Pengalaman Berada Di Petronas StreetSmart KLCC

Salam, baru-baru ini saya mendapat undangan dari Petronas untuk Media Familiarisation Session of the new PETRONAS StreetSmart Road Safety Exhibition yang bertempat di Petrosains, The Discovery Centre, KLCC. Baca Selanjutnya »

Ulat Bulu Naik Daun

Salam, ini betul-betul Ulat Bulu Naik Daun, bukan ulat bulu jadian ye hikhik, geli geleman tengok, snap tadi pun teragak-agak juga, takut kang tetiba melompat atas tangan naya, ehhhh boleh melompat ke ulat bulu nie? hahaha. Baca Selanjutnya »

Photog - Kerengga Beraksi

Salam, masih beronline kat kampung, insyaallah besok pagi balik Klang, jom layan Kerengga Beraksi hhihihi, lama tak layan kamera ni, kalau ambil gambar pun macam tak ambil guna DSLR juga, takde setting apa-apa, takde masa nak layan hobi tu, sesambil jelah, maklumlah Supermak, agak bizi hihihi. Layan Kerengga Beraksi ^____^ Baca Selanjutnya »

Magic Rice Dan Ikan Bakar Tenggiri

Salam, untuk memenuhi impian Projek Besar, usaha demi usaha dilakukan hikhik, memandangkan Nasi sudah menjadi makanan harian kita, so saya menggantikan beras biasa dengan “Magic Rice” Baca Selanjutnya »

Salam, eeee banyak sangat benda nak entry tapi tak tau nak up mana dulu, ni lah dia kalau asik-asik tertangguh nak entry hikhik, takpelah layan Picca Haziq dulu kat bawah ni. Baca Selanjutnya »

 

Redmummy jadi mewah dengan menulis blog

Salam semua, Akhbar Harian Metro hari nie ada menulis tentang Redmummy atau lebih mesra dengan panggilan KakRed dikalangan rakan-rakan. Mesti semua orang tahukan siapa dia Redmummy? siapa lagi kalau bukan salah blogger terkenal di negara kita Malaysia. Yan memang kagum dengan kakRed, Yan kenal KakRed masa dia guna blogspot lagi dulu, www.redmummy.blogspot.com malah blog tersebut masih wujud, katanya sayang nak delete…ehehe :) Yelah banyak kenangan dalam blog tersebutkan, malah dengan blogspotlah KakRed mula berbelog.

Yan selalu baca blog KakRed, maklumlah blog wajib Yan buka tiap kali online. Paling best layan gambar-gambar dalam blog KakRed, Baru nie tengok gambar masa Project Alpha hari tu, tersangkut jugak muka si aie aka Darkbatman, glemer sekejap kawan nie..hehehe, “See betulkan Aie, KakRed tu tak sombong” sebabnya kadang Yan bertweet jugak dengan KakRed, memang dia balas je. Tapi pelik kenapa ramai yang kata KakRed sombong..hem, Jangan mengata orang dari luaran tapi tengok dalaman :)

:)” src=”http://yanmieonline.com/wp-content/uploads/2010/04/kakred.jpg” alt=”" width=”400″ height=”267″ />

Ok nie berita pasal KakRed di Akhbar Harian Metro hari ini, Layan yer…korang mesti kagum :)

SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.

Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.

Namun menurut ibu kepada dua anak iaitu Shameel, 9, dan Melysha, 6, untuk berada pada tahap sekarang tidak semudah disangka. Ini kerana sebagai penulis blog dia terpaksa mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk dikenali seperti sekarang.

Bercerita pembabitan awal dalam penulisan blog, menurut Mira dia menulis hanya sekadar suka-suka, seperti sebuah diari tetapi diadaptasikan secara online.

“Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.

“Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya,” katanya.

Menurut Mira, dia langsung tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana pendapatan sehinggalah suaminya Ami Shamril Kamaruddin, 35, mencadangkan agar Redmummy.com mendaftar di bawah Nuffnang.

“Saya memang tidak sukakan iklan, tetapi kerana terpengaruh dengan suami saya lakukan juga. Hasilnya selepas tiga tahun menulis dia menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan.

“Memang saya sangat teruja ketika itu. Tidak sangka menulis boleh mendapat duit walaupun jumlahnya kecil,” kata Mira.

Pendapatan pertama menyebabkan Mira semakin bersemangat menulis. Menariknya, blog Mira menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada pengalaman peribadi tetapi termasuk panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan seperti beg tangan, anting-anting juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular.

“Inilah antara rahsia mengapa blog saya mendapat ramai pengunjung. Tambah pula pembaca tidak terhad kepada kaum ibu saja tetapi terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang,” katanya.

Jika dulu, Mira hanya mengharap kepada iklan Nuffnang tetapi kini kerana populariti, Mira juga dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit.

“Selepas menghadiri acara ini, saya diminta membuat ulasan mengenai produk yang saya gunakan di dalam Redmummy.com. Setiap ulasan yang saya keluarkan di dalam blog adalah berbayar,” terang Mira yang menerima RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.

Dengarnya memang menyeronokkan, tetapi ujar Mira sejak menjadi penulis iklan masa tidurnya sudah tidak menentu. Ini kerana pada masa sama, dia juga bertugas sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC). Sebagai setiausaha, sudah tentu dia terpaksa mendahulukan tugas di pejabat kemudian barulah mengemaskini blog peribadi.

“Selepas waktu pejabat biasanya saya menghadiri majlis pelancaran produk sekiranya ada, waktu malam baru saya mengemaskini blog. Ada kalanya sehingga jam 3 pagi,” akuinya.

Menurut Mira, dulu dia hanya membuat satu catatan saja sebulan. Tetapi sejak tiga tahun lalu dia semakin aktif menulis dan mengeluarkan lapan penulisan sehari secara penerbitan auto. Malah ada mencecah 10 catatan sekiranya ada ulasan untuk iklan.

“Saya perlu banyak idea untuk menghasilkan penulisan pelbagai. Saya juga tidak menggunakan bahasa Melayu baku dan menggunakan bahasa sendiri untuk mendekatkan diri dengan pembaca,” katanya.

Oleh kerana kemeriahan serta kepelbagaian corak penulisan menyebabkan redmummy.com menerima anugerah Top Parenting Blogger untuk blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang serta memenangi Blog Idol pada 2006 disebabkan keceriaan blog bertemakan merah.

Mira juga mempunyai orang kuat iaitu Geng Blog Merah seramai lima orang dan mereka inilah yang akan menyelaras program anjuran Redmummy.com. Antaranya Hari Keluarga Redmummy.com yang diadakan di Putrajaya tahun lalu.

“Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi perkenalan, permainan untuk kanak-kanak, sukaneka dan sesi menikmati makanan yang dibawa oleh semua pembaca blog Redmummy. Ini juga sebagai penghargaan kepada pembaca setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Redmummy.com,” kata Mira.

Tambahnya, aktiviti ini mampu mengeratkan hubungan pembaca blog Redmummy.com dan secara tidak langsung menunjukkan penulis blog juga mempunyai pengaruh tersendiri terhadap khalayaknya.

Kebanyakan pengunjung setia blognya juga mempunyai blog peribadi. Ada yang bertanya bagaimana menjana pendapatan dengan menulis blog. Mereka harus mempunyai semangat yang kuat serta tidak kenal erti putus asa.

“Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah.

“Bagi suri rumah mungkin mereka boleh melakukannya pada waktu siang selepas membuat kerja rumah. Jangan sehingga asyik berblog menyebabkan rumah tangga menjadi kucar-kacir,” katanya.

Sekiranya dalam masa setahun atau dua tahun masih tidak menerima sebarang pendapatan, baginya itu perkara biasa kerana menulis blog memerlukan kesabaran tinggi.

Kak Red juga ada kongsikan Tips Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

Baca jugak Entry KakRed kat SINI, KakRed ada bagi link untuk Tips sekali dan Harian Metro kat SINI

.
Psstt!! semangat berbelog makin berkobar-kobar…ekekeke
.

Iklan : Ingin Laptop Acer Aspire One percuma? Klik SINI

Artikel Berkaitan:

68 Responses to Redmummy jadi mewah dengan menulis blog

  1. zakirin says:

    Salam??…mcmmane kita nk cri panduan bina blog yg betul??? sya x tau mcmner nk dapatkan sumber yg betul…help me

  2. cik sya says:

    uish!!! rasenye lbh kurang sama masa berblog dgn red mummy, tp ciksya lama tggalkan blog sbb kepupusan idea, nmpknye kene berblog semula ni… hehehe
    cik sya recently posted..VVIP MAHA 2010My Profile

  3. Ummi Alifya says:

    @eyriqazz
    betul semua…menyenangkan…

  4. Ummi Alifya says:

    @Amy
    betul…kak ed kata ada info yang kurang betul…

  5. Ummi Alifya says:

    jadikan kerja berblog nih…mak merah memang hebat…esok yan pun begitu juga…

  6. Adialuvluze says:

    Bestnye Redmummy ni kan…dari hobi blh jana pendapatan.. Blh jadi inspirasi ni +_+

  7. edmund says:

    Tips-tips yang diberikan oleh RM 2 sangat berguna. RM adalah idola blogger. Selamat berjaya semua,.. Jangan putus asa,

  8. jasli says:

    macam mana nak buat duit dari blog
    .-= jasli´s last blog ..SELAMAT HARI RAYA =-.

  9. Amy says:

    certain facts dari article tu telah dibetulkan sendiri oleh RM dan boleh dibaca disini..
    http://redmummy.com/2010/04/14/selepas-rahsiaku-dibongkar-di-hmetro/

    GBM on behalf of RM

  10. efa says:

    saya baru buat blog..tak paham sgt dengan blog ni..so, ape yg 1 sy buat…saya tgk blog orng lain..bg la idea..tolong..

    • yanmie says:

      salam efa, blog nie mcm diary harian kita..terpulang kita nk tulis apa yang kita suka :) yang pnting kita tak tertekan dan enjoy dengan penulisn kita, selamat berkarya :)

  11. imran says:

    Whoaaaa…!! 10 entri sehari???? Seminggu boleh tahan lagi. huhu
    .-= imran´s last blog ..Keberkesanan Program Motivasi =-.

  12. Phazli says:

    Penulis blog ni plak berapa ribu sebulan income?
    .-= Phazli´s last blog ..Superman penjajah Amerika menjajah dunia. =-.

  13. strengenge says:

    bagus..saya suka dengan redmummy.com.. rajin orangnyer…
    .-= strengenge´s last blog ..Mandi Koboi =-.

  14. ayu the sun says:

    thanks for the support to redmummy.com.
    :)

  15. eyriqazz says:

    Yanmie pun apa kurangnya.Suka sgt dengan :

    1)template yanmie
    2)gaya bahasa penulisan (jealouss)
    3)cara yanmie berinteraksi dengan pembaca
    .-= eyriqazz´s last blog ..Terima Kasih Cik Epal =-.

    • yanmie says:

      yeker..thanks yea *baca komen sambil senyum..hehe*
      btw blog eyriqazz pun best, gaya penulisan tak sama mcm org lain, sbb tu saya pun suka :)

  16. wazy says:

    tips-tips yang diberikan oleh RM tu memang berguna untuk semua blogger tak kira la yang baru menceburi atau dah lama berkecimpung di dalam penulisan blog
    .-= wazy´s last blog ..Contest Hidup Untuk Memberi Dan Menangi Acer Aspire One Percuma =-.

  17. ~azatie~ says:

    salam yan..sht?k.atie pon kdg2 g umah redmummy nie…merah menyala umah dia kan!insallh satu hari nanti ,yan pon leh jadi cam dia gak…glamour!!sbb blog yan nie best..mcm2 info ada…
    .-= ~azatie~´s last blog ..Resepi puding mangga…. =-.

    • yanmie says:

      salam kak, yea merah menyala mmg yan pun suka..terang je mata :) ehek..insyallah kak, tp nmpk mcm masih jauh lg perjalanan…

  18. ijai says:

    besh2 nk jd gak..hee
    .-= ijai´s last blog ..pesanan terakhir =-.

  19. ijai says:

    redmummy nih idol la…yanmie online pon idol juge dihatiku..hehe

  20. zai says:

    Redmummy the BEST!! boleh ikut tips yang dia kasik tu

  21. darkbatman says:

    yan, xjd cam redmummy jd cam ko pun dh ok dh yan.ahaha
    .-= darkbatman´s last blog ..Rm20 For Free =-.

    • yanmie says:

      hahhaa…weh jadi cam aku nie dpt apa? hahaha…ko nie aku masih meerangkak2 lagi wei..silap2 ko tinggal aku, maklumlah ko tu kan OKB dan tu masuk blog kakred lak, jeles weiiiiiiiiiii

  22. Bb Hussain says:

    hebat tul kan RM ;)
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Spaghetti Bolognese & Sambal Gulai Tempoyak =-.

  23. arieza says:

    blog yanmieonline ni pun tak lama lg jd cam redmummy la hehehehe
    .-= arieza´s last blog ..::: Gambar ‘Awkward’ Bersama Keluarga =-.

