:38 pm

Apa tajuk lagu penutup slot samarinda Sahara..

Reply

numiya November 5, 2010 at 5:13 pm

ape tjuk lagu ct lam citer nih ek???
n sgt download,p xtau tajuk,..

Reply

zye July 10, 2010 at 2:03 pm

apa erk tajuk lagu siti nurhaliza dlm drama noktah erna tue yer..??

Reply

za June 10, 2010 at 10:16 pm

cita ni best lah…sy x sabo nak tgak erna akn dapat dekat kamal tau pun shamsul…

Reply

musfirah June 5, 2010 at 9:29 pm

he.. rita n awal mmg sepadan kan??? sama cantik sama hensem…. hu3 tul x

Reply

sha June 2, 2010 at 3:27 pm

akak.. tahu x lagu tema cerite nihh?? sp pnyanyi n tjuk nyerr..
klw blh ngn lirik nyerr skali… hehehe.. *_^

Reply

yanmie June 2, 2010 at 4:14 pm

Salam sha, akak dah buatkan kat untuk lirik lagu yg sha nak nie, klik link bawah yea :)

Ost Noktah Erna – Adinda Lah Ahmad

Reply

Anonymous March 12, 2011 at 8:45 pm

best cite ni

Reply

iza May 10, 2010 at 5:28 pm

ai

Reply

maton May 8, 2010 at 3:18 pm

rasa2nya cerita ni best…kasih sayang & pengorbanan, dimana erna berkahwin dgn kamal cucu angkat datuknya…itulah nak tau ni apa jadi dgn shamsul

Reply

sihatselalu May 8, 2010 at 11:43 am

Noktah Erna – Slot Samarinda TV3 http://bit.ly/bUTaL0

Reply

ifti May 7, 2010 at 9:46 pm

best ker yan citer ni ..x sempat la nak tgk huhu..

Reply

yanmie May 7, 2010 at 9:56 pm

tak tau nak kata sbb 1st episode x fokus sgt :)

Reply

cikmin May 7, 2010 at 2:32 pm

akak tak tengok pun epi 1…berebut dengan abang pulak cenel..huhuhu…
.-= cikmin´s last blog ..Calon wwf diva 2010 =-.

Reply

yanmie May 7, 2010 at 8:53 pm

oh yeker, yan sambil2 je kak…sbb permulaan episod tak bape nk menyengat..ehehe

Reply

kakngah May 7, 2010 at 2:27 pm

aku tak tgk yan.. xlarat. dh 2 mlm aku tido awal huhuhu!!
suh tv3 tukar wktu siaran la.. cptkn sikit. :P

Reply

yanmie May 7, 2010 at 8:52 pm

hahahaaaa apa yang dipenatkan sangat tu :)

Reply

nabilah_2908 May 7, 2010 at 2:18 pm

sy dah tgk dh cerita ni….tp permulaan mcm tak best jer…huhuhu… tp tak tau lah bila dh perengahan.. ;)
.-= nabilah_2908´s last blog ..HARI YANG CERIA =-.

Reply

yanmie May 7, 2010 at 8:52 pm

samalah saya pun. permulaan dia mcm tak berapa best, tapi rasanya cerita nie lama2 best kot sbb baca dari sinopsis mmg best..takpelah kita tunggu episod mggu dpn :)

Reply

yanmie May 7, 2010 at 8:24 am

jom layan noktah erna pulak http://bit.ly/cCiGPf

Reply

yanmie May 7, 2010 at 8:14 am

noktah erna ganti asmaradana http://bit.ly/cCiGPf

Reply

yanmie May 7, 2010 at 6:00 am

noktah erna best jugak http://bit.ly/cCiGPf

Reply

yanmie May 7, 2010 at 5:42 am

Noktah Erna – Slot Samarinda TV3 http://bit.ly/bUTaL0

Reply

yanmie May 7, 2010 at 5:41 am

layan drama noktah erna pun best

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: