Monthly Archives: March 2010
Line Internet slow payah nak blogwalking
Salam semua, apa kabar? banyak hari jugak blog Yan tak berupdate, bukan sebab malas ke apa. Sebabnya line internet slow jadi tak dapat nak blogwalking ke blog korang semua. Insyallah dah balik Klang nanti Yan akan jejak blog korang semua, jangan risau ok!
Terima kasih jugak buat kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog ini walaupun tahu tuan tanah balik kampung, tetapi tetap setia berkunjung ke sini…Terima kasih sekali lagi, Yan hargai sangat-sangat dan mereka-mereka yang selalu berkunjung ke sini Yan dah kenal pasti…ekekeke…sayang u all….
Psstt!! banyak nak share gambar-gambar kat sini tapi tak boleh nak upload..huhu, celcom broadband tak berapa nak bagi kerjasama…hahahaha…ok korang semua take care yea…
Nota kaki : Flight dari SANDAKAN 29.03.2010 pukul 6.25petang, Insyallah sampai KLIA pukul 9.25malam
Artikel Berkaitan:
Contest Teka Hari Lahir – Hadiah dari Sabah
Salam semua, Yan berblogging dari kampung halaman tercinta di sandakan, SABAH. hem…sebenarnya banyak yang Yan nak share ngan korang tapi payahlah pulak nak upload gambar sebabnya kat lappy kakak nie takde pun apa-apa software photo editor, kalau nak buat online boleh je tapi tulah lambat pulak nak loading..huhu, maklumlah guna beruk celcom je kat sini tapi syukur masih boleh online.
memandangkan Yan balik SABAH lagi, so Yan dengan besar hati nak kasik hadiah dari SABAH untuk korang. Caranya senang dan mudah aje, cuma perlu meneka sahaja. Takperlu buat entry ke apa..cuma teka tarikh lahir adik Yan, Ifah namanya.. yang baru sahaja menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke 23 tahun pada bulan ini (Mac).

Inilah dia adik ke 4 Yan, namanya Ifah masih single…ahaks..kalau korang terer sila teka bilakah tarikh lahir ifah??
Hadiah diberikan pada 2 peserta yang berjaya meneka dengan awal dan tepat sahaja. hanya 1 kali tekaan sahaja di terima untuk 1 orang peserta.
Artikel Berkaitan:
Online dari kampung halaman
Salam semua, syukur alhamdulillah…semalam kami selamat tiba di airport sandakan pada pukul 6.10petang. Sedih jugak meninggalkan suami tercenta, baru sehari disini terasa rindu sangat…hehee *tau hubby baca blog nie* kami rindu ayah…ekeke…terlebih sudah!
Nak YM pun susah sebab kat lappy kakak nie takde YM, so kenalah install dulu..tapi nak install tu bkn main lama lagi, takpelah asal dapat guna tenet sudah. Kat rumah nie dapatlah guna tenet sebab ada liputan 3g, itupun kalau duduk kat tingkat atas..kalau duk kat tingkat bawah ada gprs aje…hahaha, sampai bsk tak abis load
Oklah later Yan update lagi sebab banyak urusan yang perlu disetelkan dulu…korang jangan ingat blog nie takde tuan rumah pulak, ada aje nie…hehehe *blogger tegar*
Artikel Berkaitan:
Kini di awan biru – Sandakan tunggu kami datang

Gambar pinjam dari SINI
Salam buat semua, saat korang baca entry ini…Yan bersama hero-hero kini berada di awan biru, Flight kami tadi pukul 3.25ptg dari KLIA dan dijangka tiba pada pukul 6.00ptg di Sandakan SABAH. Doakan perjalanan kami selamat yea…
Nota kaki: Ini adalah entry auto publish!