    • yanmie says:

      heehee..insyallah mudahan :) tetiba lak senyum baca komen arieza nie, mcm jauh je jln nk jd cam kakred tu :) tapi berangan dulu arrr…hahaha

  24. nak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi ngan redmummy. gila berangan. keh3.. tp kalau buat bebetul, insyaAllah semuanya tak mustahil malah mungkin lebih hebat dr redmummy :)
    .-= Zon Bebas blog´s last blog ..Gambar-gambar haiwan dengan moment yang menarik (part 1) =-.

    • yanmie says:

      yeay aku pun berangan cam ko gak, takpe berangan untuk benda baik x salah..wah!! yelah kalau buat betul insyallah blh…kena ikut tips yang dia kasik tu :)

  25. miemoozie says:

    kne jd mcm redmummy ni..redmummy idola dunia blogger =)
    tips yg bagus..
    .-= miemoozie´s last blog ..Tuah ayam nampk dikaki.. =-.

  26. eyriqazz says:

    berkobar2 juga..bila pula giliran kita ya?hik3…
    .-= eyriqazz´s last blog ..Teratakarmo | Strategi DiSusun di Medan SEO (Search Engine Optimization) =-.

  27. BED says:

    ya…redmummy idola ku….bukan saje as a blogger but as a carrier mother….

  28. x-po says:

    tak suka dgn blog dia..bkn taste..huhu asik ckp psl isu pmpn
    .-= x-po´s last blog ..SUNGGUH MERINDUI SAAT-SAAT DAHULU =-.

  29. sukor says:

    sebenarnya kalau setakat harapkan click mmg tak boleh dapat 10k. logiknya kita sendiri pun jarang atau jarang2 sekali klik iklan nuffnang tu.

    tapi lihat ulasan produk redmummy.com, rasa most of the income datang dari ulasan produk dan tajaan produk utk sesuatu jangka masa.

    lihat berapa lama masa diperlukan utk penaja terpikat dgn sesuatu blog tu.

    apa2 pun seo yg penting, dan offline marketing redmummy mmg best, bukan senang nak masok metro. in colour lagi, well she is one in a million, malaysian.

    • yanmie says:

      salam sukaor, ha ye betul tu..klu harap klik berapa sen sangatlah yang kita dapatkan :) yea kakred banyak dapat dari ulasan produk aka advetorial, apa yang penting Trafik mesti mantap untuk meneruskan advetorial akan datang, kakred ada bg tips tu, kita applykan sama2 yea..ekeke..

      Apa yang penting jugak Seo, dengan seo nie lah trafik keluar masuk :) so pasnie harus rajin main keywords :)

      memang kagumkan dgn blog je blh jadi mewah!

  30. ieda says:

    terer redmummy tu kan kak yan :) ape2 pon, kalo kita berblogging dengancara yang betul pasti membuahkan hasilkan :)
    .-= ieda´s last blog ..SEGMEN BARU : JELAJAH BLOG IBU =-.

    • yanmie says:

      betul tu ieda, yg penting kena ada usaha..see betapa gigihnya dia, sangat kagum :) betul berblogging yang mendatangkan hasil kena ada caranya

  31. Amir says:

    nak jadi macam redmummy. hehe.. :D
    .-= Amir´s last blog ..Jadi Mewah Kerana Blog Redmummy.com =-.

  32. ween says:

    Kak Red mmg inspiring dlm dunia berblog. thanks for sharing :)
    .-= ween´s last blog ..Buying a hosting =-.

    • yanmie says:

      ur welkam, betul tu!! masuk je blog kakred mmg x bosan, sbb bnyk betul yang dia share cerita dia kat sana..yn penting entry ada gmbr sbb saya suka baca entry sambil tgk gambar :)

  33. rashid says:

    Ai..komen dua orang je..Esok-esok nak gak carik pasangan idup yang berblog…ley berblog same-same…komen same-same…keh..keh..

    • yanmie says:

      salam rashid, nie ha dh ada komen kawan2 yang lain..sila lah baca yea :) biasa klu publish entry je org yg pertama datang adalah si daus my peminat tegar dan cikmin..ekeke..perasan sudah :)

  34. Dauspozi says:

    Redmummy ada persamaan dgn Daus, teka apa dia?, hehe
    .-= Dauspozi´s last blog ..(Video) Kerusi Malas Yang Misteri =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
WP Like Button Plugin by Free WordPress Templates