Salam semua, semalam kita di kejutkan lagi dengan pemergian seorang artis tanah air kita iaitu Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, yang popular dengan lagu Memori Berkasih duet bersama Siti Nordiana. Achik telah meninggal dunia akibat kemalangan yang mengakibatkan Mpv yang dinaiki oleh arwah terbabas dan terbakar di lebuhraya Seremban.

Al-Fatihah buat arwah Achik, Moga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…Amin…

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Sumber dari SINI

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

33 thoughts on “Achik Spin meninggal dunia akibat kemalangan ngeri”
  1. Sedih mendengar berita pemergian insan yang banyak berjasa dalam bidang seni, Achik Spin. Semoga roh beliau dicucuri rahmat

    1. salam, saya terkesan jugak dengan pemergian arwah Achik Spin, sebabnya saya memang meminati lagu2 arwah bersama nana, apa pun semua ini ketentuan dari-NYA.

  2. Al-Fatrihah buat kelyaega arwah..kita kehilangan seorang lg artis kt MY ni..
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Untuk Mat2 bunge & Minah2 bunge:: =-.

  3. salam,al fatihah kepafa arwah dan takziah buat seluruh keluarga,sangat rasa amat mengejutkan bila terdengar berita kematian artis kesayangan saya.dan saya terasa sangat kehilangan arwah sbbnya bru je tgk kat tv1 semalam,kita doakan agar roh arwah dicucuri rahmat..dan d tmpatkan dikalangan orng2 yg beriman…amin….

  4. al-fatihah….tok arwah achik n takziah tok family arwah achik.br ptg smlm tgk arwah kat hit1 RTM.terkesan gak ler dlm hati coz,mmg minat ngan arwah n nana. Apa2 pun ALLAH lbh menyayangi hamba2 NYA.

  5. video kemalangan pun dah tgk
    mmg terbakar habis kereta
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi =-.

    1. salam..Al-Fatihah jugak buat arwah dan takziah buat seluruh keluarga arwah, terasa sangat kehilangan arwah sebab baru je rasanya tengok arwah kt TV 1

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge