Lagenda Budak Setan bakal beraksi

Salam semua selamat berhujung minggu, hari nie nak sharekan pasal Filem Lagenda Budak Setan, yang mana Filem ini adalah adaptasi dari Novel Lagenda Budak Setan hasil penulisan Ahadiat Akashah, seingat Yan novel Lagenda Budak Setan nie Yan baca ketika zaman Yan belajar dulu, masa nie Novel Lagenda Budak Setan inilah yang meletup-letup jadi kegilaan remaja masa dulu!! Novel Lagenda Budak Setan ini begitu penuh dengan cerita cinta, suka duka dan airmata..ohhh best!!

Layan pulak Trailer Lagenda Budak Setan kat Youtube, tengok trailer nie pun dah tahu jalan cerita memang best!! harap-harap maginasi semasa membaca Novel Lagenda Budak Setan ini sama dengan Filem Lagenda Budak Setan *wah!! imaginasi ini dah lama tau!!*

Sinopsis: Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula. Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma. Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak

Gambar dan Sinopsis sumber dari Sinemamalaysia.com.my

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Filem Lagenda Budak Setan ini di pawagam mulai 3 jun 2010. Antara pelakon yang membintangi Filem Lagenda Budak Setan ini ialah Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Raja Farah, Fazura, Shiela Mambo dan ramai lagi.

Pssttt!! Lisa Surihani dan Farid Kamil ada, memang harus ajak en.hubby nanti pegi layan movie :)

Nota Yanmie : Terima kasih kepada Eyriqazz kerana memilih entry Duit Hasil Blogging Hadiah untuk Anak sebagai entry piihan ‘hari ini’ di blog beliau. *baru tahu sebab baru je online :)*

20 Comments on Lagenda Budak Setan bakal beraksi

  1. nurul
    May 28, 2010 at 8:51 pm (4 years ago)

    ade sape2 blh bgtau tak kat mane sy blh dptkan novel ni blik ek?novel sy yg dulu ntah mane ntah pegi..da tak ingt da..time tu sy dlm form 1 or form 2…valuable skang novel ni…ade sape2 yg tau cmne blh dptkan novel ni,bgtau sy ye..

    Reply
  2. Wan Perlis
    May 18, 2010 at 1:23 am (4 years ago)

    sinopsis panjang
    org dah tau kesudahannya

    Reply
  3. ifti
    May 16, 2010 at 12:43 pm (4 years ago)

    nak tgk citer ni dulu baca buku ni katam 2 kali ehehe..yan banje yan tgk wayang citer ni hehehe
    .-= ifti´s last blog ..The Day After Tomorrow =-.

    Reply
    • yanmie
      May 16, 2010 at 12:48 pm (4 years ago)

      bestkan novel nie…syahdu..huhu
      wah bestnya ifti nk blanja tgk wayang..eehhe, nk bawa 3 org hero nie blh tak?? kikikiki

      Reply
    • mizzmia
      May 28, 2010 at 1:31 pm (4 years ago)

      dh puas sy cari novel ne, tp x jumpa2 pn… huhu..
      nk pinjam leh??

      Reply
    • yanmie
      May 16, 2010 at 12:47 pm (4 years ago)

      kalau berdasarkan Novel Lagenda Budak Setan memang best!! tak terkira berapa kali khatam…ekekke

      Reply
  4. qimie
    May 16, 2010 at 8:19 am (4 years ago)

    aku harap adaptasi yang dibuat menjadi, sebab ini adalah sebuah karya agung dari ahadiat akashah. Aku sayang karya ini.
    .-= qimie´s last blog ..Cinta Itu Perlu Ada Kejujuran!! =-.

    Reply
    • yanmie
      May 16, 2010 at 8:22 am (4 years ago)

      salam Qimie, betul tu harap2 adaptasi ini berjaya!! akak pun memang dh ada imagine lama pasal Lagenda Budak Setan nie sejak blajar dulu…kalaulah sama bestnyeee!!

      Novel Lagenda Budak Setan antara Novel Ahadiat Akashah yang akak paling Suka:)

      Reply
  5. ejam
    May 16, 2010 at 7:57 am (4 years ago)

    org umah saya pun dh nyatakan hasrat nak tgk movie nie…
    dengan alasan ada lisa surihani…tapi saya pasti alasan sebenar adanya farid kamil tu…heheh

    takper2, kalau btol2 free time tu boleh jer ber-dating dalam gelap panggung…hehe..so romantika….
    .-= ejam´s last blog ..Tak JELAS Tapi NYATA =-.

    Reply
    • yanmie
      May 16, 2010 at 8:15 am (4 years ago)

      hahahhaahaa adoiii kelakar…jeles ke dgn farid kamil??? ekeke…eh tp maybe betul gak tu sbb lisa surihani kot, saya pun sbb lisa surihani tu ada :) tu pasal nk jejak kaki ke panggung yg dh lama di tinggalkan sejak ada anak kecik…ehehhee

      Reply
      • ejam
        May 16, 2010 at 8:18 am (4 years ago)

        masa utk ber-dating berdua ler yer…
        mana tau nnt dpt baby gurl yg diingini tu plak sebijik mcm lisa surihani…yeyeh…
        .-= ejam´s last blog ..Tak JELAS Tapi NYATA =-.

        Reply
        • yanmie
          May 16, 2010 at 8:21 am (4 years ago)

          hahahahaa insyallah mudahan…baby girl yea?? samalah pulak tgh mengidam nk baby girl tp blm menjadi..ahaks :)

          Reply

1Pingbacks & Trackbacks on Lagenda Budak Setan bakal beraksi

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by Mohd Hairulnizam and yanmie, yanmie. yanmie said: Lagenda Budak Setan bakal beraksi http://bit.ly/bL1OxU [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge