Blog SuperMak


Salam semua, fuh dah tengahari baru dapat update blog. Untuk makluman sejak pukul 6.00am tadi blog ini tak dapat di akses, maybe pihak hosting sedang melakukan kerja-kerja upgrade server, but now syukur alhamdulillah dah boleh buka seperti sediakala, Entry pun takde yang hilang..ehehhee, dan tak risau sangat jugak sebabnya tiap-tiap publish entry Yan akan backup dahulu blog barulah aman nak tido…ekeke

Oklah hari nie nak cerita pasal Berita kat Harian Online tentang pasangan yang kena cekup di dalam surau. Ya Allah diorang nie tak takut betullah, kat rumah Allah pun boleh buat maksiat, apa nak jadilah?

PASANGAN remaja berani bercumbu di tempat terbuka di Taman Waterfront, Kuala Terengganu.  Sumber SINI

.


Pasal maksiat ini jugaklah banyak kebelakangan ini kes buang bayi, sedih sangat! seperti tiada langsung sifat perikemanusiaan.

Berikut berita yang Yan baca dari Akhbar Berita Harian, Yan kongsikan disini yea, Yan tau tak ramai yang baca paper…ehehehe :)



KUALA TERENGGANU: Taman rekreasi Terengganu Waterfront, di sini dimajukan pihak berkuasa bagi memudahkan orang ramai bersantai dan berehat sambil menikmati keindahan Sungai Terengganu yang menenangkan, tetapi selepas beberapa tahun, kawasan itu kini semakin tidak begitu selesa lagi dikunjungi keluarga lantaran onar dicetuskan pasangan muda mudi.

Bagi pasangan kekasih yang tengah hangat bercinta, kawasan yang tersorok dan sunyi, terutama pada hari bekerja, menjadi ‘pangkalan’ untuk memadu kasih dan melepaskan kerinduan masing-masing.

Malah, kawasan itu juga dikatakan menjadi tempat segelintir pasangan remaja liar memuaskan nafsu pada waktu siang sehingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa yang membawa anak ke kawasan berkenaan.

Seorang pekerja pembersihan di kawasan itu, Ibrahim Mohd, 53, mendakwa dia pernah menyaksikan lebih daripada 10 perlakuan maksiat setiap hari di kawasan itu, membabitkan remaja awal 20-an berpeleseran di taman terbabit melakukan perlakuan sumbang di khalayak ramai.

Menceritakan pengalamannya, dia berkata, pernah satu hari pada bulan Januari lalu pada jam 12 tengah hari ketika berada di kawasan berkenaan, dia melihat sepasang remaja tanpa segan silu bercengkerama di atas pagar batu.

Ibrahim berkata, melihat perbuatan pasangan remaja melakukan seks oral di kawasan itu, dia menghampiri pasangan berkenaan untuk memberi nasihat, namun remaja lelaki terbabit mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukan kepadanya.
Katanya, melihat keadaan tidak terkawal apabila remaja lelaki berkenaan mula mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, dia kemudian meninggalkan kawasan itu kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku kepadanya.

“Sejak saya bekerja di kawasan ini, lebih daripada 100 perlakuan maksiat sudah saya saksikan, dengan pelbagai perlakuan ditunjukkan tanpa segan silu dan yang lebih memeranjatkan aksi perlakuan seks turut dilakukan secara terbuka di kawasan ini.

“Pernah saya terserempak dengan dua pasangan remaja di tepi tebing tempat pejalan kaki, yang wanita sudah membuka bajunya dan saya percaya wanita itu diberi minuman mengkhayalkan sebelum dinodai di kawasan ini,” katanya kesal.

Tambahnya, lebih parah pada hari Jumaat, pasangan demi pasangan akan memasuki kawasan ini tanpa menghormati waktu solat Jumaat untuk memadu kasih, oleh itu satu langkah sewajarnya perlu diambil pihak berkuasa bagi membendung gejala tidak sihat ini.

Ibrahim berkata, surau di kawasan itu terpaksa di kunci berikutan pernah berlaku satu kejadian peniaga di kawasan ini menangkap empat lelaki sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di dalam surau di kawasan berkenaan.

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Ali Abdul Rahman, 40, berkata, dia malu melihat perlakuan anak muda di kawasan ini tanpa segan silu bercumbu di berhampiran kawasan permainan kanak-kanak.

Bapa kepada empat anak itu berkata, pihak berkenaan perlu melipat ganda operasi mencegah perbuatan mungkar ini di kawasan terbabit berikutan pasangan remaja yang bertandang ke kawasan ini semakin berani berikutan keadaan yang sunyi serta terlindung.

Katanya, perlakuan sesetengah remaja itu memberi pandangan yang kurang elok dilihat oleh kanak-kanak yang bermain di kawasan permainan berhampiran, selain menjejaskan imej taman rekreasi itu sendiri sebagai tempat untuk beriadah serta istirahat.

Sumber dari SINI

Iklan : Ingin Laptop Acer Aspire One percuma? Klik SINI

33 Thoughts on “Taman rekreasi Terengganu Waterfront pangkalan maksiat

  1. Kalau dan nafsu tu duduk ranking teratas, tak leh nk kata apa la..bus stand molep2 ado duk ehem2…haiya…
    Hafizul recently posted..Haha..Video BestMy Profile

  2. Anonymous on July 6, 2010 at 11:42 pm said:

    hello

  3. Michelle on April 20, 2010 at 10:33 am said:

    maka terjadilah benda macam nie..huhu

  4. Sekarang ni bukan setakat di taman rekreasi, di kompleks beli-belah pun diorang sibuk cumbu-cumbuan.. macam-macam hal anak muda sekarang ni..
    .-= kulanz´s last blog ..Susahnya Mendaftar Dengan DIGI =-.

  5. Pingback: Hangat Aksi Seks di Waterfront | yanmieonline.com

  6. samanosuke_04 on April 13, 2010 at 8:54 pm said:

    hehe.. maksiat bersepah skang nie.. kesian ngan mak ngan bapak2 yang ader anak2 kecik.. tatau camne nak ajar diorang kalo pendedahan kepada benda2 jahat skang nie terlalu senang nak dapat.. haha
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Top 7 Benda Best Nak Buat Bila Bersendirian.. =-.

  7. siyes,,ingatkan Kak Yan gi ganu..hehe :)
    itulah Kak yan, zaman la ni…saya nk cakap lelebih pun takut..just semoga kita dan keluarga kita nanti dihindarkan dari perkara macam ni…
    .-= DaHLia´s last blog ..Tips dari Red Mummy : Jadi mewah tulis blog … =-.

  8. Wan Perlis on April 13, 2010 at 7:22 pm said:

    apabila nafsu mengatasi iman
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Kritikan Untuk Industri Hiburan Tempatan =-.

  9. Ramdzi on April 13, 2010 at 6:50 pm said:

    zaman sekarang ni, kat tempat public pun slamber je wat keje camtu.. huhuhu..
    .-= Ramdzi´s last blog ..Kenapa Ramai Tak Suka Manchester United? =-.

  10. Darkbatman on April 13, 2010 at 4:17 pm said:

    yan, dasat la..aku xtau pun kat c2 leh jd markas maksiat.. haha..sok aku balik ganu..biler ko free yan?

  11. salam yan. penyakit seperti di waterfront tu sudah pun ada di mana-mana yan. kat sini pun ada. kalau tak bernasib baik, diorang akan ditangkap. tak taulah macamana nak tegur bagi mereka insaf. kita pun kadang-kadang hati panas dan jadi kurang sabar sengan perangai mereka ni. kalau tegur waktu diri macam tu, pasti tak sampai matlamat.
    .-= kakchik´s last blog ..Hari ni asyik menguap je dari pagi sampai laaaani. =-.

  12. eiyda on April 13, 2010 at 3:44 pm said:

    alamak..malunyer saye..saya pon orang ganu gaks..tp dok kt kemaman..kg kt kuala terengganu..adess..waterfront kat mn yer?.hohoh tak tau..sekayu ker?..bukn kan..hehe..memalukan. ish2..adess T________T Bandaraya kunonnyer..huhu
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Tips elakan diri dari TErbuncit :: =-.

  13. takutnya tgk perangai derang..mmg berani sungguh..kawin je la cepat2..huhu
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Spaghetti Bolognese & Sambal Gulai Tempoyak =-.

  14. Mane2 pun bole kak janji puas..huhu budak2 zaman sekarang..eh saye pun budak zaman sekarang:)
    .-= yoy´s last blog ..Lambakan Gambar Bogel Artis Melayu. =-.

  15. dorg ni tak pk mati ke? adoii…kot2 tetiba tgh bercium tuhan tarik nyawa, adoiii…dosa2..
    .-= ieda´s last blog ..SEGMEN BARU : JELAJAH BLOG IBU =-.

  16. fuhh!!!
    nak kena pergi tmpat tu la..
    xpenah sampai lagi…
    hohohhooo
    .-= mie´s last blog ..:: bila si teruna berjiwang :: =-.

  17. manusia akhir zaman. tiap2 negeri pun ada kes camni.
    .-= nursarah´s last blog ..lelaki-lelaki Hot di alam Blog. part I =-.

    • yanmie on April 13, 2010 at 1:24 pm said:

      diorg dah tak blh beza mana yang halal dan haram..huhuu, betul tu mana2 tmpt semua ada…semakin berleluasa pulak

  18. tak guna punya “lemaja”, tak tau ke Terengganu tu Darul Iman?… memburukkan nama negeri ku je, hehe…

    P/s: Ingatkan kak Yan gi Terengganu td, hehe…
    .-= Dauspozi´s last blog ..(Video) Kerusi Malas Yang Misteri =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation