Din Beramboi meninggal dunia

Salam semua, mesti  ramai yang dah tau dan buat entry pasal nie kan? Sebenarnya entry ini Yan nak siapkan pagi tadi tapi tak sempat sebabnya sibuk sangat atas urusan menghantar Mak mertua dan Ayah Mertua tercinta ke KLIA untuk mengerjakan ibadat Umrah.

Jadi entry nie tertangguh, tapi takpe Yan nak jugak meneruskan entry ini. Al-Fatihah buat Arwah Din Beramboi, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sebelum ini Arwah Din Beramboi dikatakan terkena serangan penyakit Kencing Tikus, Tapi Yan tak tahu pun detail tentang penyakit Kencing Tikus nie *Pertama Kali tahu*. Dan apabila membaca surat Khabar pagi tadi barulah Yan dapat tahu bahawa Arwah Din Beramboi rupanya menghidap penyakit Demam Denggi Berdarah.

Teringat masa adik sepupu terkena penyakit Demam Denggi Berdarah memang dah Nazak sangat dan koma di ICU, tapi syukur Allah masih sayangkan adik sepupu, kini adik sepupu dah pun sihat seperti sediakala, Alhamdulillah, korang boleh baca jugak entry kesedihan pasal adik sepupu Yan tu kat SINI.

Baru-baru ini ada terbaca entry kat blog Kak Yuka tentang Demam Denggi Berdarah nie, dikatakan Sup Ketam boleh meyembuhkan penyakit Demam Denggi Berdarah sebabnya ia mampu menaikkan platlet darah *baca dari komen entry*. Insyallah mudahan sembuh, apa pun kita berusaha sahaja, tapi ketentuan dari Allah S.W.T.

Sekali lagi takziah kepada keluarga Arwah Din Beramboi. Moga Rohnya dicucuri Rahmat…Amin…

13 Comments on Din Beramboi meninggal dunia

  1. kamsiah
    April 4, 2010 at 11:25 am (4 years ago)

    anak akak yg kecik kenal Din Beramboi..
    sbb dok tgk kat astro ceria-Afi & Abah…
    .-= kamsiah´s last blog ..Asam Pedas Melaka =-.

    Reply
    • yanmie
      April 4, 2010 at 4:17 pm (4 years ago)

      ha ye betul tu kak…aiman pun tgk jugak

      Reply
    • yanmie
      April 4, 2010 at 4:10 pm (4 years ago)

      Al-Fatihah jugak, moga rohnya dicucuri rahmat…

      Reply
  2. eiyda
    April 3, 2010 at 2:18 pm (4 years ago)

    Alfatihah buat arwah..
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Bila banyak masalah..ape nak buat??arrgghh!!!::: =-.

    Reply
    • yanmie
      April 4, 2010 at 7:56 am (4 years ago)

      yelah moga jugak rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 beriman..amin

      Reply
    • yanmie
      April 4, 2010 at 7:55 am (4 years ago)

      ha yea sup ketam..aku pun baru tau dr blog kawan

      Reply
  3. yoy
    April 2, 2010 at 7:56 pm (4 years ago)

    doakan din bersame org2 beriman..
    alfatihah..
    .-= yoy´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia. =-.

    Reply

3Pingbacks & Trackbacks on Din Beramboi meninggal dunia

  1. [...] ini jugak Virus kencing tikus pernah menggemparkan kita tentang kematian seorang artis iaitu Arwah Din Beramboi yang meninggal dunia akibat terkena serangan virus kencing tikus ini, Alfatihah buat [...]

  2. [...] nak jadilah sekarang yea, hari tu kes Aduka taruna menghina Sultan, Adik Rafiqin Darwisy mengutuk Arwah Din Beramboi, dan sekarang pulak kes Ugutan Bunuh Datuk Nik Aziz Nik Mat. Ketiga-tiga kes ini melalui laman [...]

  3. [...] This post was mentioned on Twitter by yanmie. yanmie said: Din Beramboi meninggal dunia http://bit.ly/9Bj4Ar [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge